Langgar lubang, Warga Pakistan dapat pampasan RM50,000 bukti KP JKR boleh disaman kerana cuai
19:01 Jan 01, 2021  |  By SabahKini2
Langgar lubang, Warga Pakistan dapat pampasan RM50,000 bukti KP JKR boleh disaman kerana cuai

Warga Pakistan boleh menang saman dan menerima pampasan RM50 ribu kerana kecuaian JKR. Bermakna rakyat Malaysia juga boleh berbuat demikian. Kerana kegagalan dan kecuaian Ketua Pengarah atau Pengarah rakyat boleh saman JKR

Selepas Menteri Sains Khairy Jamaluddin jatuh basikal kerana jalan berlubang, JKR meminta maaf, rakyat pula mula menjadikan bahan ‘trol’ di laman sosial untuk JKR menjalankan tugas mereka.

JKR akhirnya berjanji jika ada aduan jalan berlubang akan ditampal dalam tempoh 24 jam. Mampukah JKR berbuat demikian kelemahan sedia ada hari ini mengharapkan konsesi? Konsesi tak buat kerja akhirnya JKR kena bayar pampasan.

 

Itulah hebatnya kuasa ‘tular’ rakyat. Kerajaan akhirnya terpaksa bertindak.

Ketua Pengarah JKR boleh disaman

Bagaimanapun satu lagi precedent case kerana jalan berlubang apabila Mahkamah Tinggi 31 Disember lalu membenarkan rayuan seorang warga Pakistan terhadap kerajaan untuk menuntut pampasan RM48,700 atas kecuaian bagi kecederaan dialaminya selepas motosikalnya melanggar lubang enam tahun lalu.

Warga Pakistan, Sajid Dilwarkhan mendakwa kemalangan dialaminya akibat kealpaan ketua pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan jalan dalam keadaan baik untuk pengguna jalan raya.

Katanya, kerajaan mempunyai liabiliti vikarius atas kecuaian ketua pengarah JKR.

Sajid memfailkan saman terhadap ketua pengarah JKR dan kerajaan atas kecederaan yang didakwa dialaminya selepas tercampak daripada motosikalnya kerana melanggar lubang di Jalan Kuala Selangor (Jalan FT 54) ketika hujan pada 10 pagi 27 Okt 2014.

Kecuaian pihak konsesi penyelenggara

Mahkamah Majistret dua tahun lalu menolak tuntutan Sajid kerana kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pihak keempat memastikan jalan berkenaan dalam keadaan baik.

Terdahulu, kerajaan memfailkan tuntutan pihak ketiga terhadap Unik Sejati Sdn Bhd bagi menuntut ganti rugi serta sumbangan, sekiranya Sajid berjaya dalam samannya di mahkamah rendah itu.

Unik Sejati yang dilantik kerajaan untuk membina dan menyelenggara laluan FT54, di mana kemalangan itu berlaku bagaimanapun menegaskan tiada lubang di jalan berkenaan.

Unik Sejati sebaliknya menamakan Salam Dutamas Sdn Bhd (sub con) sebagai pihak keempat untuk mendapatkan ganti rugi dan sumbangan, sekiranya mereka didapati bertanggungjawab.

Pihak keempat berkenaan adalah subkontraktor yang dilantik pihak ketiga bagi menyelenggara jalan berkenaan.

Salam Dutamas mendakwa motosikal Sajid tergelincir menyebabkannya beliau jatuh di lokasi lain, tetapi cuba mengaitkan kemalangan itu dengan Jalan FT 54 untuk mengukuhkan kesnya kerana ketika itu ada kerja jalan dilakukan di situ.

Kerajaan tidak kebal undang-undang

Hakim S M Komathy Suppiah dalam penghakiman bertulisnya berkata, kerajaan tidak mempunyai kekebalan undang-undang mengikut Seksyen 7 Akta Prosiding Kerajaan 1956.

“Mereka mempunyai kewajipan statutori kepada plaintif untuk memastikan jalan dalam keadaan baik. Mereka tidak boleh mengelak liabiliti dengan menyerahkannya kepada pihak ketiga,” katanya.

Komathy berkata, ketua pengarah JKR dan kerajaan tidak memastikan pihak ketiga terbabit menampal lubang jalan berkenaan atau meletakkan tanda amaran atau kon berhampiran lubang itu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan.

Katanya, ia bukan sebahagian daripada kes kerajaan yang pihak ketiga dan keempat ialah kontraktor bebas.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tuntutan kerajaan untuk ganti rugi daripada pihak ketiga, selain tuntutan pihak ketiga untuk ganti rugi daripada pihak keempat.

Nampaknya kes warga Pakistan membuka ruang kepada rakyat menyaman Kerajaan atau JKR jika aduan mereka tidak diambil tindakan kerana kecuaian.

Rakyat Sabah boleh saman JKR

Nampaknya rakyat di Sabah punya ruang untuk menyaman Pengarah JKR atau konsesi jalan RM1.5Bilion lantikan Warisan sebelum ini jika jalan berlubang, rosak menyebabkan kecederaan malah mungkin kematian kepada rakyat.

Apa yang perlu dilakukan ialah kempen kesedaran membuat aduan dan menyaman jabatan kerajaan yang gagal menjalankan tugasnya.

Antara jalan 'Troll' rakyat sebelum ini di Sabah tahun 2019

 

 

2 Comments