Terowong dasar laut: SPRM serbu KOMTAR dan proksi syarikat Lim Guan Eng DAP
15:01 Jan 09, 2018  |  By SabahKini2
Terowong dasar laut: SPRM serbu KOMTAR dan proksi syarikat Lim Guan Eng DAP

"Serbuan ini dibuat berdasarkan bukti baharu berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukakan kepada SPRM," - Dato' Sri Azam Baki TKP SPRM

Kredit: Berita TV3 Serbuan SPRM

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, menyerbu beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdu Razak (KOMTAR), yang mempunyai kaitan dengan projek pembinaan terowong dasar laut.

Turut diserbu dalam operasi sekitar jam 9 pagi itu adalah Ewin-Zenith Sdn Bhd (Menara Boustead Penang), 555 Capital Sdn Bhd milik Lee Toong Leon (Pengerusi YES PCCC) dan pejabat Konsortium Zenith Penang

 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata serbuan itu dibuat bagi siasatan kes berkaitan projek mega, yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti dokumen yang dirampas dalam serbuan itu bagi memastikan siasatan lebih menyeluruh dapat dijalankan.

"Kita ambil dahulu semua dokumen berkaitan projek ini untuk meneruskan siasatan serta untuk kaji isu berbangkit mengenai projek terowong dasar laut.

"Serbuan ini dibuat berdasarkan bukti baharu berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukakan kepada SPRM," katanya

SPRM turut menyerbu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian di KOMTAR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di Jalan Sungai Pinang, di sini.

Sabtu lalu, Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kedua dan mengemukakan bukti baharu kepada SPRM berhubung projek terowong dasar laut dirangka kerajaan DAP Pulau Pinang.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri malah Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih bayar kepada Consortium Zenith Contruction RM209 juta.

Pelaksanaannya juga dibantah dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

 

Comment