Kelonggaran Kuarantin 14 Hari Sabah penilaian KKM, MKN, Mengapa MP PKR mahu anak tirikan Sabah?
11:11 Nov 27, 2020  |  By SabahKini2
Kelonggaran Kuarantin 14 Hari Sabah penilaian KKM, MKN, Mengapa MP PKR mahu anak tirikan Sabah?

Keputusan melonggarkan kuarantin, 3 hari swab test sebelum keluar dari Sabah merupakan penilaian KKM dan MKN. Rakyat Sabah menyambut baik langkah ini. Ekonomi Sabah perlu dipulihkan perlahan-lahan. mengapa MP PKR bekas itu sibuk?

Bekas timbalan menteri kesihatan mempersoalkan keputusan kerajaan membatalkan kuarantin wajib 14 hari bagi individu datang dari Sabah yang disahkan negatif Covid-19 kerana ia bertentangan usaha mengurangkan jangkitan virus itu.

“Situasi di Sabah jauh daripada terkawal,” kata Dr Lee Boon Chye, timbalan menteri kesihatan di bawah kerajaan Pakatan Harapan terdahulu.

Peraturan kuarantin wajib 14 hari untuk pengembara dari Sabah yang disahkan negatif Covid-19 dibatalkan 24 November lalu sebagaimana diumumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.


DISYOR BACA

[ARTIKEL BERKAITAN- Ujian COVID-19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah- Dr Adham ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Bermula 25 November, sebelum keluar dari Sabah perlu jalani ujian Covid-19 - Masidi ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kelonggaran kuarantin 14 hari bukan hanya Sabah kata DG Hisham ]

 

Menteri Kesihatan, Ketua Pengarahnya dan juga Majlis Keselamatan Negara telah menjelaskan penilaian risiko ke atas situasi Covid-19 menunjukkan trend penurunan kes di Sabah.

Kerajaan Negeri Sabah  juga menyokong kelonggaran itu sebagaimana dijelaskan Kementerian Kesihatan.

Mengapa Dr Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng bising?

Mengapa MP ini bising sangat? 

Empat asas pemendekan tempoh masa kuarantin pengembara dilaksanakan iaitu:

  1. Penilaian risiko lapangan menunjukkan kejayaan prosedur kesihatan KKM di mana trend konsisten kes di Sabah yang menurun berbanding negeri-negeri lain terutama di Lembah Klang.
  1. Mulai 25 November, pengembara dari Sabah diwajibkan menjalani ujian swab pengesanan COVID-19 tiga (3) hari sebelum berlepas dari Sabah yang merupakan kaedah pre-emptive KKM berdasarkan tempoh pengeraman virus COVID-19 adalah antara 2 hingga 10 hari mengikut data WHO.

  2. Pengembara yang dibenarkan keluar dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan kedua membabitkan saringan demam dan gejala, pemeriksaan ujian swab pengesanan COVID-19 selain penggunaan aplikasi MySejahtera

  3. Selaras dengan perkembangan pengetahuan klinikal mengenai virus COVID-19, beberapa negara turut melihat kembali peraturan kuarantin seperti di Britain yang mana mulai 15 Disember 2020, akan melaksanakan ujian pengesanan COVID-19 kepada pengembara dari negara berisiko tinggi pada hari kelima (ke-5) kuarantin dan sekiranya keputusan negatif, tiada keperluan lagi untuk kuarantin.

Persoalannya mengapa Sabah tak boleh? 

Dr Lee Boon Chye menganaktirikan Sabah

Dr Lee Boon Chye jangan terlalu streotaip dan bias. Seperti negeri lain Sabah juga perlu kepada pemulihan ekonomi yang teruk sekarang. Sekatan dan peraturan kuarantif 14 hari akan lebih membunuh ekonomi Sabah khususnya ekonomi berasaskan pelancongan.

Semua hasil Sabah yang kaut ialah Putrajaya jadi mengapa perlu menyekat jika KKM dan MKN sudah membuat analisis untuk melonggarkan peraturan.

Sabah perlu segera kembali memulihkan ekonominya. Trend menurun dan PKPD di kawasan tertentu membuktikan strategi KKM berkesan. Jika naik sedikit di beberapa daerah hanya kawasan itu saja seperti kluster penjara atau Pusat Tahanan Sementara Sabah (PTS). 

[ARTIKEL BERKAITAN : Kes COVID-19 Sabah menurun bukti strategi KKM berkesan]

Oleh itu menyekat perjalanan keluar masuk di lapangan terbang dengan tempoh 14 hari kuarantin sangat menjejaskan rakyat Sabah. Cara pengesanan Covid-19 sudah memadai iaitu 3 hari sebelum bertolak keluar perlu Swab Test Covid-19. Positif ditahan, negatif boleh meneruskan perjalanan. Lagipun hanya pergerakan hanya untuk rakyat Malaysia. Negara maju seperti Britain boleh melakukannya mengapa Malaysia tidak.

Negeri Selangor yang mencatatkan kes harian lebih 1500 kes di kluster Teratai (Top Glove) hanya tindakan PKPD tidak menuntup seluruh Selangor. Tiada kuarantin 14 hari mengunjungi kawasan zon merah di Selangor pun sekalipun kes tertinggi di Malaysia. Sebab apa? Kerana ekonomi negeri. Hanya kilang yang didapati dijangkiti Covid-19 saja ditutup.

Begitu juga kes Perak misalnya mencatatkan lebih 100 kes sehari. Semalam 26 November 2020 kes seperti berikut;

79 kes baru COVID-19 di Negeri Perak

a) Daerah Kinta (69 kes)

  • 20 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Pengkalan Barat. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Pengkalan Barat adalah 93 kes.
  • 43 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Enggor. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Enggor adalah 113 kes.
  • 3 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Buntar. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Buntar adalah 179 kes.
  • 3 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan

b) Daerah Hilir Perak (5 kes)

5 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok adalah 416 kes.

c) Daerah Kuala Kangsar (4 kes)

4 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Rengas. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Rengas adalah 132 kes.

d) Daerah Perak Tengah (1 kes)

1 kes dari saringan Influenza Like Illness (ILI). Kes adalah jangkitan luar dari Perak.


Tidak pula Perak atau Daerah Kinta di tutup sekalipun mempunyai 69 kes. Jika ditutup ekonomi Perak di kawasan itu pasti ranap.Jika syarikat besar mempunyai kilang seperti Top Glove di Perak jika ditutup pasti kesannya besar  terutamanya kejatuhan harga sahamnya.

Dr Lee Boon Chye mahu tak seluruh Negeri Perak di laksanakan PKPD?

Serah pada KKM dan MKN

Siapa kamu Dr Lee Boon Chye menentukan cara  orang Sabah.Mereka tahu apa yang mereka lakukan. Kes mencanak naik selepas PRN Sabah 26 November lalu merupakan salah Warisan dan PH juga. Akhirnya rakyat Sabah telah harungi Covid-19 sebab kebodohan Shafie PH bubar DUN Sabah. Sekarang mereka membayar apa yang mereka lakukan.

Dr Lee Bon Chye kamu urus sendiri ekonomi negeri Perak sebagai MP Gopeng. Tidak perlu mencampuri urusan orang Sabah. Bukan penilaian kamu dan para pakar PH. cukup daripada KKM dan MKN. 

Kes tertinggi sekarang bukan Sabah tetapi Selangor. Jadi kalau mahu bertegas buat sekatan di Selangor dan kuarantin 14 hari. Kita nak tengok apa akan jadi kepada ekonomi Selangor. 

 

 

7 Comments