Jika Azis Jamman didakwa Jamawi Jaafar bakal terheret sama?
07:01 Jan 10, 2018  |  By SabahKini2
Jika Azis Jamman didakwa Jamawi Jaafar bakal terheret sama?

9 Oktober tahun lalu SPRM menahan tiga individu pemimpin politik untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan dana awam berjumlah RM1.5 bilion. Mereka ialah, Azis Jamman, Jamawi Jaafar dan Ariffin Kassim

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui suratnya 27 Disember 2017 telah memberi maklumbalas kepada surat Khairy Jamaluddin yang memohon status siasatan SPRM terhadap Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar

“Sukacita dimaklumkan bahaya siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penama, Jamawi Jaafar menunjukkan setakat ini tidak ada keterangan yang menunjukkan beliau melakukan kesalahan jenayah dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009”.

9 Oktober tahun lalu SPRM menahan tiga individu pemimpin politik untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan dana awam berjumlah RM1.5 bilion. Ketiga-tiga individu terbabit adalah Ketua Wira Parti Warisan Sabah (WARISAN), Dato’ Mohd. Azis Jamman, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

Ketiga-ketiga pemimpin politik ini dikaitkan dengan ahli perniagaan Yu Sinkong atau pemilik syarikat Sinkong Contruction Sdn Bhd yang juga telah direman SPRM beberapa hari.

Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO pada 26 November 2017 telah mengemukakan surat kepada SPRM berhubung permohonan status siasatan terhadap Jamawi Jaafar.

Susulan surat pengesahan SPRM ini terdapat pihak-pihak tertentu mendedahkan surat ini secara terbuka  dalam media sosial dan aplikasi whatapps bagi tujuan untuk meraih sokongan politik atau tujuan tertentu.

Adalah proses biasa jika ada pelbagai pihak yang disiasat SPRM untuk mendapatkan status pengesahan kesnya.

Memandangkan terdapat kalangan mereka kes disiasat masih berjalan seperti terhadap Dato’ Seri Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony, Dato’ Azis Jamman, Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW, Sinkong Contructions dan lain-lain lagi adalah rasional jawapan yang dikemukakan SPRM iaitu “SETAKAT ini tidak ada keterangan yang menunjukkan beliau melakukan kesalahan jenayah dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009”.

Ia sejajar dengan prinsip asas undang-undang jenayah iaitu tidak bersalah sehingga terbukti bersalah atau dalam bahasa Inggerisnya “innocent until proven guilty”. Seseorang yang ditangkap atas kesalahan jenayah sekalipun mempunyai hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan negara Tidak kira sebesar mana pun kesalahan yang dituduh, seseorang itu perlu diberi ruang membela diri di mahkamah.

Dalam kes siasatan penyalagunaan dana awam KKLW, Jamawi Jaafar bekas Pegawai Khas (MARA) Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) atau sesiapa saja yang terlibat boleh dipanggil semula sama ada sebagai saksi atau terdapat penemuan baru bukti kes rasuah.

Penyebaran surat pengesahan awal SPRM kepada individu sama ada secara cetakan komputer atau yang ditandatangani pegawai adalah bagi tujuan rujukan pihak yang membuat permohonan bukan disebar untuk kepentingan seseorang.

Sumber mendedahkan Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony, Dato’ Azis Jamman, Hamid Apdal dan Yusof Apdal bakal didakwa tidak lama lagi sehingga kelulusan kertas pertuduhan KKLW oleh pejabat Peguam Negara diterima.

Jika Azis Jamman (Bekas Pengerusi Kolej Polytech Mara) didakwa apa mungkin Jamawi sebagai bekas Pegawai Khas tidak dipanggil semula? Jadi tidak hairan SPRM memaklumkan info SETAKAT ini belum ada keterangan yang menunjukkan beliau melakukan kesalahan jenayah dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009”. Apa sahaja boleh berlaku sehingga kes ini benar-benar dibicarakan di mahkamah dan segala-galanya boleh berlaku.

Pendedahan Sabahkini2 mengenai masalah ketirisan projek KKLW di Tenom seperti Jalan MonyetBekalan Elektrik Luar Bandar dan paip luar bandar pasti bakal disiasat SPRM. Projek siap tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat. Kes mencuri duit deposit RISDA RM15.5 juta telah dibuka dan Datuk Peter Anthony ditahan SPRM 7 hari. 

Menjadi persoalan apa motif surat dalaman itu disebarkan oleh Khairy Jamaluddin sedangkan kes ini masih berjalan? Apakah ia bertujuan memburukkan SPRM juga atau mahu menyelamatkan karier politik seseorang?

 

Comment