Dr Maszlee buktikan dia berani khianati Dr Mahathir tinggalkan Pejuang
14:11 Nov 02, 2020  |  By SabahKini2
Dr Maszlee buktikan dia berani khianati Dr Mahathir tinggalkan Pejuang

Hari ini Dr Maszlee dalam satu kenyataan mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang didakwa pengkhianat Dr Mahathir menyokong Anwar sebelum ini akhirnya menunjukkan siapa dirinya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dr Maszlee menggila lagi dulu 'Menteri Troll Kaki Pau' kini jilat Anwar jadi PM tinggalkan Tun M ]

Dr Maszlee menggila lagi dulu 'Menteri Troll Kaki Pau' kini jilat Anwar jadi PM tinggalkan Tun M

Hari ini Dr Maszlee dalam satu kenyataan mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Beliau berkata, tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpahkan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini khususnya di Simpang Renggam.

“Usaha dalam gerakan perubahan pendidikan akan diteruskan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas serta menerusi ruang aktivitisme dan kerja-kerja kemanusiaan di bawah rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakan-rakan aktivis lain.

“Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan tetapi keinginan dan kesempatan,” katanya

Terdahulu, pelbagai persoalan timbul apabila kenyataan media dari parti Pejuang bertarikh 1 November dikeluarkan tanpa nama Maszlee dan hanya menyenaraikan nama empat Ahli Parlimen Bebas dari parti itu iaitu Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Dr Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh.

“Saya yakin, rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis.

“Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang,” katanya.

 

Comment