Konsesi 'Peter' AK Setia Bina RM400 juta: Rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dapat apa?
05:02 Feb 12, 2021  |  By SabahKini2
Konsesi 'Peter' AK Setia Bina RM400 juta: Rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dapat apa?

Syarikat asal Sarawak! RM400 juta! Menyelenggara jalan JKR sepanjang 759.53 KM. Jalan mereka teruk , syarikat untung 40 kali ganda tetapi rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Kuala Penyu dapat apa?

Ketika musim hujan, banjir dan tanah runtuh bulan lalu sangat rajin para macai Warisan Plus untuk mengemaskini berita jalan yang rosak, tanah runtuh  dan jalan yang kononnya tidak diselenggara oleh Kerajaan GRS.

Warisan menyalahkan kerajaan GRS yang belum pun 200 hari sebagai kerajaan.  Bagaimanapun sejak didedahkan penyelenggara jalan merupakan kontraktor yang dilantik oleh Datuk Peter Anthony daripada konsesi lama hinggalah konsesi baharu RM1.5 bilion nampaknya team warisan semakin tenggelam. Mungkin tak mahu yang terus menjadi mangsa ialah Peter Anthony dan kroninya.

Terbaru mereka menularkan kerosakan jalan Jalan Bintang Mas Kampung Manduring Beluran yang dikatakan sangat teruk menyebabkan khidmat anggota bomba dan penyelamat terpaksa digunakan untuk menjemput kanak-kanak sakit di Kampung Manduring.

Namun ‘Ibarat meludah terkena muka sendiri’ terbongkar konsesi nombor satu milik Peter Anthony iaitu Syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd bagi menyelenggara Jalan Zon Sandakan, Beluran, Tongod dan Kinabatangan dengan kontrak RM 325 juta atau RM65 juta setahun bagi 437.52 KM jalan.

AK Kontraktor syarikat yang paling hampir dengan Peter Anthony kerana penamanya adalah individu sama yang terlibat kes rasuah/pengubahan wang haram RISDA.

Betapa untungnya Warisan kos projek di ‘mark up’ lebih 40 kali ganda. Warisan untung dan rakyat menderita.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Konsesi Peter AK Kontraktor gagal, bayaran berjuta tapi Jalan Kg Manduring Beluran sangat teruk! ]

Jalan Manduring Beluran - AK KONTRAKTOR SDN BHD

AK Setia Bina Sdn Bhd- Konsesi Zon Keningau, Tambunan,Nabawan, Beaufort , Sipitang, Kuala Penyu

Satu lagi konsesi kroni Peter Anthony Warisan yang jarang dibahaskan oleh rakyat Sabah ialah AK Setia Bina Sdn Bhd.

Satu persoalan kepada orang Keningau, Tambunan,Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu, adakah kamu berpuas hati dengan selenggara jalan konsesi di tempat kamu oleh Syarikat A.K Setia Bina Sdn Bhd dengan nilai RM400 juta untuk 5 tahun atau RM80 juta setahun ini di jalan JKR?

Sebelum ini Sabahkini2 telah mendedahkan pemilik proksi syarikat ini berasal dari Sarawak.

Syarikat asalnya Darul Megah (M) Sdn Bhd diperbadankan pada 18 Jan 1989 dengan modal berbayar RM1,235,005 beralamat Lot 701, Section 66 Jalan Daya Bintawa Kuching Sarawak. Lembaga Pengarah dan pemegang sahamnya juga adalah orang Kuching Sarawak iaitu Hajamat bin Bujang dan Abdul Halim bin Rijie. Audit kewangan juga menunjukkan syarikat dari Sarawak ini rugi.Taikunnya boleh jadi orang Sarawak yang menaungi Peter Anthony atau Shafie Apdal di Kota Kinabalu.

Oleh kerana AK Kontraktor milik Peter maka syarikat Darul Megah dijenamakan semula sebagai A.K Setia Bina Sdn Bhd.

Persoalannya bagaimana syarikat dari Sarawak ini dipilih secara rundingan terus? Dalam beribu syarikat di Sabah, sudah tiadakah syarikat dari Sabah yang layak mendapat kontrak RM400 juta?

 

BUKTI PENAMA SYARIKAT DI SSM


BUKTI LOA PROJEK RM400 JUTA


RM400 juta 5 tahun. RM80 juta setahun! 759.53 KM. 

 

MAHU LIHAT JALAN YANG AK SETIA BINA SDN BHD SELENGGARA? 

Rakyat nilai sendiri RM400 juta! Jika tidak berpuas hati rakyat boleh protes kontrak mereka. Namun bukan senang nak membatalkan kontrak yang dibuat oleh Datuk Peter Anthony ini. Membatalkan bermakna kerajaan perlu membayar jutaan ringgit pampasan. 

Yang pasti konsesi tak kisah selenggara jalan atau tidak mereka akan dapat bayaran pada kontrak yang di 'mark up' 40 kali ganda itu. 

ZON NABAWAN

ZON TAMBUNAN

ZON TENOM

 

16 Comments