Timbalan Pengarah JKNS 2 Jurutera dan seorang kontraktor direman 7 hari
12:01 Jan 23, 2018  |  By SabahKini2
Timbalan Pengarah JKNS 2 Jurutera dan seorang kontraktor direman 7 hari

Ia berhubung siasatan pemberian rasuah melibatkan projek-projek Jabatan Keretapi Negeri Sabah di antara tahun 2012-2017 dan Pengarah Syarikat terbabit memonopoli projek JKNS

 

VIDEO DOKUMENTARI: KERETAPI NEGERI SABAH. KERETAPI MACAM NI PUN JURUTERA JKNS REMBAT


Empat individu dikenakan perintah tahanan reman oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu selama tujuh hari bermula semalam sehingga 28 Januari depan.

Empat individu berkenaan termasuk Timbalan Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) berusia 58 tahun, Penolong jurutera berumur 37 dan 39 tahun dan seorang Pengarah syarikat kontraktor 42 tahun di sebuah jabatan kerajaan tempatan sabah.



Ia berhubung siasatan pemberian rasuah melibatkan projek-projek Jabatan Keretapi Negeri Sabah di antara tahun 2012-2017 dan Pengarah Syarikat terbabit dipercayai memonopoli projek JKNS.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengeluarkan perintah tersebut di dalam kamar hakim kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

SPRM diwakili Pegawai Pendakwa Mohd Faliq Basirudin manakala semua empat individu itu tidak diwakili peguam.

Mengikut sumber, mereka ditahan di rumah masing-masing di sekitar daerah ini antara jam 12.05 tengah hari hingga jam 11.20 malam tadi.

Dalam pada itu, beberapa akaun telah dibekukan dan turut menyita kenderaan,  milik keempat empat suspek, dan menemui sejumlah wang di kediaman masing-masing.

Kes disiasat mengikut seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009.

2 Comments