(VIDEO) Hina Pemberian Beg Sekolah: Shafie Apdal perlekeh diri sendiri dan rakyat dibantunya
16:01 Jan 21, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Hina Pemberian Beg Sekolah: Shafie Apdal perlekeh diri sendiri dan rakyat dibantunya

"Saya tidak pernah melihat program pemberian beg sekolah di Brunei dan Singapura," kata Shafie

 

VIDEO: SHAFIE HINA PROGRAM PEMBERIAN BEG KE SEKOLAH TAPI DIA SENDIRI....

KOTA KINABALU: Baru sahaja isu penghinaan Shafie Apdal Presiden Warisan terhadap anggota Rela tular kini video penghinaan  Shafie Apdal menghina program Pemberian Beg Sekolah pula tular.

Ucapan yang sama dibuat di Tuaran itu menunjukkan Shafie Apdal memperlekeh pemberian beg sekolah oleh BN. Katanya bermula awal maka bermulanya pesta memberi beg sekolah.

"Saya tidak pernah melihat program pemberian beg sekolah di Brunei dan Singapura," kata Shafie dalam satu perjumpaan Tuaran dan diulang semula ketika perjumpaan Warisan di Labuan pada hari Sabtu.

Semakan Sabahkini2 menunjukkan Shafie Apdal ketika sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan juga Ketua Bahagian Semporna adalah pemimpin yang mempelopori program pemberian beg percuma di Semporna dan negeri-negeri lain.

Netizen mempersoalkan apakah beliau cuba untuk mempelekeh dirinya sendiri dan rakyat yang dibantunya sebelum ini untuk pemberian beg sekolah?. Apa perasaan rakyat Semporna?

Shafie Apdal yang pernah menjadi anggota kabinet Persekutuan lebih 20 tahun setelah keluar UMNO kini meletakkan pelbagai janji sedangkan ketika beliau sebagai Menteri KKLW yang mempunyai peruntukan lebih RM14 bilion dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan RMK-10 peruntukan untuk Negeri Sabah dan Sarawak gagal membangunkan Sabah malah parlimennya sendiri yang mendapat peruntukan lebih RM393 juta dalam RMK9 dan RMK10 pun sehingga sekarang masih belum maju.

Shafie Apdal direman SPRM 8 hari oktober lalu berhubung siasatan penyelewengan dana RM 1.5 bilion di Sabah. Siasatan menunjukkan 23 syarikat yang disiasat SPRM membuat pengakuan telah memberikan wang dana rasuah kepada adik adik Shafie Apdal (Hamid dan Yusof).

Shafie Apdal dijangka dituduh di mahkamah bagaimanapun kertas pertuduhan masih menunggu kelulusan Peguam Negara. Shafie bakal dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 salah guna kuasa memberikan projek kepada adik-adiknya.

 

 

 

7 Comments