Panas! Terbongkar lagi rasuah Warisan, SPRM tangkap pemimpin Warisan minggu depan?
14:12 Dec 27, 2020  |  By SabahKini2
Panas! Terbongkar lagi rasuah Warisan, SPRM tangkap pemimpin Warisan minggu depan?

26 bulan Warisan berkuasa. Habis semua projek disapu. Mereka 'mark up' berpuluh kali ganda seperti projek selenggara jalan. Projek jalan tidak dibuat tetapi tuntutan bayaran dah dapat. Apakah SPRM akan bertindak?

Apa Sabah dapat 26 bulan Kerajaan Warisan berkuasa selepas rampasan kuasa 12 Mei 2018? Realitinya rakyat Sabah miskin, pengangguran tinggi, jurang pendapatan melebar danpertumbuhan KDNK Sabah tahun 2019 hanya  0.5% sekaligus mencipta rekod Warisan menjunamkan ekonomi Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- 26 bulan Warisan: Realiti rakyat Sabah miskin, pengangguran tinggi, jurang pendapatan melebar, ekonomi lembap]

Dalam tempoh itu Shafie dan Warisan berlindung disebalik perjuangan pembinaan negara bangsa slogan’ Sabah for Sabahan, Sabah kita punya dan Unity’.

Bagaimanapun semua itu hanyalah wayang mengaburi sikap sebenar mereka untuk mencuri ‘wang rakyat’, menyakau demi kepentingan sendiri dan keluarga mereka. Warisan hanya mempergunakan rakyat serta menipu rakyat wal hal yang kaya raya adalah pemimpin mereka.

Dalam tempoh Warisan berkuasa telah banyak pendedahan yang dibuat Sabahkini2 terhadap kebobrokan Warisan daripada isu kekayaan peribadiskandal seks, Shafie Skandal KKLW RM1.5b, projek IC- PSSIC orang matipemberian tanah kepada kronikes curi wang RISDAMichael P Ubupelantikan pegawai ‘pro semporna’, skandal rundingan terus JKR RM1.5bilionSFIAmarjit Singh JANS, projek empangan kroni Lim Guan EngYayasan Sabah dan lain-lain lagi.

Beberapa kes seperti kes rasuah RISDA Peter Anthony, peguam Michael P Ubu dan dokumen palsu UMS sudah di dakwa di mahkamah jun lalu. Bagaimana Peter mahu melarikan diri lagi?

Sabahkini2 Meneruskan Pendedahan

Sabahkini2 akan meneruskan siri pendedahan sama ada kes kerajaan Warisan yang lalu ataupun mana-mana pemimpin dalam kerajaan PN atau GRS. Keutamaan sekarang ialah kepada rakyat.

Pemimpin yang rasuah, merompak wang rakyat Sabah pasti akan didedahkan jika maklumat diperolehi.

Kes Selenggara Jalan JKR- Rundingan Terus RM1.5 Bilion

Sekalipun Datuk Peter Anthony bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Warisan telah dipanggil SPRM berhubung skandal RM1.5b JKR ini namun kes ini belum selesai sehingga hari ini.

Tidak diketahui tahap siasatan SPRM. Skandal projek selenggara jalan Sabah terbahagi kepada dua iaitu konsesi lama serta konsesi baharu lantikan Datuk Peter Anthony.

Bagi konsesi lama iaitu Globinaco Sdn. Bhd (611943-X) dan WKW Eramaju Sdn. Bhd (1000264-A) laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2 jelas mendedahkan kegagalan syarikat itu melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ada yang cuba mengaitkan syarikat selenggaraan itu dulu dikawal Tan Sri Musa namun sumber mendedahkan syarikat seperti Globinaco Sdn. Bhd ketika pemerintahan Warisan sudah dikuasai oleh kroni Shafie Apdal. Kroni Warisan mengambil alih pengurusan syarikat tu. Maka konsesi mereka diteruskan dengan bayaran melampau.

Sekalipun bayaran konsesi mereka sangat tinggi tetapi  pengurusan penyelenggaraan jalan berturap di Sabah oleh konsesi sangat buruk.

Berdasarkan Road Condition Index pada 2018,55.3 peratus jalan berturap negeri berada di bawah skala 3 (sederhana) dan skala 4 (teruk) yang memerlukan penyelenggaraan berkala, manakala 4.5 peratus berada di bawah skala 5 (jalan tidak boleh disenggara) yang memerlukan kerja pembinaan semula.

Mengapa buruk? Jawapannya JKR! Kelemahan pemantauan ketika itu, rasuah kawtim menyebabkan konsesi tidak dipantau tetapi bayaran penuh dibuat kepada konsesi sehingga ratusan juta  setahun. SPRM sepatutnya lebih tahu. Jika benar terdapat kelemahan lama kerajaan lama dan juga kerajaan Warisan mereka yang terlibat sepatutnya disiasat dan didakwa.

Bayangkan Globinaco Sdn Bhd dibayar RM290 juta setahun dengan harga RM131,403 setiap 1KM untuk 2206.94 KM. Manakala WKW Eramaju Sdn. Bhd RM74,895.15 bagi setiap 1KM. Syarikat Pembinaan Kekal Mewah yang Warisan sentiasa sebut-sebut hanya dibayar RM31,171.57 setiap 1KM.

Sabahkini2 akan memperincikan kemudian projek ini.

Konsesi baharu RM1.5B

Sabahkini2 telah mendedahkan sebelum ini 4 syarikat konsesi baharu secara rundingan terus selenggara jalan RM1.5b lantikan Shafie Apdal dan Datuk Peter Anthony iaitu A.K Setia Bina Sdn Bhd (RM 400 juta), AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325 Juta), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500 juta), Sinaran Mewah Sdn Bhd (RM 325 juta).

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender ]


AK Kontraktor Sdn Bhd milik Peter Anthony sahaja mendapat RM65 juta setahun  bagi 437.52 KM iaitu kira-kira RM148,564.64 setiap 1KM. Bayangkan!. Tapi hasil kerja selenggaraan mereka sangat teruk.

Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd misalnya syarikat yang tidak punya wang tetapi mendapat projek konsesi RM500 juta selama 5 tahun ataupun RM100 juta setahun pastinya amat sukar diambil tindakan kerana dikaitkan dengan pengaruh VVIP Istana negeri. Mungkin SPRM pun tak akan berani.

Lebih teruk sebagaimana pendedahan Sabahkini2 sebelum ini projek selenggara jalan ini  tidak dilaksana namun pembayaran telah dibuat kepada  syarikat di atas kerana PRN dana Pilihanraya Peter dan Parti Warisan.

Sudah tiba masa Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar dan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Menteri Kewangan II berani mendedahkan dokumen projek ini termasuk bayaran dan lain-lain lagi. Biar rakyat tahu.

Salah satu jalan yang didedah oleh Sabahkini2 ialah jalan Projek Selenggara Jalan Dumpiring Kebidahan dan Jalan-jalan berkaitan milik  Datuk Ewon Benedick (Menteri KPLB) dan Peter Anthony di ‘mark up’ sehingga 40 kali ganda lebih tinggi. 

[ARTIKEL BERKAITAN - Kantoi lagi Peter Luluskan kontrak 5 tahun Projek JKR kos 40 kali ganda lebih tinggi untuk kroni ]

Jalan Dumpiring Kebidahan hanya 2.3KM tetapi kos RM2,436,407.50 atau RM1,059,307.17 juta 1KM. Bayangkan jika 5 tahun?

Cuba lihat satu contoh gambar projek jalan yang di selenggara ini. Benarkah syarikat konsesi laksanakan kerja? Jalan yang diselenggara sangat menyedihkan. 

Rakyat boleh nilai sendiri projek RM2.4 juta dengan gambar-gambar projek selenggaraan itu. Bayaran dah dapat tetapi hasil haprak! Rakyat juga yang dibodohkan.

Semua tuntutan bayaran pula hanya dilakukan melalui pejabat Daerah masing-masing. Maka tak hairannya jika pegawai -pegawai daerah kawtim meluluskan bayaran  tetapi kerja tidak dilaksana atau dilakukan dengan penuh tanggungjawab.

Jalan hancur, syarikat dapat wang, perasuah untung tetapi rakyat rugi.

Ewon Benedick bekas Menteri KPLB UPKO dapat berapa komisen projek ni? Dengarnya dia rembat komisen projek ini selepas diluluskan oleh Peter Anthony.

 


Projek Jabatan Landskap

Satu lagi projek menyedihkan rakyat Kudat ialah Projek Pembangunan Taman Rekreasi Awam Kudat, Sabah bernilai RM4.1 juta yang ditender oleh Jabatan Landskap Negara jun 2020 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (Menteri PH ketika itu ialah Khalid Samad). Bagi negeri Sabah projek diselia oleh Bahagian Landskap Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah Menterinya Datuk Jaujan Sambakong.

Apa jadi kontraktor Warisan yang diwahyukan melaksana projek itu? Sudah lebih setahun sejak SST 30 September 2019. Taman Rekreasi kelihatan seperti takungan longkang. Tiada taman permainan dibuat, Walkway saja RM549,758 dan Soft Landscape & Play Equipment bernilai hampir RM1 juta.

Gambar dan kosnya nanti kita tunjukkan.


Kontrak Sabahnet

Sabahnet mendapat peruntukan RM32 juta pada tahun 2020 bagi melaksana pelbagai projek termasuk melaksana Kerajaan Elektronik melalui Perjanjian Sistem Kerajaan Elektronik di Sabah

Melalui SabahNet, hampir 200 lokasi baharu pejabat kerajaan negeri akan disambungkan ke SabahNet menjadikan bilangan pejabat yang dirangkaikan melebihi 700 pejabat dengan prestasi kelajuan rangkaian ditingkatkan kepada minima 30Mbps hingga 100Mbps untuk pejabat-pejabat luar Kota Kinabalu.

Kementerian dan Sabahnet turut menganjurkan kursus. Terdapat kelemahan pada pemantauan kursus sehingga kurang berkesan dan mudah berlaku ketirisan kepada penyedia Latihan.

Semua cytro Warisan sebelum ini bernaung di bawah Sabahnet.

Pengerusi Sabahnet sebelum ini ialah Fred Gabriel ‘penjual’ parti Warisan kepada Shafie Apdal. Atas jasanya Fred dilantik pengerusi. Sebelum PRN Fred Gabriel aktif menggunakan Sabahnet dalam kempennya untuk Warisan.

 

Shafie balas budi Fred Gabriel

Pasti menarik apabila Fred bekas CEO Tungkus Sandad Sdn Bhd melantik syarikat Omnitel Network Sdn Bhd (Sebelum ni nama Tungkus Sandad Sdn Bhd) melaksanakan Projek Last Mile Infrastructure Sandakan Sabah.

Apa hubungan Pengarah Syarikat Omnitel Network Sdn Bhd yang bernama Ismail Palil (Warisan Sipitang) dengan Datuk Dr Yusof Yakob Bekas Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah itu? Kita nantikan kemudian pendedahan seterusnya!

SPRM bangunlah dari tidur, tiada lagi alasan PKPB atau pihak yang dituduh dikuarantin Covid-19. Janjimu untuk menangkap Datuk Mohammad Lan Alani orang kuat Shafie Apdal dalam skandal MARA Inc perlu ditunaikan segera.

Sampai bila SPRM Sabah melindungi Skandal selenggara jalan RM1.5B yang terang-terang penuh rasuah ini? Apakah sehingga gambar projek-projek jalan yang teruk itu didedahkan satu persatu oleh Sabahkini2? 

 

15 Comments