(VIDEO) 'Infinity Club' operasi tanpa lesen, 120 pengunjung dikompaun langgar SOP PKPB
13:01 Jan 10, 2021  |  By SabahKini2
(VIDEO) 'Infinity Club' operasi tanpa lesen,  120 pengunjung dikompaun langgar SOP PKPB

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata pusat hiburan itu beroperasi dengan menggunakan lesen kafe dan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

KOTA KINABALU: Seramai 120 pengunjung pusat hiburan 'Infinity Club' berdekatan kawasan Waterfront dekat sini ditahan dalam serbuan jam 10 malam tadi kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata pusat hiburan itu sebenarnya beroperasi dengan menggunakan lesen kafe dan operasi itu adalah yang ketiga seumpamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Premis itu memasang audio yang sangat kuat menjadikannya tidak ubah seperti pusat hiburan.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati premis berkenaan sebenarnya beroperasi dengan lesen tamat tempoh dan belum diperbaharui,” katanya.

Tambahnya, dalam serbuan itu 120 pengunjung ditahan kerana tiada penjarakan sosial dan dikompaun atas kesalahan mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No 8) 2020.

Sejak disember sehingga tahun baru Pusat Hiburan ini menggila langgar SOP.
Siapa dalam DBKK yang bersekongkol?

Katanya, memandangkan ia adalah kesalahan berulang, polis akan mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tidak meluluskan permit atau operasi premis berkenaan.

Tinjuan menunjukan Kelab Infinity yang dulu asalnya kelab 69 bebas beroroperasi ketika PKPB seolah-olah dilindungi oleh pihak berkuasa DBKK. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya menyiasat siapa yang bertanggungjawab membenarkan kelab ini beroperasi secara haram.

 

 

1 Comment