Siapa 2-3 individu yang SPRM maksudkan akan ditangkap? Lim Guan Eng dan Lim Hock Seng?
13:01 Jan 22, 2018  |  By SabahKini2
Siapa 2-3 individu yang SPRM maksudkan akan ditangkap? Lim Guan Eng dan Lim Hock Seng?

Tiga serangkai Chow, Lim Guan Eng dan Hock Seng

Siapa yang bakal ditangkap?

PUTRAJAYA 22 Jan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menangkap dua atau tiga individu lagi dalam masa terdekat berhubung kes penyelewengan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan kes itu dan beberapa individu lain juga akan dipanggil memberikan keterangan.

Ketika ditanya mengenai tarikh SPRM akan menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pendakwaan, beliau berkata, siasatan belum selesai dan pihaknya memerlukan sedikit tempoh bagi melengkapkan siasatan.

“Sehingga kini, sebanyak 76 saksi telah dipanggil keterangan.

“SPRM tiada pilih kasih dalam menjalankan siasatan, justeru itu saya minta jangan mempolitikkan isu ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Paluan Berundur Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Mohd. Jamidan Abdullah di sini hari ini.

Pada 5 Januari lalu, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu di pejabat SPRM Putrajaya berhubung projek kontroversi terowong dasar laut di negeri ini bernilai RM15 bilion.

Menurut beliau, laporan itu ekoran pendedahan terbaharu yang mendakwa kerajaan negeri menganugerahkan projek tersebut kepada syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan.

Katanya, syarikat yang dianugerahkan projek terowong dasar laut itu didakwa memiliki modal bernilai 1,900 kali ganda lebih rendah daripada paras minimum ditetapkan JKR.

Sumber asal: Utusan

 

 

Comment