Kenapa Presiden Warisan Shafie terus berdiam isu tuntutan Filipina? Ini jawapannya!
11:02 Feb 04, 2018  |  By
Kenapa Presiden Warisan Shafie terus berdiam isu tuntutan Filipina? Ini jawapannya!

Apa yang menyebabkan Safie Presiden Warisan terus berdiam mengenai tuntutan Filipina terhadap Sabah? pasti anda terkejut kaitannya

Parti Warisan Sabah tidak berhak untuk menjadi suara untuk mewakili suara rakyat Sabah di Parlimen Malaysia dan jauh sekali untuk memegang tampuk pemerintahan negeri Sabah jika gagal mempertahankan kedaulatan negeri Sabah.

Sebaik dilaporkan Presiden Dutarte mahu menubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji semula Perlembagaan Filipina 1987 dan mencadangkan diletakkan Sabah sebagai negeri ke 13 dalam kerajaan persekutuan Filipina, suara Warisan begitu sepi. Tiada kedengaran Presiden Warisan, Dato' Seri Shafie Apdal memberi komen dalam hal yang begitu mustahak dan penting berhubung kedaulatan Sabah.

Menteri Luar Negara dan anak jati Sabah, Dato' Sri Anifah Aman memberi jawapan balas yang tegas dan segera. Sabah akan terus bersama Malaysia dan usaha terbaru Filipina dianggap sebagai buta sejarah. Malaysia tidak akan berundur untuk melayan tuntutan terbaru ini. Turut bertegas ialah Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah.

Yang hanya kedengaran adalah kenyataan Timbalan PresidenDarell Leiking yang agak lemah. Darell menuntut pemimpin BN Sabah menggubal suatu penyelesaian kepada tuntutan Filipina dan membawa hal ini ke Pertubuhan Bangsa Bersatu dan menggunakan saluran diplomasi untuk hentikan tuntutan ini.

Jawapan ini menghairankan dan dianggap dangkal kerana ia satu pengakuan bahawa Filipina mempunyai asas untuk menuntut Sabah. 

Tanpa segan silu, Darell menyebut mengenai RCI berhubung Projek IC. Padahal pendirian Warisan jelas sekali begitu berhati-hati tidak mahu menyakiti Setiausaha Agong Warisan, Loretto Padua Jr yang merupakan satu rahsia terbuka adalah warganegara Projek IC (anak Filipina) dan mengelakkan isu Projek IC akan dikaitkan dengan Shafie Apdal.

Warisan juga sudah lupuskan hak mereka untuk menjadi suara rakyat Sabah dan konon memperjuangkan “Sabah for Sabahan” slogan yang telah lama digunakan oleh Gabungan Sabah apabila mereka langsung menerima cabaran Anifah untuk hadir ke majlis yang ditetapkan bersama blogger berdebat berhubung isu MA 63. Slogan 'Sabah Ubah" hanya untuk kerjasama Warisan dengan PPBM dan Pakatan Harapan sahaja.

Malah tiada satu batang hidung blogger dan juga penggiat media sosial pembangkang tidak berani hadir untuk berdebat dan mendengar penjelasan Anifah tentang perkembangan berhubung MA63. 

Selama beberapa tahun Anifah dan Dato' Nancy Shukri telah mempengerusikan bersama jawatankuasa untuk menyelesaikan isu-isu berhubung MA63. Shafie tidak terlibat dan selama ini tidak langsung menyuarakan isu-isu MA63 dan RCI Projek IC dengan tegas. - Paling ketara Shafie menyokong RCI dan projek IC yang dibuat oleh Mahathir yang kononnya atas peruntukan sedia ada. Malah KKLW di bawahnya akan menggunakan JKKK mengesahkan siapa warganegara. Bijak tak? jadi penduduk yang ada projek IC pun Shafie akan arahkan JKKK sahkan sebagai warganegara. Agaknya sebab itu Shafie menyeru rakyat Sabah memaafkan Mahathir Mohamad.

Sebelum ini Shafie Apdal turut dikaitkan dengan waris Kesultanan Sulu Jamalul Kiram III dan adiknya Agbimuddin Kiram yang menceroboh Kg Tanduo Lahad Datu pada Februari 2013. Gambar Shafie Apdal bersama Agbimuddin telah lama dibangkitkan seawal tahun 2013 lagi, khususnya menjelang PRU-13.  Mereka yang membangkitkan itu, adalah para pemimpin pembangkang termasuk Darell Leiking. Namun kali ini Darell Leiking mempertahankan Shafie Apdal.

Kenapa Shafie takut bersuara untuk Filipina? Hanya Darell Leiking KDM diarahkan bersuara. Itu pun takut menyatakan pendirian parti Warisan. Tidak salah untuk Shafie mempersetujui pendirian yang dibuat Anifah. Nampak Presiden Warisan sangat berhati-hati isu tuntutan Filipina terhadap Sabah menjerat lehernya. Apakah Shafie takut ahlinya yang terlibat projek IC bakal memberontak?

Dr Yusman Din
Penganalisis Politik Sabah

 

 

 

31 Comments