SD Suami, Anak Zeti Aziz bukti Bekas Gabenor BNM Terima Rasuah Jho Low lebih RM100 juta!
20:12 Dec 31, 2020  |  By SabahKini2
SD Suami, Anak Zeti Aziz bukti Bekas Gabenor BNM Terima Rasuah Jho Low lebih RM100 juta!

Apapun yang didedahkan mengenai Zeti termasuk SD Suami dan Anaknya menerima lebih RM100 juta daripada Jho Low hakikat jelas Zeti, suami dan anaknya telah menerima wang rasuah. Rasuah tetap rasuah! SPRM tidak boleh sembunyi lagi

Diasak bertalu oleh blogger Raja Petra dalam Malaysia Today sejak Oktober lalu hingga kini, dipetik pula oleh Datuk Seri Najib dalam facebooknya yang menghadirkan ribuan komen daripada netizen akhirnya Zeti Aziz, bekas gabenor Bank Negara itu terperangkap dengan jawapan balasnya. Zeti menafikan penglibatan suami dan anak-anaknya.

Sebenarnya kenyataan balas Zeti Aziz yang kini masih Pengerusi PNB sangat dinanti-nantikan bagi membuat penafian. Reaksinya pasti akan menarik perhatian media dalam dan luar negara mengenai tahap integriti Zeti Aziz.

Apapun yang didedah oleh blog Raja Petra atau Najib dalam FBnya satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah pendedahan mengejutkan bahawa ahli keluarga beliau menerima wang daripada dana 1MDB.

Suami Zeti, dan dua anaknya, mengaku mengetahui tentang wang 1MDB di dalam akaun mereka, menurut akuan berkanun yang ditandatangani mereka pada Mac 2019.

Wang itu dalam akaun syarikat Cutting Edge Industries di Singapura dan mereka bertiga mengakui pemilik akaun itu. Ia menunjukkan Conflict of Interest Zeti sebagai bekas Gabenor BNM apabila keluarganya menerima wang Jho Low itu.

SD tular dilaporkan sebagai tulen dan boleh dipercayai, menurut peguam Sham Sunder Vikyomal yang menandatangani dokumen itu.

Najib dalam facebooknya dan Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan mendesak Zeti menjelaskan SD keluarga Zeti dan wang lebih RM100 juta itu

Pendedahan dalam SD mendakwa suami Zeti dan anak-anak lelakinya menerima lebih RM100 juta ringgit daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jow, yang didakwa mendalangi skandal 1MBD.

Dakwaan itu disokong SD yang menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti MENGAKU menerima dana berkenaan dalam akaun bank mereka di Singapura.

Dalam pada itu, SD berkenaan menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti BERSETUJU menyelesaikan isu dana 1MDB itu dengan kerajaan Singapura.

Menurut SD itu, mereka bersetuju untuk MEMULANGKAN wang 1MDB dalam akaun mereka kepada syarikat itu, sekiranya pihak berkuasa Singapura MENGGUGURKAN siasatan.

SD suami dan dua anak Zeti membuat cadangan penyelesaian itu dengan merujuk kepada Seksyen 370 Kanun Tatacara Jenayah Singapura, berkenaan perampasan harta.

Suami Zeti, Tawfiq Ayman, dan anak mereka, Abdul Aziz dan Alif Ayman Aziz, menguruskan akaun itu bawah nama Cutting Edge Industries LTd, yang berpangkalan di Singapura.

Cerita skandal Zeti Gabenor Bank Negara bukan baru. Blog fromtheeleventh (2015) dan pembekuan akaun keluarga Zeti di Singapura oleh blog anotherbrickinwall pada ogos 2019 pernah mendedahkan awal skandal Zeti.

Antara butiran akaun yang didedahkan sebelum ini seperti berikut;


 

 SD Mac 2019 yang didedah pula seperti berikut;

 

TAWFIQ AYMAN


 

ABDUL AZIZ BIN TAWFIQ AYMAN

 

ALIF AYMAN AZIZ BIN TAWFIQ AYMAN 


 

Sekalipun dinafiikan oleh Zeti Aziz sudah tentu amat sukar kerana dokumen-dokumen itu menunjukkan kepentingan jelas kepada keluarganya. Ini juga akan menyukarkan SPRM yang menyiasat kes ini jika terdapat unsur 'kawtim' sebagai saksi bagi tujuan pendakwaan terhadap Najib semata.

Paling tidak Zeti dan keluarganya jelas mengambil rasuah. 

Rupanya keluarga Zeti hidup mewah dengan hasil rasuah.

 

7 Comments