Mana SPRM? Shafie, BOD SDB lulus pinjaman AirAsia RM300 juta selepas Bubar DUN?
19:11 Nov 11, 2020  |  By SabahKini2
Mana SPRM? Shafie, BOD SDB lulus pinjaman AirAsia RM300 juta selepas Bubar DUN?

Pengarah SPRM negeri Sabah, S Karunanithy kunci mulut..

Persoalannya bagaimana selepas pembubaran DUN, seorang Ketua Menteri Sementara tanpa kuasa eksekutif sehinggalah kerajaan baru dibentuk meluluskan pinjaman RM300 juta itu? BOD SDB subahat dengan Shafie?

Sejak dibongkar skandal pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank Bhd (SDB) kepada syarikat penerbangan AirAsia Group Bhd 25 Oktober lalu yang mendapat perhatian netizen,  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dilaporkan memulakan siasatan berhubung pinjaman itu.

Dilaporkan ada banyak tangan ghaib terlibat meluluskan pinjaman RM300 juta itu. Atas kertas  perniagaan e-dagang Projek Ourfarm digerakkan Junz Wong dan hasrat Air Asia mahu mengambil alih Terminal 2 Kota Kinabalu yang selama ini diimpikan mereka. Air Asia kononnya menggunakan wang sendiri melabUr di Sabah tetapi akhirnya memerah dana bank Kerajaan Negeri. Bermacam-macam alasan menghalalkaN  pinjaman RM300 juta itu. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Projek OurFarm Junz Wong lulus pinjaman RM300 juta Bank Sabah selamatkan Air Asia? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Pinjaman RM300 juta Air Asia didalangi kroni Shafie, Ambrose Lee, Janice Lim, CEO SDB wajar dihentikan! ]

Pengarah SPRM negeri Sabah, S Karunanithy, mengesahkan bahawa agensi itu sedang menyiasat pinjaman yang diluluskan oleh bank milik negeri Sabah itu.

Shafie juga mengaku meluluskan pinjaman itu dan bersedia disiasat SPRM.


[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie mengaku selamatkan AirAsia cuma pinjaman RM300 juta SDB rakyat Sabah tidak perlu tahu! ]

Mana SPRM?

Sudah dua minggu berlalu apa status siasatan SPRM? Tidak kelihatan Shafie Apdal bekas Ketua Menteri Sabah itu dipanggil memberi keterangan

Tidak kedengaran juga Pengarah Urusan SDB Mohamad Hassanel Jarai penyokong Shafie Apdal dipanggil SPRM.

Pinjaman RM300 juta Air Asia didalangi kroni Shafie, Ambrose Lee, Janice Lim, CEO SDB wajar dihentikan!

Tidak juga kedengaran Ahli Lembaga Pengarah yang dikaitkan skandal pinjaman itu seperti Datuk Janice Lim Fung ipar Datuk Ambrose Lee broker dan taikun yang dikaitkan sebagai ‘orang tengah’ pinjaman itu dipanggil SPRM.

Nampaknya gesaan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor mengarahkan siasatan forensik kepada SDB itu masih kekal misteri. Mungkin PKPB maka alasan SPRM tidak memanggil mereka. Bagaimanapun Sabah masih dalam keadaam dibenarkan.

Shafie Apdal luluskan pinjaman ketika jadi Kerajaan Sementara 

Menurut sumber Shafie Apdal dilaporkan meluluskan pinjaman itu selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan ketika Shafie sebagai Ketua Menteri Kerajaan Sementara atau ‘Caretaker’.

Persoalannya bagaimana selepas pembubaran sesebuah DUN, seorang Ketua Menteri Sementara tanpa kuasa eksekutif sehinggalah kerajaan baru dibentuk meluluskan pinjaman RM300 juta itu?

Datuk Seri Hajiji Ketua Menteri Sabah adalah secara automatik sebagai Pengerusi SDB namun mengapa Ahli Lembaga Pengarah SDB tidak memaklumkan kepada Ketua Menteri tentang status pinjaman ini sama ada boleh diteruskan atau ditangguhkan? 

Kerajaan 'caretaker' sepatutnya tidak boleh meluluskan kelulusan besar yang mempunyai kesan melampaui kerajaan sedia ada.

Dan sekiranya kelulusan diteruskan, apakah ada klausa  dimasukkan untuk menyatakan kelulusan itu boleh ditarik balik oleh Kerajaan baru?

Atas alasan apapun kelulusan pinjaman RM300 juta kepada Air Asia ini sangat meragukan. 

Begitu banyak persoalan pinjaman RM300 juta ini sebagaimana yang dibangkitkan oleh John Lo kolumnis dailyexpress 8 November lalu.

[ ARTIKEL: Prudent for SDB to loan AirAsia RM300m? ]

Integriti dan berhemahkah Ahli Lembaga Pengarah SDB memberikan pinjaman RM300 juta untuk satu pinjaman tunggal kepada Air Asia yang sedang teruk sekarang? Semua tahu kedudukan Air Asia sekarang. Mereka berjanji wujudkan peluang pekerjaan dalam masa sama membuang pekerja Air Asia. 

Pinjaman RM300 juta berbanding jumlah pendapatan SDB sebanyak RM476.39 juta.

Pinjaman RM300 juta berbanding keuntungan sebelum cukai SDB sebanyak RM149.4 juta

Pinjaman RM300 juta vs keuntungan SDB untuk tahun ini RM105.92 juta

Pinjaman RM300 juta berbanding modal saham SDB sebanyak RM562 juta

Pinjaman RM300 juta berbanding rizab SDB sebanyak RM598.69 juta

Pinjaman RM300 juta berbanding dana pemegang saham SDB sebanyak RM1160.60 juta

Pinjaman RM300 juta berbanding jumlah aset SDB sebanyak RM7160.96 juta

Apakah misteri pinjaman RM300 juta wang rakyat Sabah ini akan terbongkar? Sama-sama tunggu.

 
10 Comments