MP Batu Prabakaran perlu dirujuk ke jawatankuasa Parlimen kerana langgar perintah kuarantin
09:12 Dec 17, 2020  |  By SabahKini2
MP Batu Prabakaran perlu dirujuk ke jawatankuasa Parlimen kerana langgar perintah kuarantin

Ketika MP PN/ BN mendapat kelulusan KKM, MP PH kecoh namun ketika Prabakaran langgar perintah HSO pada khamis di dewan rakyat tanpa kebenaran KKM, PH diam membisu. MP Kerajaan gesa Prabakaran dirujuk ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen

KUALA LUMPUR: Tidak ada seorang pun MP Pakatan Harapan termasuk Warisan yang menegur dan mengkritik Ahli Parlimen Batu Prabakaran apabila hadir 14 Disember lalu dan mengundi belah bahagian.

Ahli Parlimen PH dan Warisan hanya sibuk mengenai wakil rakyat PN/BN yang masuk dewan diarahkan menggunakan PPE tetapi tidak seorang pun mempersoal Prabakaran hadir undi belah bahagian pada khamis (10 Disember 2020)?.

[ARTIKEL BERKAITAN- PH persoal MP 'Kuarantin' pakai PPE tapi Prabakaran MP PH hadir undi belah bahagi 10.12.2020, PH tutup mulut! ]

Datuk Azhar Speaker Dewan Rakyat  turut menegur PH dan Ahli Parlimen Batu Prabakaran yang hadir pada sesi undi belah bahagian tanpa kebenaran KKM sebagaimana kes Prabakaran


Giliran Ahli Parlimen Kerajaan desak MP Pakatan Harapan

Hari ini beberapa Ahli Parlimen kerajaan tampil menggesa P Prabakaran dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa melanggar arahan kuarantin dengan menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata, tindakan Prabakaran melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) membahayakan Ahli Parlimen lain yang turut berada dalam Dewan Rakyat.

Gesaan itu turut disokong beberapa Ahli Parlimen kerajaan, termasuk Noh Omar (BN-Tanjung Karang).

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berkata, beliau perlu meneliti perkara itu sebelum membuat keputusan.

“Pada Khamis itu, saya tak sedar terjadi. Selepas semak senarai undi kita, Yang Berhormat (Prabakaran) telah undi.

“Seperti mana saya katakan, kuasa untuk menghukum atau kompaun sesiapa yang langgar perintah Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan mengenai Covid-19 bukan bawah kuasa saya.

“Sesiapa nak bawa perkara ini saya nasihatkan buat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya.

 

 

Comment