Dr Mahathir ziarah jenazah Tun Rahah
10:12 Dec 19, 2020  |  By SabahKini2
Dr Mahathir ziarah jenazah Tun Rahah

Dr Mahathir yang menaiki kereta Mercedes berwarna biru gelap, tiba sekitar jam 9.05 pagi bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang tiba di Masjid Ar-Rahah, di Kampung Kerinchi, di sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Dr Mahathir yang menaiki kereta Mercedes berwarna biru gelap, tiba sekitar jam 9.05 pagi bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beberapa Ahli Parlimen turut kelihatan tiba untuk menziarah jenazah balu Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein itu.

Antaranya Ahli Parlimen Baling daripada UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, serta tiga wakil rakyat DAP, Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

2 Comments