Hukuman khidmat komuniti 240 jam kerana miliki senapang 'bakakuk'
18:01 Jan 26, 2018  |  By SabahKini2
Hukuman khidmat komuniti 240 jam kerana miliki senapang 'bakakuk'

Gambar Hiasan

Sepatutnya penjara. Hakim menggantikan hukuman itu kepada hukuman khidmat komuniti selama 240 jam (4 jam sehari) untuk membersihkan gereja-gereja tempatan memandangkan tertuduh beragama Kristian.

KOTA KINABALU: Timbalan Pendakwaraya membuat rayuan terhadap kekurangan hukuman Majistret untuk Bon Kelakuan Baik di bawah seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah dengan deposit RM1,000 dan seorang penjamin.

Tertuduh Joirry Jeffrin dari suku Murut dan berusia 21 tahun ketika itu telah didakwa di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, atas kesalahan memiliki Bakakuk (senjata buatan tangan masyarakat tempatan) bersama dengan dua butir peluru.

Kesalahan itu boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi 7 tahun, atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali.

Semasa merayu di hadapan Hakim Nurchaya, dengan mengambil kira budaya dan tradisi masyarakat Sabah, hakim menggantikan hukuman itu kepada hukuman khidmat komuniti selama 240 jam (dengan maksimum 4 jam sehari) untuk membersihkan gereja-gereja tempatan memandangkan tertuduh beragama Kristian.

Fail mahkamah: Dalam kes PP lawan Joirry Jeffrin

Comment