Dr Romzi UMS dendam demi bapa 'hilang deposit' hasut rakyat benci Bung Moktar, GRS
08:08 Aug 11, 2021  |  By SabahKini2
Dr Romzi UMS dendam demi bapa 'hilang deposit' hasut rakyat benci Bung Moktar, GRS

Dr Ationg Tituh bapa Dr Romzi hanya dapat undi 270 di Dun Kuamut. Hilang Deposit. Presiden PGRS dan partinya tewas semua kerusi.Kini anaknya Dr Romzi di UMS buat kerja 'balas dendam' sebagai penganalisis UMS menghasut rakyat Sabah burukkan Bung dan GRS.

Nampaknya ramai sangat penganalisis ‘cabuk’ sedang meramal dan melaga-lagakan UMNO Sabah dalam GRS seolah-olah GRS di Sabah bakal berkubur.  Bung Moktar dan UMNO Sabah digambarkan sedang dilema. Wal hal sudah dijelaskan berkali-kali UMNO Sabah kekal dalam GSR dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri Sabah. Sudah dijelaskan berkali-kali politik di ‘Malaya’ tidak mempengaruhi di Sabah.

SD MP UMNO Sabah menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin hanyalah sebuah SD. Ia keputusan pimpinan parti terhadap semua MP. Namun tidak berkaitan dengan sokongan UMNO terhadap GSR di Sabah.

Dr Romzi Ationg balas dendam untuk bapa

Dr Romzi Ationg  penganalis UMS antara pensyarah universiti menjadi pemain ‘tukang laga’ politik di Sabah sekarang. 

Beliau berkata tindakan Bung Moktar Radin sebelum ini berdiam diri berhubung keputusan MKT UMNO menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana tidak mahu mengganggu status quo di negeri Sabah

Rozmi Ationg pensyarah UMS ini adalah anak kepada Dr Ationg Tituh Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) musuh politik bapanya yang bertanding di DUN Kuamut salah satu DUN di Parlimen Kinabatangan.

Asal keluar media asal buka mulut menjual diri sebagai penganalisis politik 'pakar'.  Wal hal bapa sendiri strategi pilihanraya pun kalah. Kalau pandai dan pakar sangat politik bapa dah menang PRN Sabah. Tapi bapa ke laut jua..


Semua calon PGRS dalam PRN Sabah termasuk Dr Ationg Tituh Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS)
tewas dalam PRN dan hilang wang deposit

 

PGRS gagal di Kinabatangan. Ationg bertanding pada pilihan raya 1990 bawah parti Akar dan sekali lagi dalam PRN bertanding di DUN Kuamut namun tewas teruk hanya 270 undi dan hilang wang deposit

Oleh itu pandangan beliau terhadap Bung sudah dijangka. Berbaur dendam bagi pihak bapanya. Beliau perlu menganyang Bung Moktar. Sebagai Pensyarah UMS beliau perlu menghasut dan memberi persepsi buruk buat Bung Moktar.

Katanya Politik di Sabah tidak stabil sedangkan bilangan 48 kerusi di Sabah GRS lebih banyak daripada parti lain.

“Keadaan politik di Sabah tidak begitu stabil sejak pembentukan kerajaan baharu, jadi Bung ingin mengelakkan daripada tercetusnya isu baharu,” kata Romzi.

Beliau menjadikan kedudukan politik di Semenanjung sebagai sasarannya memecahbelahkan GRS. Sekalipun meleset beliau mengulanginya berkali-kali demi menghasut rakyat memburukkan Bung Moktar.

Terbaru Romzi mengulas mengenai dua SD penarikan Bung Moktar dan Mohamad AlAmin MP Kimanis terhadap Perdana Menteri.

“Ada dua kemungkinan yang boleh berlaku. Pertama, pemimpin daripada parti-parti lain seperti Parti Warisan Sabah (Warisan) bekerjasama dengan parti-parti tertentu sebagai parti yang boleh menjadi kerajaan di Sabah dan mewujudkan pembentukan kerajaan baharu.”

“Andaian saya seterusnya adalah kemungkinan kita berhadapan dengan pilihan raya negeri (PRN) sekali lagi, cuma kita berharap supaya kemungkinan ini tidak berlaku dan kerajaan lebih fokus tentang isu untuk menangani pandemik daripada berpolitik.”

Apa dia mengarut? Kerajaan PN jatuh perlu dibuktikan dalam Undian Tidak Percaya September nanti di Dewan Rakat bukan melalui SD yang boleh ditandatangani banyak kali.

Di Sabah pula GRS masih berfungsi dan pendirian Bung Moktar juga jelas dinyatakan berulang kalli jadi apa asas pilihan raya baru di Sabah atau Warisan kembali berkuasa sebagai Kerajaan Negeri?

Tugas anak Ationg di UMS ni nampaknya digunakan sebagai Penganalisis tidak pro GRS atau balas dendam demi musuh politik bapanya untuk melaga-lagakan GRS. Wal hal semua ulasan penganalisis cabuk ini meleset dan hanya hujah sampah!

Hujah 'sampah' Awang Azman Pawi UM

Seorang lagi selalu berlagak pakar mengenai Sabah ialah Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya (UM). Dari sebelum PRN Sabah hinggalah sekarang analisisnya semua ke laut. Seakan-akan mengatur dia lebih pandai mengenai politik Sabah.

Kata  Awang Azman apa yang berlaku di Semenanjung boleh berlaku di Sabah yang menyebabkan senario kebangkitan “Team A lwn Team B” dalam Umno.

“Mungkin terdapat beberapa ADUN itu masih menyokong sekiranya Umno Sabah memilih untuk tidak lagi bersama GRS,

Bung mengambil jalan selamat untuk melihat pasukan mana yang berada di atas dalam krisis politik itu,” katanya.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin yang dilihat Awang Azman berdiam diri memberi respon mengenai politik semasa kucar-kacir politik di Malaya dianggapnya sebagai satu petanda buruk. Persepsi yang cuba digambarkannya Bung goyang, Bung tak berani.  Oleh itu Bung mesti langgar Malaya sekarang. Nampaknya semua masih gagal.

Apa pula kenyataan beliau selepas Bung dan UMNO membuat kenyataan sokong GRS dan Hajiji? Atau kenyatan sebelum ini yang Sudah diulang banyak kali. Hakikatnya kumpulan penganalisis cabuk ini  menggunakan pelbagai naratif menghasut rakyat Sabah untuk benci GRS.

[ARTIKEL BERKAITAN- UMNO Sabah kekal sokong kerajaan GRS, Ketua Menteri Hajiji ]

Pemimpin yang bijak adalah melihat semua senario sebelum membuat kenyataan bukan semborono.

Ulasan Penganalisis cabuk dari Universiti Malaya ini sangat kemaruk perhatian pembaca. Dia kata akan berlaku Team A dan Team B. Apa dia ingat ini politik Malaya ke?

Politik di Malaya tidak sama dengan politik Sabah. Tidak timbul isu kiraan kerusi ADUN Sabah sebagaimana di Malaya. Siapa sokong siapa. Gabungan GRS mempunyai 48 kerusi termasuk wakil yang dicalonkan dalam 79 kerusi DUN. Sebanyak 16 kerusi milik Umno Sabah, parti PN negeri, Bersatu STAR, SAPP dan PAS mempunyai 25 jumlah kerusi termasuk ADUN bebas mesra PN manakala tujuh dipegang oleh PBS.

Maka berhentilah jadi penganalisis 'tukang laga' berbayar. Memalukan pensyarah jadi siber trooper menyerang PN, GRS demi kepentingan diri dan sentimen politik. 

By
'Orang Kinabatangan'

20 Comments