SPRM Sahkan rasuah Terowong tapi Lim Guan Eng datang menyibuk di Tawau
08:01 Jan 22, 2018  |  By SabahKini2
SPRM Sahkan rasuah Terowong tapi Lim Guan Eng datang menyibuk di Tawau

Ada ahli politik yang me­nerima ratusan ribu ringgit malah ada yang mencecah jutaan ringgit melalui ‘jalinan kerjasama’ itu. Tapi Lim Guan Eng menyibuk di Tawau

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan semakin terdesak dengan skandal Terowong Dasar Laut bernilai RM6.3 bilion itu sehingga terpaksa mengadakan sidang media hampIr setiap hari menangkis segala laporan media mengenai projek itu.

Terbaru Lim Guan Eng makin pening apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menemui bukti baru terdapatnya habuan rasuah dari pemberian kelulusan projek Terowong Dasar Laut itu.

“Ada ahli politik yang me­nerima ratusan ribu ringgit malah ada yang mencecah jutaan ringgit melalui ‘jalinan kerjasama’ itu. Setakat ini, kami sedang mengesan bagaimana salah laku itu berlaku dan bagaimana pembayaran itu dilaksanakan.

“Namun kami percaya, itu berkemungkinan berkaitan pemberian dua lot tanah bernilai tinggi yang menjadi cara pembayaran kepada kajian projek mega itu,” kata sumber itu.

Apakah ahli politik itu ialah Lim Guan Eng, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya), Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan), Phee Boon Poh (Alam Sekitar) dan beberapa orang ahli politik DAP menerima habuan? Memandangkan mereka ini adalah atara pemimpin DAP aktif mempertahankan projek terowong.

Sehingga hari ini seramai lebih 76 saksi sudah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan. 42 lokasi telah diserbu SPRM termasuk syarikat perunding dan agensi kerajaan di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Menurut sumber dari 76 saksi itu ramai saksi turut membuat pengakuan pembayaran kepada Lim Guan Eng, beberapa exco dan juga ahli politik lain yang dulunya bekas pemimpin BN.

Dikatakan Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli Pengarah Urusan Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd dan Datuk Ewe Swee Kheng  Timbalan Pengerusi Syarikat Ewein Berhad turut membuat pengakuan memberi wang untuk melepaskan diri.

Menurut SPRM semua keterangan saksi telah direkodkan terutama ketera­ngan beberapa saksi penting untuk mengukuhkan siasatan.

“Saksi yang akan direkod mampu menjawab bagaimana salah laku dan pembayaran itu berlaku,” kata sumber itu.

Beberapa individu penting seperti Lim Guan Eng dan Lim Hock Seng yang terlibat dalam projek Terowong ini bakal dipanggil untuk memberi ketera­ngan kepada SPRM dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi media sebelum ini enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan itu.

 “Bagi kami masa untuk siasat. Siasatan kes ini melibatkan ba­nyak isu-isu teknikal yang perlu disiasat secara terperinci untuk melengkap kertas siasatan,” jelasnya.

Inilah yang membimbangkan dan meresahkan Lim Guan Eng sehingga terpaksa ke Tawau Sabah untuk cuba mengalih isunya namun tidak berjaya.

Semalam Lim Guan Eng berada di Tawau sempena program 'Tawau DAP Fundraising dinner' dan bersama Jimmy Wong Ahli Parlimen Kota Kinabalu melawat tanah runtuh berdekatan Lapangan Terbang Tawau.

Netizen mempersoalkan begitu banyak tanah runtuh dan projek menggondol bukit di Pulau Pinang dia datang menyibuk di Tawau.

“Lim Guan Eng menyibuk saja mahu lari dari skandal terowong. SPRM mahu tangkap dia sebab tu lari-lari mahu alih isu”. Kata pengguna facebook.  

7 Comments