Cucu Hassan Al-Banna Tariq Ramadan dituduh merogol
00:02 Feb 04, 2018  |  By
Cucu Hassan Al-Banna Tariq Ramadan dituduh merogol

Hendra Ayari, seorang ketua kumpulan feminis sekular, mendakwa dirogol Tariq pada tahun 2012 di sebuah hotel di Paris

SEORANG pensyarah Universiti Oxford ditahan pihak berkuasa di Paris awal minggu ini atas dakwaan merogol dua wanita, selain beberapa lagi tuduhan melakukan gangguan seksual ke atas beberapa lagi wanita lain.

Tariq Ramadan, 55 tahun memegang kewarganegaraan Switzerland, cucu kepada Hassan al-Banna, seorang sarjana Islam dari Mesir yang merupakan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin pada era 1920an kini direman untuk disoal siasat selepas dua wanita itu membuat dakwaan berkenaan pada Oktober lalu.

Gerakan Ikhwanul Muslimin merupakan ideologi yang mendapat tempat dalam gerakan Islam di Malaysia khususnya parti PAS di negara.

Dalam siasatan mangsa pertama, Hendra Ayari, seorang ketua kumpulan feminis sekular, mendakwa dirogol Tariq pada tahun 2012 di sebuah hotel di Paris, menerusi satu pendedahan dalam sebuah buku.B eberapa hari kemudian, mangsa kedua, seorang mualaf yang identitinya dirahsiakan, mendakwa dirogol Tariq pada 2009.


Empat lagi wanita warganegara Switzerland membuat dakwaan Tariq melakukan gangguan seksual semasa mereka masih belajar di Geneva.

Tariq menafikan tuduhan itu dan mendakwa ia hanya agenda musuh untuk menjatuhkannya.

Tariq, yang berkhidmat di Oxford sejak 2009 dan mengajar subjek Pengajian Kontemporari Islam, telah mengambil cutisejak dakwaan itu dibuat.

Perkembangan ini pasti mengecewakan kumpulan penggerak gerakan Ikhwanul Muslimin di seluruh dunia apabila cucunya memalukan gerakan itu.

Comment