Mengejutkan Ladang Borhill milik Peter Hii kroni Shafie Apdal pusat rekrut Abu Sayyaf di Sabah!
23:08 Aug 20, 2021  |  By SabahKini2
Mengejutkan Ladang Borhill milik Peter Hii kroni Shafie Apdal pusat rekrut Abu Sayyaf di Sabah!

Kumpulan Abu Sayyaf sebelum ini 5 ditembak mati. Kini 2 lagi di Ladang Borhill milik Datuk Peter Hii bekas Presiden MPS. Ladang milik kroni Warisan ini menggaji pekerja Filipina yang juga anggota Abu Sayyaf. Inilah punca pengganas hidup di Sabah

Sebelum ini kecoh mengenai Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang sentiasa berleluasa menculik di Sabah. Tidak diketahui dalangnya siapa. Mei lalu lima ahli kumpulan Abu Sayyaf di tembak mati di Beaufort Sabah. Kediaman kumpulan Abu Sayyaf itu juga telah dimusnahkan.

Semalam kecoh pula dua anggota Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) mati ditembak pasukan keselamatan di sebuah ladang kelapa sawit di Pulau Timbang, Sandakan kerana merancang untuk melakukan penculikan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada individu yang ditembak mati itu adalah perancang utama kegiatan penculikan dan semua mereka merancang untuk melakukan penculikan terhadap pemilik ladang kelapa sawit di kawasan pulau berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata rancangan mereka itu digagalkan apabila ia didedahkan oleh seorang ketua kumpulan kecil ASG Sansibar Bencio yang ditahan di Taman Sri Arjuna, Beaufort pada Mei lepas, ketika siasatan dilakukan.

“Operasi ini dilancarkan selepas Bencio mendedahkan bahawa dia telah mengarahkan dua anggota yang ditembak itu untuk menculik dua pemilik ladang kelapa sawit berketurunan Cina yang tinggal di Sandakan dan Sukau (Kinabatangan) untuk mendapatkan wang tebusan.

“Tindakan itu bagi memberi dana kepada kumpulan di markas timur Sulu di Kompleks Bud Bawis, Panamao, Sulu, Selatan Filipina,” katanya pada sidang media di sini

Hazani berkata dua anggota militan yang maut itu dikenali sebagai Rakim Landasan dan Alnasir Landasan berumur antara 30 dan 40 tahun, ditembak mati kira-kira 5 pagi dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di ladang berkenaan.

Sepucuk pistol A Colt .45, yang biasa digunakan di Filipina dan sebilah parang ditemukan bersama pengganas yang maut itu, katanya.

“Hasil pemeriksaan lanjut, tujuh daripada 11 lelaki warga Filipina yang ditahan dikenal pasti adalah ahli Abu Sayyaf, manakala lapan daripada 14 lelaki warga Indonesia dibebaskan selepas majikan mereka menunjukkan dokumen dan permit kerja,”.

“Hasil maklumat diperoleh, polis dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) melancarkan operasi di kawasan perumahan pekerja Ladang Borhill,” katanya.

Hazani turut mengingatkan majikan termasuk pemilik ladang kelapa sawit dan pengurus pembinaan, untuk memastikan pekerja mereka mempunyai dokumen yang sah bagi mengelakkan mengambil pengganas sebagai pekerja.

7 anggota Abu Sayyaf bekerja di Ladang Borhill

Persoalan besar ialah siapa majikan Ladang Sawit Borhill yang mengambil tujuh anggota Abu Sayyaf bekerja di mereka? Bayangkan warga Filipina tanpa dokumen bekerja di ladang dan akhirnya bakal menculik pemilik ladang. Bagaimana mereka boleh bekerja di Sabah? Siapa membawa mereka bekerja?

Semakan menunjukkan Ladang Borhill diuruskan Syarikat Borhill Estates Sdn Bhd milik  Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik atau lebih dikenali Datuk Peter Hii Chang Lik bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang dilantik Kerajaan Warisan pada 27 Ogos 2018. Berasal dari Sarawak dikaitkan dengan ‘gengster’ dan paling kontroversi ketika beliau sebagai Presiden MPS. Presiden Warisan Datuk Shafie Apdal sangat sayang dengan Datuk Peter Hii Chang Lik walaupun rakyat Sandakan membencinya.

 

Datuk Peter Hii Chang Lik bekas Presiden MPS kesayangan Shafie Apdal ini pemegang saham terbesar
syarikat Ladang Borhill - Borhill Estates Sdn Bhd

Bekas Presiden bongkak ini bukan saja sombong tetapi jenis ‘Kaki Amuk’ dalam mesyuarat dan memaki penjawat awam. Beliau juga seorang taukeh judi nombor ekor dan salah guna kuasa meluluskan lesen nombor ekornya di MPS.  Artikel mengenai siapa Datuk Peter Hii Chang Lik boleh dibaca dalam Sabahkini2;

[ARTIKEL BERKAITAN- 30.8.2018: Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS 

[ARTIKEL BERKAITAN- 26.10.2018: Presiden MPS 'Taikun Samseng' maki pegawai JKR dan agensi kerajaan dalam mesyuarat

[ARTIKEL BERKAITAN- 25.1.2019: Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan?

[ARTIKEL BERKAITAN- 23.2.2019: Presiden MPS mengaku salahguna kuasa, SPRM jangan tunggu lagi.Tangkap!

[ARTIKEL BERKAITAN-18.3.2019: (VIDEO) Presiden MPS mengamuk lagi tunjuk kuasa dan wang "Saya Presiden, Sini ada Wang"

[ARTIKEL BERKAITAN- 28.6.2019 :Presiden MPS desak kelulusan Kerajaan Negeri luaskan kawasan operasi letak kereta berbayar Sandakan

[ARTIKEL BERKAITAN -25.10.2019: Peter Hii taukeh judi nombor ekor disingkir Presiden MPS ganti Wong Foo Tin ]

Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan?

 

Di Ladang Borhill jelas Datuk Peter Hii Chang Lik Syarikat Borhill Estates Sdn Bhd melanggar undang-undang apabila mengambil pekerja Filipina yang tidak mempunyai dokumen yang sah apatah lagi mereka adalah kumpulan Abu Sayyaf. Bagaimana jika 3 taukeh Borhill Estates Sdn Bhd termasuk Datuk Hii diculik pengganas Abu Sayyaf. Siapa susah? 

Taikun jenis ini semua mahu untung saja. Tidak mahu membayar gaji kepada pekerja tempatan. Maka ambillah Pendatang Asing Tanpa Izin walaupun aset berjuta dan pendapatan tahunan syarikat puluhan juta. Nyawa kemudian

 

 

Terjawablah kini mengapa sebulan selepas Kerajaan Warisan berkuasa bermula jun 2018 mengeluarkan arahan dokumen khas kepada pekerja asing tidak sah di Sabah untuk menyelesaikan isu kekurangan buruh, terutama dalam sektor perladangan.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika itu Ketua Menteri berkata satu jawatankuasa khas dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman akan memperincikan proses mengesahkan pekerja haram sedia ada. Ia disokong Madius Tangau Presiden UPKO ketika itu menyeru rakyat Sabah berfikiran terbuka tidak memandang negatif isu membabitkan pengambilan pekerja asing demi memastikan sektor perladangan dan perindustrian dapat diteruskan untuk pembangunan negeri

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan negeri akan beri dokumen kepada pekerja asing haram di Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN- Rakyat Sabah perlu positif pengambilan pekerja asing- Tangau

Rakyat Sabah perlu positif pengambilan pekerja asing- Tangau
Ketika Madius Tangau menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Perdagangan
dan Perundustrian beliau 
bekerja keras membina persepsi rakyat Sabah untuk menerima
pekerja asing di sektor ladang. PTI perlu

diputihkan untuk bekerja di Ladang yang kekurangan pekerja

Jelas desakan daripada taikun perniagaan pro Warisan di Sabah sehingga tenaga pekerja haram PTI diberi program pemutihan di sektor ladang. Kerajaan wajar menyiasat Syarikat Borhill Estates Sdn Bhd milik  Datuk Peter Hii Chang Lik yang bertindak menjadi pusat rekrut Kumpulan Abu Sayyaf di Sabah. Mungkin ramai lagi pekerja asing Filipina tiada dokumen disembunykan di ladang itu. Semua ini kerana mahu untung cepat. Apakah kabel mereka sangat besar sehingga Jabatan Imigresen Sabah tidak dapat mengesan salah laku majikan Ladang Borhill ini?

Maka tidak hairanlah ratusan ribuan pekerja asing  PATI di bawah program regularisasi sektor perladangan dan pertanian diumumkan di Sabah pada bulan 1 April hingga 30 September, 2019. Bawah dasar itu PTI majikan yang menggaji pendatang tanpa izin sebagai pekerja dalam sektor perladangan dan pertanian boleh mendapatkan pas yang sah bagi mereka bermula 1 April hingga 30 September, 2019. Ia selaras dengan usaha Warisan mengumumkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) pada bulan September tahun yang sama. Walau bagaimanapun strategi tidak mengena dan Warisan tewas dalam PRK Kimanis pada Januari 2020 kerana isu PSS sehingga terpaksa membatalkan dasar itu. 

Rupanya yang mendapat manfaat ialah kroni Shafie Apdal Datuk Peter Hii Chang Lik taikun balak yang juga taukeh ladang Borhill di Sandakan. Kumpulan Abu Sayyaf menjadikan Ladang Borhill sebagai markas mereka masuk ke Sabah bekerja tanpa permit dan dokuman yang sah.

Mungkinkah bermula dari Ladang Borhill yang menjadi 'Safe Haven' untuk Abu Sayyaf terus melebar sehingga ke luar bandar seperti Daerah Beaufort yang juga menjadi pusat Abu Sayyaf. 


Lima ahli kumpulan Abu Sayyaf di tembak mati di Beaufort Sabah



 

46 Comments