Hasil Rasuah: Jo-Anna dan Azis Ketua Wira Warisan buka projek pelancongan Kiulu
07:02 Feb 01, 2018  |  By
Hasil Rasuah: Jo-Anna dan Azis Ketua Wira Warisan buka projek pelancongan Kiulu

Persoalannya dari mana Jo-Ana dapat duit untuk memulakan projek usaha samanya dengan Azis Jamman itu? Apakah dibantu oleh Shafie Apdal Presiden Warisan atau wang rasuah Azis Jamman bekas Pengerusi Kolej Polytech Mara yang kini Ketua Wira Warisan?

Sebelum ini Sabahkini2 telah mendedahkan bagaimana Shafie Apdal dan Azis Jamman memperalatkan wanita cantik seperti Jo-Anna Naib Ketua Wirawati Warisan untuk meraih sokongan politik.

Sayang benar Shafie dengan Jo-Ana. Banyak penajaan dilabur buat Jo-Anna.

Malah tidak jemu Warisan membawa Jo-Ana ke Kiulu sehingga diuar-uarkan sebagai calon Warisan di Kiulu. Jo-Ana pernah dimalukan dan diuji dengan soalan dari rakyat namun gagal menjawabnya sehingga dibantu oleh Dato’ Azis Jamman Ketua Wira Warisan.

Warisan mengetengahkan Jo-Anna sebagai ikon Belia disebabkan gelaran Unduk Ngadau (Ratu Cantik) dan juga seorang penghibur atau artis Sabah. Jo-Ana terkenal dengan gaya hidupnya yang bebas di Kota Kinabalu,punya ramai skandal dengan lelaki (sebelum berkahwin) dan sering bertukar-tukar pasangan dan mengikis lelaki kaya.

Terbaru belum pun menjadi calon di Kiulu,Tamparuli atau Tuaran Jo-Ana sudah menunjukkan kekayaanya. Dato’ Azis Jamman Ketua Wira Warisan yang dikaitkan dengan Jo-Ana sehingga sering ke Kiulu rupanya membawa maksud mendalam terhadap hubungan mereka.

Kerja-kerja pembersihan tanah bagi projek Pelancongan Kiulu Jo-Anna sudah dimulakan.
Hebat belum calon Warisan lagi sudah kaya-raya buat projek.

 

Kini Jo-Ana dan Azis Jamman mengusahakan perniagaan bersama bagi projek pelancongan di Poturidong Kiulu. Kerja-kerja pembersihan kawasan sedang dibuat. Katanya satu projek besar untuk membangunkan projek pelancongan di Kiulu. Dikatakan projek Resort. Berapa jutakah diperlukan untuk projek ini?

Persoalannya dari mana Jo-Ana dapat duit untuk memulakan projek usaha samanya dengan Azis Jamman itu? Apakah dibantu oleh Shafie Apdal Presiden Warisan atau wang rasuah Azis Jamman bekas Pengerusi Kolej Polytech Mara yang kini Ketua Wira Warisan?

Poturidong Kiulu memang cantik

Pekerjaan suami Jo-Anna Dr Denvi tak mungkin dapat menampung perniagaan Jo-Anna. Ketika berkahwin pun Dr Denvi suaminya berhutang dengan bank membiayai perkahwinannya.

Jesselton Butcher Restaurant ditaja Shafie Apdal atau Azis Jamman?

Bukan itu sahaja Jo-Ana turut membuka restoran Jesselton Butcher berdekatan Imago Kota Kinabalu. Dari mana dia dapat wang yang banyak membuka restoran? Inilah cara Jo-Ana kikis lelaki yang rapat dengannya. Jika tidak mana mungkin dia mampu dan kaya seperti sekarang.

Dalam Warisan ada lagi ke istimewa seperti Jo-Anna Rampas yang boleh menjadi rakan perniagaan kepada Ketua Wira Warisan anak saudara Presiden Warisan? Jawapan mengapa Azis Jamman yang rajin ke Kiulu juga terjawab. Sambil berkempen dan berniaga di Kiulu. Mahu tahu perniagaan pelancongan Resort Azis Jamman dan Jo- Anna Henley Rampas sila hubungi di nombor 019 8511131

10 Comments