Shafie ulang laungan 'Sanggup berani mati' bubar DUN dikala Sabah kes tertinggi COVID-19, rakyat sengsara
02:11 Nov 18, 2020  |  By SabahKini2
Shafie ulang laungan 'Sanggup berani mati' bubar DUN dikala Sabah kes tertinggi COVID-19, rakyat sengsara

Selepas Bubar DUN Shafie berkata 'Sanggup berani mati' dari serah kuasa. Wal hal 12 Mei 2018 dia mulakan dengan rampasan. Sekarang siapa yang mati? Sabah Kes tertinggi rakyatnya yang mati...

Nampaknya sekali Mohd Shafie Apdal Bekas ketua menteri Sabah mengulangi egonya mempertahankan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) 29 Julai lalu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai satu tindakan berani matinya. 

"Saya rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan. Biar rakyat tentukan,"

"Nak serah kuasa baik saya mati dalam gelanggang politik. Bukan mati kerana covid, mati di gelanggang politik," katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam.

Shafie berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Alamin (BN-Kimanis) apakah dia kesal kerana mencadangkan pembubaran Dun bagi mengadakan PRN Sabah sehingga membawa peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Siapa mati ? rakyat Semporna dan Sabah. Bukan Shafie!

3 Ogos lalu dalam satu video yang tular beliau berkata ‘Sanggup mati’ demi mempertahankan kuasanya. Bukan sahaja itu bekas Menteri Warisan Datuk Mohamaddin Ketapi turut mempersendakan kes COVID-19 sebagai sandiwara. Katanya selepas PRN kes COVID-19  sebagai ‘Kusung Kobid’.

[ARTIKEL BERKAITAN-Shafie 'Sanggup Mati' bubar DUN punca COVID-19 merebak, Warisan PH berhenti bohongi rakyat ]

 

Kempen PRN Shafie ketika Shafie Ketua Menteri Sementara.

Perlu ingat bahawa Covid menular semula di sini pada 28 Julai apabila dua orang PATI ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap Lahad Datu dan seterusnya ke penjara Tawau. Lalu, ianya merebak ke masyarakat tempatan melalui pegawai penjara dan ahli-ahli keluarga.

Ketika kluster Benteng Lahad Datu pada 28 Ogos 2020,  50 orang tahanan telah disaring dan 7 kes dikesan positif COVID-19. Sekalipun sudah dimaklumkan Shafie Apdal kelihatan tidak berbuat apa-apa sehinggalah ia mula merebak lebih jauh bermula dari kluster ini.

Apa Shafie buat? Kempen PRN Sabah di Lahad Datu berkumpul ramai-ramai. JHEAINS siap kumpul 1000 orang kononnya bertemu Shafie Apdal. Beliau sibuk PRN. Semua SOP segala bagai semua masuk 'tong sampah'. Pengarah JKNS Christina Rundi dan Pengarah MKN Sharif hanya mampu berdiam diri. 

Tindakan berani mati Shafie!

Sabah akhinya menjadi juara segala juara catatan kes COVID-19 tertinggi selepas PRN Sabah. Daerah Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau melibatkan sekitar 950,000 penduduk adalah antara daerah terawal dilaksanakan PKPD (yang jauh lebih ketat berbanding PKPB di Selangor/KL dan daerah lain di Sabah) bermula 29 September 2020. Jika kita melihat trend 20 Okt dan trend kes baru di 4 daerah terus menjulang tinggi. 

20 Okt: 245 kes 
19 Okt: 207 kes
18 Okt: 320 kes
17 Okt: 198 kes
16 Okt: 193 kes
15 Okt: 106 kes

 

 

Malah Sabah pernah mencatatkan kes lebih 1000 kes sehari penghujung oktober. Kawasan Setinggan Kota Kinabalu dan Semporna mencatat kes lebih tinggi. Sekarang pun PKPD di kg setinggan Kg Numbak dan Telipok. Itulah harga yang Shafie Apdal perlu bayar sekarang.



Katanya, PRN Sabah tidak akan berlaku jika kerajaan pimpinannya tidak diganggu oleh pihak tertentu. Shafie kata mandat dia dirampas. Sejak bila Warisan menang PRN Sabah? 12 Mei 2018 mereka rampas kuasa 'cash and king' sehingga lebih 6 adun lompat parti. 

Buktinya Shafie dan Warisan kalah dalam PRN ini. Tanda rakyat tolak Warisan.

 

7 Comments