Kes Rogol 'sama-sama khayal' daripada 15 tahun penjara kepada 5 tahun
17:01 Jan 26, 2018  |  By SabahKini2
Kes Rogol 'sama-sama khayal'  daripada 15 tahun penjara  kepada 5 tahun

Di Mahkamah Tinggi, Hakim Nurchaya mengurangkan tempoh hukuman penjara daripada 15 tahun kepada 5 tahun, manakala hukuman sebat dikekalkan.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini Marwan telah disabitkan merogol seorang gadis bawah umur berusia 14 tahun, dan sedang menjalani hukuman 15 tahun penjara dengan 1 kali sebatan yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen.



Marwan kemudian membuat rayuan ke atas hukuman.

Di Mahkamah Tinggi, Hakim Nurchaya mengurangkan tempoh hukuman penjara daripada 15 tahun kepada 5 tahun, manakala hukuman sebat dikekalkan.

Dengan alasan bahawa, keadaan kes itu tidak seperti kes rogol yang biasa yang mana si perogol memaksa wanita untuk melakukan hubungan seksual.

Sebaliknya, Marwan dan mangsa sama-sama berada dalam keadaan khayal yang akhirnya membawa kepada berlakunya hubungan seks antara keduanya di dalam sebuah gudang padi.

Marwan juga tidak mengetahui usia sebenar gadis tersebut. Justeru, hakim berpendapat bahawa kedua-dua perayu dan mangsa berada dalam keadaan khayal dan tidak menyedari akibat daripada tindakan mereka itu.

Oleh itu, Hakim menetapkan hukuman minimum 5 tahun.

1 Comment