Peter marah NC UMS gagalkan projek, 2 pegawai kanan UMS kena tindakan tatatertib surat palsu
07:07 Jul 28, 2021  |  By SabahKini2
Peter marah NC UMS gagalkan projek, 2 pegawai kanan UMS kena tindakan tatatertib surat palsu

Kantoi surat sokongan palsu merasuah dua pegawai kanan UMS Peter marah NC UMS kerana gagalkan projek rundingan terus. Dua pegawai iaitu TNC Akademik dan Pendaftar dikenakan tindakan tatatertib kerana bersekongkol dengan Peter

Perbicaraan kes rasuah Datuk Peter Anthony terus menarik perhatian rakyat Sabah.

Sebagaimana pendedahan bekas Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr Harun Abdullah april lalu mengenai surat palsu permohonan projek syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd dua hari perbicaraan memberitahu Mahkamah Sesyen pada Isnin, bahawa Datuk Peter Anthony pernah memarahinya berhubung kontrak Sistem Mekanikal dan Elekrikal (M&E) Fasa 2B.

[ARTIKEL BERKAITAN- UMS tak pernah lantik Syarikat Asli Jati milik Peter secara rundingan terus- Bekas NC UMS ]

UMS tak pernah lantik Syarikat Asli Jati milik Peter secara rundingan terus- Bekas NC UMS

 

Di mahkamah beliau berkata, bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu bertindak sedemikian kerana Peter selaku Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd gagal mendapatkan kontrak tersebut.

Harun, 60, berkata, keputusan untuk memberi kontrak melalui tender terbuka, sebenarnya diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UMS.

“Saya mengesahkan kontrak M&E tidak diberi kepada Syarikat Asli Jati Engineering kerana ia telah diberi kepada Syarikat REMT Utama Sdn Bhd.

“Tiada sebarang kerugian pada pihak UMS di atas perkara tersebut,” katanya, ketika membaca pernyataan saksi.

Harun yang juga saksi ke-10 turut dirujuk dengan dokumen bertajuk ‘Kerja-kerja Operasi dan Penyelenggaraan Bagi Sistem Mekanikal dan Infra Di Kampus Induk (FPL/ Pusat Rawatan Warga Luar Sikuati, Kudat) dan Bangunan Lain, UMS – Selama Lima Tahun Secara Rundingan Terus’ bertarikh 11 Julai 2014.

Harun menafikan pernah mengeluarkan atau menurunkan tandatangan pada surat palsu itu

Menerusi surat itu, beliau berkata, ia ditandatangani bagi pihaknya dengan menggunakan kepala surat Naib Canselor atas namanya sendiri selaku Naib Canselor UMS.

“Surat itu menyatakan pihak UMS menyokong penuh permohonan Syarikat Asli Jati Engineering untuk melaksanakan kerja-kerja tender yang mana dokumen itu diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (yang juga Menteri Kewangan) untuk kelulusan.

“Saya sahkan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS, Profesor Dr Shariff Abd Kadir Shariff Omang mengeluarkan dan menandatangani surat itu tanpa pengetahuan saya dan saya menafikan sebarang sokongan daripada pihak saya kepada Syarikat Asli Jati Engineering,” katanya.

Harun berkata, beliau tidak memberi sebarang sokongan kepada Syarikat Asli Jati Engineering sebagaimana kandungan surat tersebut kerana ia bertentangan dengan keputusan Mesyuarat LPU yang bersidang pada 16 Januari 2014.

Beliau turut mengesahkan, rujukan surat berkenaan tidak wujud dan tiada rekod atau didaftarkan dalam fail UMS.

Bagaimanapaun, pada 9 September 2014, beliau terkejut selepas menerima surat di Pejabat Naib Canselor yang menyatakan Kementerian Kewangan meluluskan permohonan UMS untuk tender berkenaan, secara rundingan terus kepada Syarikat Asli Jati Engineering dan Ulink Property Sdn Bhd (smart partnership) bagi tempoh tiga tahun.

“Sedangkan, UMS telah melantik Syarikat REMT Utama dan menandatangani perjanjian kontrak bagi projek itu,” katanya, sambil menambah susulan kejadian itu, beliau meminta seorang Pegawai Undang-Undang UMS untuk menghubungi pihak Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan penjelasan.

Taktik Peter melengahkan perbicaan

Mahkamah juga menolak permohonan penangguhan oleh Peter bagi melengah-lenghakan perbicaraam dan mengarahkan prosiding diteruskan seperti mana tarikh yang ditetapkan mahkamah sebelum ini iaitu 27 Julai, 23 dan 27 Ogos, 29 dan 30 September, 28 dan 29 Oktober serta 15 dan 16 November depan.

Kredit: Astro Awani

TNC UMS dan Pendaftar dikenakan tindakan tatatertib

Datuk Dr Mohd Harun Abdullah bekas Naib Canselor UMS juga mengesahkan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS, Profesor Dr ShariffAbdul Kadir S Omang terpaksa meletak jawatan, manakala Pendaftar UMS, Lt Kol (K) Datuk Abdullah Mohd Said dipindahkan ke anak syarikat milik UMS, Ulink Property Sdn Bhd kerana mengeluarkan surat kontrak penyelenggaraan kepada syarikat milik Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony Datuk Peter Anthony.

Ketika disoal balas oleh peguam Datuk D Sentinathan, yang mewakili Anthony MOhd Harun menafikan menandatangi surat sokongan Datuk Peter itu.

Peter Anthony, 50, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun 2014 hingga 21 Ogos 2014.

Beliau yang juga bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, menggunakan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan pernyataan palsu pada tajuk surat itu di tempat dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 23 Ogos ini.

 ARTIKEL BERKAITAN - Tun Zaki buktikan Peter Anthony bolot projek sistem Mekanikal Elektrikal, tipu tuntutan selenggaraan UMS 

 ARTIKEL BERKAITAN - Bekas Pendaftar UMS dakwa ditipu Peter, kini diugut untuk sahkan dokumen palsu 

 ARTIKEL BERKAITAN - Najib sahkan diperdaya surat palsu Peter Anthony guna minit sokongan Shafie Apdal Menteri KKLW

Najib sahkan diperdaya surat palsu Peter Anthony guna minit sokongan Shafie Apdal Menteri KKLW

 

 

 

 

24 Comments