Timbalan Ketua Menteri Dr Jeffrey positif COVID-19
22:01 Jan 04, 2021  |  By SabahKini2
Timbalan Ketua Menteri Dr Jeffrey positif COVID-19

Setiausaha Politik beliau, Arlinsia Agang, dalam satu kenyataan malam ini, berkata Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah kini menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE),

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan, semalam.

Setiausaha Politik beliau, Arlinsia Agang, dalam satu kenyataan malam ini, berkata Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah kini menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini.

"Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 pada Ahad (semalam) dan keputusannya menunjukkan beliau positif dijangkiti virus berkenaan.

"Beliau kini menjalani rawatan di HQE tetapi keadaannya adalah stabil," katanya.

Katanya, Jeffrey menjalankan tugas secara persidangan video dan aplikasi digital lain.

"Beliau memaklumkan dirinya dalam keadaan baik dan meminta semua bertenang serta berdoa agar Sabah dapat bebas daripada COVID-19," katanya

8 Comments