Skandal pinjaman 'tak masuk akal' SDB - Air Asia RM300 juta, mana pengesahan SPRM?
02:03 Mar 17, 2021  |  By SabahKini2
Skandal pinjaman 'tak masuk akal' SDB - Air Asia RM300 juta, mana pengesahan SPRM?

Ketika skandal rasuah Air Asia-Airbus, BDO Governance Advisory Sdn Bhd (BDO) dilantik Air Asia umum Tony Fernandez dan Kamarudin sebagai 'bersih' bukan SPRM. Kini SDB beri pinjaman kepada Air Asia RM300 pinjaman 'tak masuk akal' buat perkara sama?

Nampaknya Lembaga Pengarah Sabah Development Bank Berhad (SDB) mengikut langkah Air Asia pada mac 2020 ketika mereka berhadapan skandal rasuah Air Asia- Airbus.

Belum pun selesai siasatan SPRM terhadap kes rasuah Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd (AAGB) Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun skandal Airbus melibatkan RM200 juta tiba-tiba badan bebas dilantik Air Asia BDO Governance Advisory Sdn Bhd (BDO) mengumumkan Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun bebas dan bersih.

Ketika Latheefa KP SPRM beliau berjanji menyiasat. Belum sempat umum BDO dilantik Air Asia umumkan bebas

BDO sendiri juga mengisytiharkan penajaan Airbus sebagai bukan rasuah berbanding dengan laporan media antara bangsa seperti The Telegraph  bahawa Airbus membayar AS$50 juta (RM204 juta) dan menawarkan AS$55 juta (RM225 juta) untuk menaja sebuah pasukan sukan ( Caterham) milik Tony dan Kamarudin “pembuat keputusan utama” di AirAsia dan AirAsiaX.

SPRM sehingga ke hari ini tidak pernah mendedahkan status kes itu. 

Langkah SDB ikut saranan Air Asia?

Kini SDB yang memberi pinjaman ‘tidak masuk akal’ juga berbuat perkara sama iaitu Lembaga Pengarah SDB mengumumkan sendiri hasil siasatan kononnya SPRM membebaskan mereka pinjaman RM300 juta kepada AirAsia Group tidak mempunyai unsur rasuah.

Sesuatu yang sangat janggal apabila beberapa orang BOD SDB yang terlibat dalam siasatan itu seperti Hj Rusdin Riman (SUT) masih menjadi BOD sekarang begitu juga yang terlibat meluluskan perundingan pinjaman Air Asia itu seperti Datuk Seri Safar Untung masih menjadi SKN. Tak mungkin SKN dan Hj Rusdin tak tahu kisah pinjaman tak masuk akal ini.  Begitu juga pegawai SDB sekarang. Jadi kamu mahukan siasatan yang telus? Seakan-akan semua dokumen bukti sudah dibersihkan awal.

BOD baru. Hj Rusdin sehingga kini masih BOD SDB. 

Mesyuarat ketika urusan pinjaman Air Asia. Ada CEO SDB orang Warisan, BOD Air Asia malah
SKN sehingga kini masih SKN. 


Mengapa mereka pertahan bos lama?

Mengapa SPRM tidak mengumumkan saja terus siasatan itu?

Apa perlunya BOD SDB berbuat demikian? Apakah mahu menyelamatkan pihak-pihak tertentu yang membuat keputusan sebelum ini? atau mahu membersihkan nama SDB dan Air Asia yang buruk kini.

Atau mengapa tidak SDB menyertakan sekali surat SPRM tentang siasatan kes itu? Biar rakyat  melihat sendiri saranan SPRM.

Apa sebenarnya SPRM lakukan? Sedangkan menurut sumber Shafie Apdal dilaporkan meluluskan pinjaman itu selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan ketika Shafie sebagai Ketua Menteri Kerajaan Sementara atau ‘Caretaker’.

[ARTIKEL BERKAITAN - Mana SPRM? Shafie, BOD SDB lulus pinjaman AirAsia RM300 juta selepas Bubar DUN? ]

Persoalannya bagaimana selepas pembubaran sesebuah DUN, seorang Ketua Menteri Sementara tanpa kuasa eksekutif sehinggalah kerajaan baru dibentuk meluluskan pinjaman RM300 juta itu? Mengapa tergesa-gesa mungkinkah ada elemen komisen untuk belanja pilihanraya?

Kerajaan 'caretaker' sepatutnya tidak boleh meluluskan kelulusan besar yang mempunyai kesan melampaui kerajaan sedia ada.

Atas alasan apapun kelulusan pinjaman RM300 juta kepada Air Asia ini sangat meragukan dan tidak berhemah.

Ia pinjaman yang sangat tidak masuk akal!

Bagaimana BOD SDB meluluskannya? Apakah Datuk Seri Safar Untung dan Hj Rusdin yang terlibat dalam urusan pinjaman itu tidak tahu kesan pinjaman itu? Bagaimana jika pinjaman itu gagal dilunaskan?

Air Asia menyelam sambil minum air. Mereka mendapat pinjaman RM300 juta dalam masa sama mengambil alih Terminal 2 KK sebelum ini mereka dihalau keluar. 

Integriti dan berhemahkah Ahli Lembaga Pengarah SDB memberikan pinjaman RM300 juta untuk satu pinjaman tunggal kepada Air Asia yang sedang teruk sekarang? Semua tahu kedudukan Air Asia sekarang. Air Asia bergelut dengan Air Asia India ditutup, Jepun pula isytihar muflis. Tapi di bawah Kerajaan Warisan Shafie luluskan pinjaman RM300 juta di SDB malah Tony Fernandez terpaksa menjual rumah agamnya di Scotland

[ARTIKEL BERKAITAN- Di Sabah Shafie beri RM300 juta, di Scotland Tony Fernandes jual rumah agam RM13.55 juta! ]

Selepas rugi RM1.16 bilion Air Asia umum penstrukturan hutangnya dan perkara itu hanya diketahui 30 Jun 2021 nanti

Mereka berjanji wujudkan peluang pekerjaan dalam masa sama membuang pekerja Air Asia.

Bayangkan senario  SDB kepada Air Asia ini. Masuk akal SDB beri pinjaman sebenar RM300 juta?

Pinjaman RM300 juta berbanding jumlah pendapatan SDB sebanyak RM476.39 juta.

Pinjaman RM300 juta berbanding keuntungan sebelum cukai SDB sebanyak RM149.4 juta

Pinjaman RM300 juta vs keuntungan SDB untuk tahun ini RM105.92 juta

Pinjaman RM300 juta berbanding modal saham SDB sebanyak RM562 juta

Pinjaman RM300 juta berbanding rizab SDB sebanyak RM598.69 juta

Pinjaman RM300 juta berbanding dana pemegang saham SDB sebanyak RM1160.60 juta

Pinjaman RM300 juta berbanding jumlah aset SDB sebanyak RM7160.96 juta

[ ARTIKEL: Prudent for SDB to loan AirAsia RM300m? ]

SPRM sepatutnya mengumumkan siasatan mereka terhadap SDB termasuk beberapa perkara yang dikaitkan beberapa kroni tertentu yang menyebabkan pinjaman RM300 juta itu diluluskan. 

Pinjaman RM300 juta Air Asia didalangi kroni Shafie, Ambrose Lee, Janice Lim, CEO SDB wajar dihentikan!


[ARTIKEL BERKAITAN- 

Projek OurFarm Junz Wong lulus pinjaman RM300 juta Bank Sabah selamatkan Air Asia?

Pinjaman RM300 juta Air Asia didalangi kroni Shafie, Ambrose Lee, Janice Lim, CEO SDB wajar dihentikan! 

Shafie mengaku selamatkan AirAsia cuma pinjaman RM300 juta SDB rakyat Sabah tidak perlu tahu!

 

 

 

 

5 Comments