Tengku Zafrul sekolahkan Dr Dzulkefly, PH Peruntukan KKM RM31.9B lebih tinggi daripada RM30.6B tahun 2020!
15:11 Nov 08, 2020  |  By SabahKini2
Tengku Zafrul sekolahkan Dr Dzulkefly, PH Peruntukan KKM RM31.9B lebih tinggi daripada RM30.6B tahun 2020!

Bermacam-macam cara Dr Dzulkefly dan PH menyerang Kerajaan. Selepas kantoi memfitnah KKM kononnya peruntukan dipotong, Dr Dzulkefly bekas Menteri mula pula persoalkan mengapa perlu berbeza dari konvensyen biasa belanjawan 2021. Hakikatnya..

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan peruntukan kesihatan dalam Belanjawan 2021 dikurangkan oleh kerajaan, sebaliknya menegaskan ia lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Melalui penjelasan yang dimuatnaik dalam Facebook beliau Tengku Zafrul berkata, dalam Belanjawan 2021, peruntukan untuk Kementerian Kesihatan (KKM) adalah RM31.9 bilion, manakala pada 2020 sebanyak RM30.6 bilion.

"Pelbagai pihak telah membuat tohmahan mengenai peruntukan kesihatan dalam Belanjawan 2021.

"Hakikatnya, di dalam Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan, jumlah bagi bekalan perubatan serta bahan guna habis (consumables) sebanyak RM4.29 bilion telah diasingkan dan diperuntukkan di bawah butiran 080000 (Program Khusus).

"Ini termasuk Bekalan Perubatan Fasiliti Perubatan Kerajaan sebanyak RM2.89 bilion dan Konsesi Penswastaan Makmal Ubat sebanyak RM1.4 bilion.

"Inilah sebabnya mengapa jumlah peruntukan di bawah butiran 020000 (Perubatan) menunjukkan 'pengurangan' daripada RM14.2 bilion (2020) kepada RM11.3 bilion (2021)," katanya.

Katanya, butiran berkenaan mengandungi peruntukan bagi pelbagai bidang kepakaran kesihatan, termasuk nefrologi serta farmasi dan hakikat yang sebenar, tiada bidang kepakaran yang mengalami pengurangan peruntukan.

"Kerajaan juga memperuntukkan RM24 juta bagi menangani isu kesihatan mental melalui pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans.

"Dari segi lain, kerajaan menyediakan RM420 juta untuk meningkatkan Rancangan Makanan Tambahan dengan bekalan susu setiap hari persekolahan buat manfaat murid dari keluarga berpendapatan rendah.

"Kita mahu anak-anak membesar dengan sihat, mendapat pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh," katanya.

Beliau menambah, kerajaan juga memperuntukkan RM475 juta sebagai peruntukan tambahan untuk bekalan reagen dan bahan guna habis yang diperlukan berkaitan COVID-19.

Selain itu, katanya, sebanyak RM318 juta diperuntukkan bagi penyediaan peralatan perlindungan diri (PPE) dan cecair pembasmi kuman pada tangan (hand sanitizer) kepada petugas barisan hadapan.

"Sebanyak RM150 juta diperuntukkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi COVID-19 serta RM50 juta bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti.

"Selain itu, menambah peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, perkhidmatan klinik secara maya serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer di kemudahan kesihatan bagi memenuhi SOP (prosedur operasi standard) norma baharu," katanya.

Tengku Zafrul memaklumkan, peruntukan tambahan terbabit tidak termasuk dalam peruntukan belanja mengurus yang terkandung dalam Buku Anggaran Perbelanjaan kerana ia diperuntukkan secara berasingan di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

"Semua peruntukan di atas belum lagi mengambil kira jumlah yang telah disalur tahun ini, di mana kerajaan telah memperuntukkan RM1.8 bilion bagi pelaksanaan kawalan pergerakan serta keperluan kesihatan awam berkaitan COVID-19.

"Antaranya untuk membeli PPE, reagen dan bahan guna habis. Sekali lagi saya ingin menjelaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dalam usaha melindungi nyawa dan kesihatan rakyat Malaysia," katanya.

Putar belit Bekas Menteri Kesihatan, Codeblue dan PH

Belum pun dibahaskan di Dewan Rakyat nampaknya Tengku Zafrul sudah membasuh geng PH dan portal pendokong PH.

Sebelum ini bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan 22 bulan sahaja)  tunjuk  pandai dengan menyatakan kekesalannya berikutan potongan besar dalam peruntukan belanjawan terhadap hampir semua perkhidmatan kesihatan.

Katanya peruntukan RM31.94 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang diumumkan melalui Belanjawan 2021 semalam, lebih rendah berbanding peruntukan bagi tahun 2020 (RM30.6 bilion )

Dia turut mengajar membuat perbandingan jumlah sebenar peruntukan Belanjawan 2021 dan 2020 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan bagi KKM selepas ditolak dengan emolumen kakitangan kontrak.

“Tolak emolumen RM1.5 bilion kakitangan kontrak, maka jumlah peruntukan sebenar (untuk) KKM ialah RM30.4 bilion (sewaktu pentadbiran PN) Vs RM30.6 bilion (PH)! Kenapa,” ciapnya.

Jawapan perli Tengku Zafrul sudah menjelaskan dan menegaskan;

"Peruntukan B2021 untuk Kementerian Kesihatan adalah RM31.9 bilion, lebih tinggi dari RM30.6 bilion pada tahun 2020"

Jika cara Dr Dzulkifli menolak  emolumen kakitangan , maka jumlah peruntukan sebenar 2020 tentu lebih rendah menjadi RM29.6B. 

.

Tak malukah Dr Dzulkefli? Makin dia mencari salah makin nampak bodohnya

Dr Dzulkifli berkata pemotongan itu merangkumi program perubatan, kesihatan awam, kesihatan pergigian, perkhidmatan farmasi, penyelidikan dan sokongan teknikal serta penyelidikan dan sokongan teknikal.

Pada masa sama, Dzulkefly turut menyertakan penjadualan yang dibuat oleh portal fitnah kesihatan Codeblue yang menyenaraikan beberapa potongan yang terlibat dalam belanjawan kali ini. 


Hakikatnya tiada bidang kepakaran yang mengalami pengurangan peruntukan

Selepas di jawab oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul secara bersahaja Dr Dzulkifli yang terkejut membalas dalam ciapan terbarunya 

..Sepatutnya nak buat perubahan buatlah Penjelasan, sememangnya ketara mengejutkan, kenapa berbeza dari konvensyen biasa.

Dia kata akan menjawabnya. Isunya dia bekas Menteri KKM dan PH sedang membuat fitnah awal,  wal hal mereka belum pun membahaskannya dalam dewan rakyat mengapa perubahan dalam Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan dilakukan di zaman COVID-19 ini bagi jumlah bagi bekalan perubatan serta bahan guna habis (consumables) sebanyak RM4.29 bilion telah diasingkan dan diperuntukkan di bawah butiran 080000 (Program Khusus). Ia mungkin berkisar kepada kemudahan kelulusan dan pembelian dalam butiran itu. 

Bagi Kementerian Kesihatan ia adalah satu strategi dan penambahbaikan dalam belanjawan baharu yang membolehkan Kementerian mengawal peruntukan dan perbelanjaan secara menyeluruh dan efisien bagi semua fasiliti kesihatan KKM.

 


Ketua Setiausaha KKM Dato' Seri Chen Chaw Min

Sidang media Ketua Setiausaha KKM Dato' Seri Chen Chaw Min, KKM menegaskan keutamaan belanjawan tahun ini dan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Katanya ini jelas kerana kerajaan telah menyediakan sejumlah RM31.94 bilion pada tahun 2021 berbanding RM30.60 pada tahun 2020.

Apapun ini sepatutnya dibahaskan di dewan rakyat oleh pemimpin PH bukan mahu jad hero tunjuk pandai dan tetapi kelihatan bodoh 

Dr Dzulkifli kena berhenti temberang sebagai Bekas Menteri Kesihatan. Beliau lupa, dia gagal menangani krisis COVID-19 kali pertama bersama PH. Begitu juga Permintaan data mentah pesakit COVID-19 Selangor yang sudah tentu Kerajaan PH Selangor ada agenda tersendiri untuk mentafsir data pesakit sekaligus mempersoalkan langkah kerajaan melaksanakan PKPB di Selangor.

Apakah dia merasakan beliau bekas Menteri Kesihatan yang suci? Tiada kontrak dan projek syarikat kroni beliau dapat di Kementerian Kesihatan? Jangan jolok sarang tebuan. Jangan asyik salah orang..Keutamaan sekarang ialah menangani pandemik COVID-19.

 

3 Comments