KP SPRM segera pecat Zamri Pengarah AMLA SPRM, tangkap Pegawai JKR rasuah konsesi RM1.5B kroni Peter
01:09 Sep 24, 2021  |  By SabahKini2
KP SPRM segera pecat Zamri Pengarah AMLA SPRM, tangkap Pegawai JKR rasuah konsesi RM1.5B kroni Peter

Isu Pegawai SPRM salah guna kuasa bukan baharu. Bagaimanapun isu 3 Pegawai SPRM didakwa mencuri RM25 juta dijadikan naratif menyerang KP SPRM. Azam mesti bersihkan nama baik SPRM. Tukar pegawai 'gunting dalam lipatan'. Segera selesaikan kes rasuah..

Serangan dalaman SPRM sudah bermula. Sekalipun SPRM melakukan rombakan 2 September lalu Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Hishamuddin Hashim dilantik Pengarah Kanan Siasatan SPRM dan Datuk Tan Kang Sai dari Ketua Unit Integriti Kementerian Pengangkutan sebagai Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas nampaknya tidak menyelamatkan SPRM daripada kontroversi baharu.

Mengekalkan Zamri Zainul Abidin budak ‘Latheefa Koya’ sebagai Pengarah Bahagian Pencegahan Wang Haram pro Pakatan Harapan akan memburukkan keadaan khususnya kepada Dato’ Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM. Gunting dalam lipatan sedang melakukan serangan dari dalam.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM dirombak, kini Tan Kang Sai Pengarah Bahagian Operasi Khas tapi Zamri Pengarah AMLA Pro PH kekal! ]

SPRM dirombak, kini Tan Kang Sai Pengarah Bahagian Operasi Khas tapi Zamri Pengarah AMLA Pro PH kekal!

 

Pendedahan tangkapan 3 Pegawai SPRM iaitu Shahrum Nizam, Syed Faizal dan Mohd Khirulnizam berhubung dakwaan berlaku kecurian barang kes membabitkan wang tunai AS$6 juta (RM25 juta) milik bekas Ketua Pengarah MEIO Datuk Hasanah Abdul adalah sebahagian dari misi gunting dalam lipatan itu.

Selepas tular SPRM mengesahkan tangkapan pegawainya dan memaklumkan 3 pegawainya sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman selama enam hari bermula 14 September lalu. Kini ia menjadi kes polis.

Persoalannya mengapa isu ini muncul sekarang? tidak sebelum ini? Ia berlaku lama selepas Datuk Hasanah ditahan dan didakwa di mahkamah.

Hari ini media sudah mengadili dan menyerang SPRM malah ada NGO terang-terang meminta Ketua Pesuruhjaya SPRM bertanggungjawab atau meletak jawatan. Tidak kurang individu dan penulis upahan menyerang KP SPRM dalam pelbagai blog serta laman sosial. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan beberapa Ahli Parlimen PH juga memohon kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, menerima usul untuk membahaskan kes tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu. 

Itulah naratif yang dicipta oleh musuh  Azam Baki dalam SPRM yang kini digarap di luar. Misinya satu cemarkan integriti badan SPRM itu. Naratif itu sedang berjalan dan jika tidak ditangani pasti memburukkan keadaan. Zamri Zainul Abidin Pengarah AMLA SPRM pula sedang tersenyum melihat rancangan pasukannya kelihatan berjaya memburukkan imej Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Pegawai SPRM salah guna kuasa

Isu salah guna kuasa pegawai SPRM bukan perkara baharu. Ia pernah berlaku di zaman Abu Kassim sebagai KP SPRM dan Dato’ Sri Shukri Abdull sebagai TKP SPRM.

Tentu netizen masih ingat dengan penangkapan pegawai SPRM bernama Kenny Chua Boon Meng yang melakukan rasuah  pada April 2016. KENNY CHUA dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM20,000 daripada seorang anggota polis.

Begitu juga pada tahun 2017 seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Zon Utara ditahan di Machang Bubok, Bukit Mertajam di Pulau Pinang kerana memeras ugut dan meminta wang suapan daripada pegawai polis.

Oleh itu isu 3 pegawai SPRM salah guna kuasa rasuah dan mencuri barang kes melibatkan wang bukan perkara baharu. Ia sentiasa berlaku di SPRM. Siapa bersalah maka wajar ditangkap atau didakwa tidak kira pegawai SPRM atau penguatkuasa yang lain.

Apa yang KP SPRM perlu lakukan?

Sepatutnya SPRM tidak terganggu dengan isu 3 pegawai yang ditangkap. Sesiapa saja akan menyalahkan ketua tetapi tugas perlu dilaksanakan. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuang Zamri Zainul Abidin budak ‘Latheefa Koya’ itu. Zamrilah menyalur semua maklumat kepada Pakatan Harapan sekarang. 

Azam perlu meningkatkan tangkapan besar-besaran kepada semua pesalah rasuah, penjawat awam dan pemimpin politik. Inilah masa sesuai.

Apa kata KP SPRM selesaikan siasatan kes kontraktor kroni Peter projek rundingan terus RM1.5 bilion  kerja-kerja penyelenggaran jalan di Sabah? Pegawai JKR  Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah JKR Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya masih bebas sedangkan bukti-bukti sudah diberikan. Projek di 'mark up' melampau kerja tidak dilaksana. Lebih 300 ribu gambar diberi kepada SPRM. Rakyat Sabah rugi tetapi konsesi kroni terus kaya-raya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- RM44.1 juta AK Setia Bina! Pegawai JKR bodohkan lagi rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu ]

Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM?

 

 

 

 

23 Comments