Agen Sindiket sijil lahir dan Kad pengenalan yang ada kaitan 'Shafie' tumpas di kawasan timur Sabah
19:01 Jan 31, 2018  |  By SabahKini2
Agen Sindiket sijil lahir dan Kad pengenalan yang ada kaitan 'Shafie' tumpas di kawasan timur Sabah

Sebelum ini penjawat awam di Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Semporna ditahan SPRM kini sindiket ada kaitan IC dan sijil lahir di kawasan Timur Sabah

SANDAKAN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri di kawasan timur Sabah dengan penahanan 13 orang termasuk 2 ejen.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata tangkapan dilakukan menerusi 2 serbuan berasingan di Tawau pada Jumaat lepas dan di daerah ini awal pagi tadi.

Katanya di Tawau tangkapan membabitkan 10 wanita dan seorang lelaki yang merupakan ejen kepada sindiket itu.

Menurutnya, tangkapan terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang ejen wanita berusia 52 tahun dalam serbuan di sebuah kediaman di Kawasan Perindustrian Sedco Batu 2 1/2 Sandakan pada jam 2 pagi hari ini.

Beberapa dokumen pengenalan diri palsu antaranya sijil lahir dan kad pengenalan dirampas dalam serbuan tersebut, katanya pada sidang media hari ini.

Mohammad Razin berkata 2 ejen termasuk seorang lelaki berusia 52 tahun yang ditahan di Tawau adalah rakyat tempatan, manakala 11 lagi adalah warganegara Filipina dan Indonesia.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket tersebut mengenakan bayaran antara RM300 hingga RM6,000 untuk sijil lahir dan kad pengenalan palsu bagi Pendatang Asing Tanpa Izin warganegara Filipina dan Indonesia.

Beliau berkata bagi modus operandi sindiket di Tawau, ia juga membabitkan membeli sijil lahir asli kanak-kanak yang sudah meninggal dunia di daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu tetapi tidak didaftarkan kematian di JPN.

Katanya ejen itu akan membeli dokumen itu dari dari ibu bapa atau keluarga terdekat dengan harga RM2,000 dan kemudian menjualnya kepada warganegara asing dengan harga mencecah RM20,000.

Mohammad Razin berkata bagi tangkapan di Tawau, 4 daripada mereka termasuk ejen didakwa dan dijatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret Lahad Datu pada Isnin lepas dan di Mahkamah Majistret Tawau, semalam.

Menurutnya penahanan ejen dan pengguna dokumen pengenalan diri palsu itu membabitkan risikan yang dijalankan selama sebulan hingga 2 bulan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan yang lain berdasarkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) .

Beliau berkata JPN masih melakukan siasatan lanjut bagi memastikan jaringan sindiket pemalsuan sijil lahir dan kad pengenalan yang bergiat aktif di negeri ini dapat dibendung.

SPRM tahan dua pembantu JPN terlibat rasuah di Semporna, salah guna kuasa

Shafie mengenali dua pegawai JPN Semporna ini.

27 April tahun lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pembantu pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Semporna kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan proses pengeluaran kad pengenalan.

Kedua-dua suspek, seorang lelaki berusia 45 tahun dan seorang wanita berumur 40 tahun, ditahan di Semporna.

Mereka menerima suapan bernilai RM2,000 seorang melibatkan proses pengeluaran kad pengenalan di daerah Semporna. Mereka ditahan reman selama 5 hari di Mahkamah Majistret Tawau.
 
Sebuah blog theunspinners pernah mendedahkan kes ini tahun lalu. sumber mendedahkan kes tangkapan penjawat awam JPN Semporna oleh SPRM ada kaitan dengan rangkaian sindiket yang ditumpaskan 
 

Tugas Shafie sebagai MP Semporna sokong projek IC
 
58 Comments