Sabah catat 381 kes menurun hari ini. Kluster Tapak Bina Damanlela di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 460 kes.
Secara keseluruhannya, sehingga 15 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,208 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 47,417 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,323 kes.
Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 381 kes (31.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 661 kes (54.7 peratus) positif pada hari ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 594 kes adalah daripada kluster-kluster (89.9 peratus). Kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 460 kes.
Sebanyak tujuh (7) kes (0.6 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Penjara Sandakan (2 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).
Ingin dimaklumkan daripada 1,208 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes import tersebut melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara:
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sehingga kini, terdapat 104 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 309 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
307 | 45459 | Sabah | Perempuan (WN) | 8 | Hospital Tawau | – |
308 | 32143 | Sabah | Lelaki (WN) | 77 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit darah tinggi, penyakit jantung, dan penyakit buah pinggang |
309 | 45486 | Sabah | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung |
*WN merujuk kepada warganegara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,013 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 34,785 kes (73.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut: