Skandal Terowong: Lim Guan Eng bohong mengenai bayaran dan makin hampir dipanggil SPRM
06:01 Jan 12, 2018  |  By SabahKini2
Skandal Terowong: Lim Guan Eng bohong mengenai bayaran dan makin hampir dipanggil SPRM

SPRM baru-baru ini menyerbu beberapa lokasi agensi kerajaan dan syarikat swasta termasuk menahan reman pengarah eksekutif kanan syarikat Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan Datuk Ewe Swee Kheng timbalan pengerusi

 

Lim Sian See dalam facebooknya mempersoalkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sidang medianya berkata tiada satu sen telah dibayar mahupun dalam cash (tunai) ataupun dalam apa-apa bentuk kepada kontraktor Terowong P.Pinang.  Lim Guan Eng menyimpulkannya sebagai 'tiada songlap'. 

Kenyataan Lim Guan Eng berhubung tiada pembayaran itu menambahkan polemik baru dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut itu kerana sebelum ini EXCO P.Pinang Lim Hock Seng telah menjawap dalam DUN bahawa RM209 juta sudah dibayar dalam bentuk tanah kepada kontraktor untuk kos laporan. Rujuk video

Kredit video: MyNation News Malaysia

Sumber DUN Pulau Pinang juga membuktikan bayaran dibuat

SPRM baru-baru ini menyerbu beberapa lokasi agensi kerajaan dan syarikat swasta termasuk menahan reman  pengarah eksekutif kanan syarikat Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan Datuk Ewe Swee Kheng  timbalan pengerusi syarikat Ewein Berhad. Dijangka beberapa nama sedang dalam senarai dan bakal direman lagi. Lim Guan Eng menyifatkan serbuan dan penahanan para proksinya oleh SPRM sebagai tidak masuk akal dan bermotif politik pilihan raya.

Sumber mendedahkan Lim Guan Eng juga bakal dipanggil SPRM tidak lama lagi berhubung siasatan skandal terowong ini selepas semua telah diserbu dan direman. Skandal Tunnelgate ini makin menarik memandangkan pilihanraya ke 14 makin hampir selain kes Lim Guan Eng yang turut dibicarakan bermula 26 Mac 2018 ini

2 Comments