Gabenor Bank Negara 'Lantikan PH' kata moratorium menyeluruh ibarat penuhkan ‘poket’ rakyat ganggu ekonomi
14:11 Nov 13, 2020  |  By SabahKini2
Gabenor Bank Negara  'Lantikan PH' kata moratorium menyeluruh ibarat penuhkan ‘poket’ rakyat ganggu ekonomi

Jika kerajaan terus meletakkan lebih banyak wang di dalam 'poket' rakyat dalam jangka masa pendek, ia akan menimbulkan banyak gangguan ekonomi serta kesan negatif. Bank rugi kerana kekang pinjaman baru, hutang meningkat..

Selepas CEO KWSP semalam menolak cadangan pengeluaran RM10 ribu dalam akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP kini Gabenor Bank Negara lantikan PH Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus  pula menolak cadangan moratorium kepada semua golongan seperti dilaksanakan ketika PKP atas alasan pelaksanaan yang tidak baik kepada ekonomi negara.

[ARTIKEL BERKAITAN - Rela dibenci tetapi tidak akan tergoda cadangan keluarkan RM10 ribu kata CEO KWSP ]

Beliau berkata, langkah bantuan secara bersasar seperti yang dilaksanakan ketika ini adalah lebih tepat dalam memastikan ekonomi negara tetap terus kukuh dan kembali pulih.

Katanya, jika kerajaan terus meletakkan lebih banyak wang di dalam 'poket' rakyat dalam jangka masa pendek, ia akan menimbulkan banyak gangguan ekonomi serta kesan negatif.

"Kenapa saya berkata begitu kerana penjelasannya adalah seperti ini. Pertamanya, ia akan mengekang pinjaman baru kepada isi rumah dan perniagaan kerana bank kekurangan penampan dan menjadikannya lebih berisiko.

"Kedua, ia akan meningkatkan tahap hutang secara keseluruhan. Mereka yang mampu membayar harus melunaskan hutang mereka.

"Ini akan mengekang pertumbuhan dan merugikan ekonomi kerana semakin banyak peminjam yang menghadapi masalah hutang yang lebih tinggi.

"Peningkatan hutang ketika ini tidak stabil. Hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini berjumlah sekitar 90 peratus, paras tertinggi direkodkan untuk Malaysia," katanya selepas membentangkan prestasi ekonomi suku ketiga secara maya, hari ini.

Moratorium Jejaskan kepentingan berjuta pendeposit

Nor Shamsiah berkata, pemberian moratorium kepada semua juga jika diteruskan, ia akan menjejaskan kepentingan berjuta pendeposit yang bergantung pada bank untuk menjaga simpanan kewangan mereka.

Beliau berkata, ia juga akan menjejaskan jutaan rakyat yang menjadi pemegang saham bank melalui simpanan mereka dalam institusi dana seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan KWAP.

"Keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap sistem perbankan dan kestabilan sektor perbankan adalah sesuatu yang mesti kita pelihara, bukan hanya dengan kesan tindakan kita hari ini, tetapi bagaimana mereka akan membentuk kepercayaan terhadap sistem perbankan di masa depan.

"Apa pun yang kita lakukan, kita mesti ingat bahawa bank melindungi simpanan yang diperoleh oleh semua rakyat. Melalui pinjaman baru mereka, bank dapat menyokong ekonomi," katanya.

Nor Shamsiah berkata, selepas moratorium tamat pada September, 85 peratus peminjam telah membayar balik pinjaman mereka.

Beliau berkata, BNM menjangkakan jumlah ini akan meningkat berdasarkan situasi pemulihan ekonomi.

Katanya, dalam erti kata lain, ramai peminjam boleh dan ingin melunaskan hutang mereka, dan ia adalah petanda yang menggalakkan bagi ekonomi negara.

BNM juga katanya sentiasa menjalin kerjasama dan memantau perkembangan dengan bank bagi memastikan peralihan kepada moratorium bersasar ini berjalan lancar.

Beliau berkata, bank juga menyediakan pakej bantuan kewangan yang boleh diubah suai kepada peminjam yang tidak termasuk dalam kategori moratorium bersasar.

Katanya, BNM sentiasa memastikan setiap peminjam yang berhadapan dengan masalah pembayaran balik akan terus dapat dibantu.

Bank juga katanya, telah mempermudah proses bagi permohonan moratorium pembayaran balik atau bantuan lain dari segi saluran permohonan dan dokumentasi.

"BNM sentiasa memantau perkara ini dan sekiranya terdapat lebih banyak peminjam yang mempunyai masalah, mereka harus tampil dan kami akan menolong mereka.

"BNMLINK juga dapat membantu mengatur agar bank menghubungi peminjam pada waktu pilihan mereka. Kami ingin menolong mereka.

"Lebih dari 650,000 telah mengemukakan permohonan dan 98 peratus lulus untuk moratorium bersasar. Ini menunjukkan peminjam tidak perlu merasa khuatir berjumpa bank," katanya.

 

Nota: Bilalah agaknya budak Zeti Aziz ni akan ditukar. PH lantik dia tetapi Kerajaan PN tak berani tukar dia. Selagi dia jadi Gabenor jangan mimpi ekonomi baik

 

3 Comments