Sudah tiba masa PM, KM Sabah tukar SKN 'Lantikan Shafie Warisan' khianat di belakang GRS!
08:03 Mar 21, 2021  |  By SabahKini2
Sudah tiba masa PM, KM Sabah tukar SKN 'Lantikan Shafie Warisan' khianat di belakang GRS!

Sudah 6 bulan berlalu SKN lantikan Shafie Warisan belum ditukar. Peguam Besar Negeri Brenndon Keith Soh telah disingkir awal. SKN sekarang sedang menutup semua salahlaku Shafie Apdal dan menikam Kerajaan GRS. Mohon KM dan GRS bertindak

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Sabah bermula hari ini.

Lawatan itu dijangka mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara kerajaan negeri dan Persekutuan selain memudahkan perancangan pembangunan menyeluruh buat Negeri Di Bawah Bayu itu. 

Ia lawatan sulung beliau ke negeri ini selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS ) membentuk kerajaan negeri setelah memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah September tahun lepas.

Belum pun 6 bulan kerajaan GRS berkuasa kesediaan GRS untuk segera melaksanakan projek infrastruktur dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi telah mencetuskan harapan membara rakyat Sabah yang senantiasa berhasrat menikmati pembangunan sosio-ekonomi yang lebih baik.

Memperluas liputan 4G, kelajuan internet di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), Penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC), menarik FDI, kerjasama persekutuan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025, menangani pendemik Covid-19 dengan peruntukan ratusan juta dan pelbagai lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Permulaan baik untuk Sabah, tetapi masih banyak perlu dilaksana ]

Rombakan Kementerian, agensi dan GLC

Tidak mudah mengurus kerajaan dan agensinya. Sekalipun ramai juga pegawai Kementerian, jabatan, agensi dan GLS kerajaan negeri dirombak namun masih ramai pegawai ‘pro warisan’ disimpan dalam Kerajaan GRS menyebabkan banyak ketirisan maklumat didedah kepada pihak luar terutama pembangkang. Banyak perkara yang  didedah seperti rasuah bekas Menteri Warisan, pegawai serta projek-projek yang merugikan rakyat tetapi tidak dapat diselesaikan segera kerana masih ramai ‘kartel’ atau musang berbulu ayam dalam kerajaan.

Tukar Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Masalah Kerajaan GRS tidak akan selesai selagi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong tidak ditukar. Ini adalah asas punca kepada kelemahan kerajaan sekarang.Belum dikira Setiausaha Tetap Kementerian seperti SUT Kewangan dan Kementerian Kerja Raya yang digelar ‘Budak Shafie’.

Jika Peguam Besar Sabah Brenndon Keith Soh boleh ditukar, Pengarah Yayasan Sabah, CEO SDV, Pengarah Besar Kumpulan Sawit, SAFODA, Ketua Konservator hutan dan lain-lain lagi boleh ditukar mengapa tidak Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah?

Safar Untong dilantik SKN pada November 2019 sebelum itu beliau Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. Kesetiaan dan kiblatnya hanya satu kepada Datuk Shafie Apdal Presiden Warisan.

Apa yang beliau tunjukkan sekarang kepada Kerajaan GRS hanyalah berpura-pura. GRS jangan percaya lakonan mengampunya. Beliau kipas Ketua Menteri, Menteri Kewangan II dan Menteri tertentu yang beliau rasa kuat. Beliau menutup mana-mana salahlaku Shafie Apdal dan Warisan sebelum ini malah semua arahan Ketua Menteri beliau sampahkan, projek beliau lengahkan malah meneruskan semua projek Warisan. Dalam erti kata lain beliaulah SKN paling berkuasa. Kena sujud dan menyembah dia baru peruntukan dilepaskan.

Sejak julai 2020, Sabahkini2 telah mendedahkan siapa Safar Untong sebelum ini berdasarkan sumber dalaman. Dilaporkan failnya pun telah dihantar kepada SPRM Putrajaya. Tidak diketahui status kes SPRM ini. Faktanya kes itu berlaku.

Pendedahan salahlaku rasuah Safar Untong ketika sebagai Pengarah JTU termasuk memberi kelulusan tanah kepada isteri, mentua, keluarga dan kroninya tidak pernah dinafikan oleh beliau atau keluarganya.

Apa yang SPRM mahu tunggu? bukti di depan mata mereka sendiri. Kerana Safar Untong adalah SKN bermakna tiada tindakan boleh diambil?

[ARTIKEL BERKAITAN SILA BACA - Terbongkar! SKN luluskan tanah atas nama mentua, isteri kini disiasat SPRM?]

Terbongkar! SKN luluskan tanah atas nama mentua, isteri kini disiasat SPRM?

Menurut sumber- Tanah yang diberi atas nama keluarga Safar Untong


Sumber

Sabotaj dan malukan Ketua Menteri

Februari lalu kecoh mengenai pemberian 177 geran tanah atau hampir 2000 hektar kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan oleh Kerajaan Negeri. Pemimpin dan penyokong Warisan menggambarkannya sebagai Sabah menyerahkan tanah kepada 'Malaya'. Teruk Kerajaan di belasah kerana isu ini. 

Keesokan harinya Bernard Liew Chau Min Pengarah JTU lantikan Kerajaan Warisan membetulkan kenyataan iaitu kerajaan negeri hanya menyerahkan tanah seluas lebih daripada 500 hektar kepada agensi persekutuan dan bukannya hampir 2,000 hektar seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ketika ditanya mengapa kenyataan mengenai isu berkenaan sebelum ini, yang dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri, menyatakan tanah seluas 1,933.09 hektar diberikan kepada agensi, beliau berkata: “Angka itu disalah kira. Salah kami”.

Katanya, hak milik tanah diserahkan pada 18 Feb adalah bagi tujuan persekutuan, diperoleh melalui proses pengambilan tanah dan diluluskan sebelum 2016. Premium tanah sudah dibayar sepenuhnya. Kebanyakan tanah sudah pun dibina dengan sekolah, hospital dan kemudahan awam lain.

Persoalannya mengapa boleh berlaku kesilapan besar seperti ini? Pengarah JTU budak Safar sepatutnya meletak jawatan kerana isu itu memalukan Ketua Menteri tetapi sebaliknya dikekalkan oleh Safar. Mengapa? Alasan salah kira sesuatu yang sukar diterima dan tidak masuk akal!

[ARTIKEL BERKAITAN- Pengarah JTU lantikan Warisan mengaku ‘salah kira’177 Geran hanya 519.4 hektar! SKN, Pengarah JTU Sabotaj KM? ]

Pengarah JTU lantikan Warisan mengaku ‘salah kira’177 Geran hanya 519.4 hektar! SKN, Pengarah JTU Sabotaj KM?

 

Bersihkan isu Skandal pinjaman 'tak masuk akal' SDB - Air Asia RM300 juta

Baru-baru ini Lembaga Pengarah Sabah Development Bank Berhad (SDB) mengikut langkah AirAsia pada mac 2020 ketika mereka berhadapan skandal rasuah Air Asia- Airbus dan mengumumkan sendiri mereka bersih daripada rasuah namun kenyataan rasmi daripada SPRM sebagaimana dilakukan SPRM tidak dikeluarkan.

Tidak masuk akal pinjaman RM300 juta yang diluluskan secara tergesa-gesa tidak mempunyai unsur rasuah paling tidak salah guna kuasa. Jika berani dedahkan laporan kes itu dan SPRM perlu mengadakan sidang media melaporkannya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal pinjaman 'tak masuk akal' SDB - Air Asia RM300 juta, mana pengesahan SPRM?

 

Mana kenyataan rasmi SPRM?

Sesuatu yang sangat janggal apabila beberapa orang BOD SDB yang terlibat dalam siasatan itu seperti Hj Rusdin Riman (SUT) masih menjadi BOD sekarang begitu juga yang terlibat meluluskan perundingan pinjaman Air Asia itu seperti Datuk Seri Safar Untung masih menjadi SKN. Tak mungkin SKN dan Hj Rusdin tak tahu kisah pinjaman tak masuk akal ini.  

Jika begitu untuk apa siasatan SPRM? jika masih ada pihak didalam BOD yang boleh menggunakan kuasa membersihkan semua dokumen berkaitan di SDB

 

Mesyuarat ketika urusan pinjaman Air Asia. Ada CEO SDB orang Warisan, BOD Air Asia malah
SKN sehingga kini masih SKN. 

Ia pinjaman yang sangat tidak masuk akal! tidak berhemah dan berintegriti.  Bagaimana BOD SDB meluluskannya? Apakah Datuk Seri Safar Untung dan Hj Rusdin yang terlibat dalam urusan pinjaman itu tidak tahu kesan pinjaman itu? Bagaimana jika pinjaman itu gagal dilunaskan?

Air Asia menyelam sambil minum air. Mereka mendapat pinjaman RM300 juta dalam masa sama mengambil alih Terminal 2 KK sebelum ini mereka dihalau keluar. 

Integriti dan berhemahkah Ahli Lembaga Pengarah SDB memberikan pinjaman RM300 juta untuk satu pinjaman tunggal kepada Air Asia yang sedang teruk ketika itu? Semua tahu kedudukan Air Asia sekarang. Air Asia bergelut dengan Air Asia India ditutup, Jepun pula isytihar muflis. Status penstrukturan hutang mereka hanya akan diketahui jun ini

Apakah Datuk Safar Untong cuba menutup salah laku CEO SDB dan BODnya?

Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji kerajaan GRS ini akan runtuh jika ketua jentera kerajaannya hanya taat kepada Shafie Apdal dan Warisan.

Kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki yang siasatan kes Datuk Safar Untong mengenai kes salahlaku pemilikan tanah jangan tutup kes ini. Budak kamu yang menyiasat dan mendedahkannya. Jadi mengapa tidak kamu selesaikan tugas ini. Jika boleh tukar Pengarah SPRM Sabah yang bias itu sekali. 

 

12 Comments