Shafie bengang Dr Yusof keluar Warisan, dakwa sogokan wang
11:10 Oct 11, 2021  |  By SabahKini2
Shafie bengang Dr Yusof keluar Warisan, dakwa sogokan wang

Naratif biasa bila Adun Warisan keluar parti dituduh sogokan wang dan bakal diambil tindakan undang-undang. Tapi Shafie lupa karma Mei 2018 mereka mencuri 6 Adun BN untuk merampas kuasa Kerajaan Negeri.

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal bengang dengan tindakan Datuk Dr. Yusof Yacob keluar parti Warisan.

Shafie Apdal menolak dakwaan membenarkan Dr Yusof keluar meninggalkan parti.

Beliau berkata, tiada sebarang perbincangan daripada ADUN terbabit untuk keluar parti dan Warisan melihat ia sebagai keputusan peribadinya sendiri.

"Beliau (Yusof) tidak menyatakan hasratnya kepada saya, tiada perbincangan. Cuma bila saya nyatakan, dia luahkan bahawa dia akan meninggalkan parti.

"Saya menghubunginya semalam selepas keluar berita bahawa ada keredaan daripada saya. Saya maklumkan, tiada Presiden parti yang merelakan ADUN keluar dari parti. Ini yang tidak betul.

"Saya tidak pernah merelakan mana-mana ahli dan ADUN keluar daripada Warisan. Kalau ada pun, kita ambil tindakan undang-undang dan heret ke mahkamah untuk pastikan perjuangan kita bukan bermusim," katanya

Dakwaan sogokan wang

Seperti mana pemimpin Warisan keluar parti, Shafie sekali lagi mengulangi naratif sama menuduh Dr. Yusof Yacob telah mengguna wang untuk menyogok dan mempengaruhi wakil-wakil rakyat lain untuk berpaling tadah bersamanya.

“Kami dimaklumkan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Warisan, beliau turut mempengaruhi mereka untuk keluar parti dan menawarkan sejumlah wang yang banyak untuk menyertai parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).”

“Parti Warisan tidak pernah berkompromi dan menentang sekeras-kerasnya budaya lompat parti dengan cara penyogokan wang dan pangkat sama ada di peringkat negeri atau Pusat,” kata Shafie

Pada 11 Mei 2018 Shafie Apdal dan Warisan merampas kuasa dengan membeli 6 ADUN BN melompat ke parti Warisan dan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei 2018 sekalipun Tan Sri Musa Aman sudah menjadi Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei 2018.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Shafie Warisan curi 6 Adun BN, kini temberang syor gantung seumur hidup YB lompat parti! ]

Malah pada tahun 2019 ketika berkuasa Shafie dan Warisan giat membeli adun Sabah lain. Adun Tempasuk, Datuk Musbah Jamli mengumumkan lompat parti pada 25 Januari 2019. Ia menyusul lagi  dua ADUN PBS iaitu ADUN Tandek Datuk Anita Baranting (PBS) pada 6 Mac 2019 dan  ADUN Labuk PBS Abdul Rahman Kongkawang lompat ke Warisan Sabah pada 28 September 2019. Warisan dan para macainya memuji-muji cara lompat parti ini sebagai demokrasi sebenar

 

Persoalannya mengapa Shafie dan Warisan marah bila Adun-adunnya keluar Warisan? Bukankah ini karma politik yang Shafie dan Warisan harus tanggung. Shafie sepatutnya muhasabah diri bahawa inilah semua yang dia gunakan ketika berkuasa.

11 Comments