Shafie nafi ‘meminta nyawa’ politik Najib dan Zahid
01:12 Dec 27, 2020  |  By SabahKini2
Shafie nafi ‘meminta nyawa’ politik Najib dan Zahid

Ia berikutan penyebaran gambar yang memaparkan Ahli Parlimen Semporna itu duduk semeja dengan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan spekulasi beliau ada membuat perbincangan politik dengan Umno.

Ia berikutan penyebaran gambar yang memaparkan Ahli Parlimen Semporna itu duduk semeja dengan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Shafie sebaliknya menjelaskan gambar itu diambil ketika beliau makan malam bersama kedua-dua pemimpin berkenaan sempena majlis tahlil ibu Najib, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

"Saya menghadiri majlis tahlil untuk arwah Tun Rahah, ia tiada kaitan dengan politik.

"Saya secara peribadi mengenali keluarganya dan saya hadir sebagai tanda hormat kepada Tun Rahah," katanya dalam satu kenyataan

Walaubagaimanapun menurut sumber pertemuan itu tidak dinafikan satu permulaan untuk Shafie dan Warisan ‘meminta nyawa’ berhubung kedudukan parti itu di Sabah sekarang.

Terdapat juga desas-desus dalam tempoh terdekat beberapa pemimpin Warisan mungkin akan ditahan SPRM berhubung skandal rasuah ketika berkuasa sebagai kerajaan sejak 26 bulan lalu

 

14 Comments