Shafie menghina tapi Kerajaan Sabah sumbang RM6 juta kepada Rela
17:01 Jan 20, 2018  |  By SabahKini2
Shafie menghina tapi Kerajaan Sabah sumbang RM6 juta kepada Rela

Bukan itu sahaja Tan Sri Musa Aman menyediakan tapak membina sebuah lagi pusat latihan Rela bagi pantai timur Sabah seluas kira-kira 20 hektar.

TUARAN: Perbezaan pemimpin BN dan pembangkang seperti Warisan ialah Dato’Seri Shafie Apdal menghina pekerjaan 3.05 juta anggota dan pegawai RELA. Tapi BN terus menyokong Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) malah Perdana Menteri pun tabik hormat kepada anggota RELA yang bekerja keras bekerja.

PM Najib pun 'Salute' RELA bagaimana Shafie Apdal boleh menghina anggota dan pegawai RELA

Terbaru sumbangan kerajaan Sabah sebanyak RM6 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) negeri bukti kerajaan negeri sentiasa menghargai peranan dan jasa anggota jabatan itu, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Katanya, beliau tidak teragak-agak meluluskan jumlah begitu besar, khususnya dalam menjayakan penugasan Rela di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sejak 1 Januari lalu.

“Kerajaan negeri dengan sukacita bersetuju memberi sumbangan ini agar Rela dapat membeli uniform dan peralatan lain bagi memudahkan penugasan di Esszone.

“Sumbangan ini sebagai penghargaan kita kepada anggota Rela selama ini yang menjaga keselamatan dan menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab,” katanya selepas majlis pelancaran penugasan anggota Rela di Esszone di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah, hari ini.

Seramai 504 anggota Rela ditugaskan di Esszone bagi membantu mengawal keselamatan di sana bersama pasukan keselamatan lain.

Musa berkata, kerajaan negeri turut bersetuju menyediakan tapak membina sebuah lagi pusat latihan Rela bagi pantai timur Sabah.

Menurutnya, pusat latihan ke-2 jabatan itu akan dibina di Sandakan di tapak seluas kira-kira 20 hektar.

“Saya telah mengarahkan pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah membuat persediaan untuk menyerahkan tanah kepada Rela.

“Ini baik untuk Sabah kerana kita bukan sahaja ada pusat latihan di pantai barat, kita juga akan wujudkan satu lagi di pantai timur yang akan memberi kemudahan kepada anggota Rela di sana menjalani latihan.”

 Baru-baru ini Presiden Warisan Dato' Seri Shafie Apdal bukan sahaja mempersoalkan malah memperlekeh peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dengan berkata “RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik". Penghinaan Shafie mengundang kemarahanan anggota Rela sehingga banyak laporan polis dibuat kepada Shafie meminta menarik kenyataan menghina itu.

2 Comments