Juil Nuatim Adun Limbahau bakal keluar Parti Warisan? Siapa lagi?
17:10 Oct 31, 2021  |  By SabahKini2
Juil Nuatim Adun Limbahau bakal keluar Parti Warisan? Siapa lagi?

Nampaknya satu persatu Adun Warisan bakal keluar lagi. Semakin dinafi semakin keluar parti. Adun Sebatik, Sindumin dan terbaru Mohamaddin keluar parti menyebabkan Warisan hilang kerusi Parlimen dan Dun. Benarkah selepas ini Jual Nuatim? Atau adun lain?

Senario politik Sabah yang tenang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September tahun lalu kembali panas muktahir ini.

Selepas pengumuman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi menjadi ADUN Bebas,  seorang lagi pimpinan warisan iaitu Datuk Mohamaddin Ketapi turut mengumumkan meninggalkan parti Warisan.

Menurut sumber terdekat dari dalam parti berkenaan, di dalam jangka masa terdekat ini juga dijangka 5 orang lagi ADUN Warisan akan meninggalkan parti tersebut.

Sabahkini2 sebelum ini pernah melaporkan bahawa 15 orang Adun Warisan bakal meninggalkan parti tersebut bagaimana Warisan menafikannya. Ini termasuk dakwaan Adun Kukusan yang bakal keluar namun menangguhkannya selepas isu keluar parti itu terdedah.

Mohamaddin menjadi pemimpin ketiga WARISAN meninggalkan parti pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu selepas Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir mac lalu dan ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob pada 8 Oktober lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan hilang DUN dan parlimen, Mohammadin keluar parti ]

Mohamaddin baru-baru ini mendedahkan ada lagi Adun Warisan yang akan keluar parti namun beliau tidak mempunyai senarai lengkap mengenainya namun percaya ia akan berlaku. Jika beliau menyebut nama katanya biasanya Adun berkenaan akan membuat penafian juga jadi lebih baik menunggu sahaja katanya

Warisan tidak boleh memandang remeh isu Adun keluar parti ini kerana petanda demi petanda Adunnya keluar parti membimbangkan Warisan. Siapakah lagi Adun Warisan yang bakal keluar parti?

Sebelum ini terdapat Adun Warisan seperti Assaffal Alian, Norlizah Arif, Rina Jamal,Mohammad Mohamirin, Azhar Matusin dan Chong Chen Bin membuat penafian bakal keluar Warisan. Namun menurut sumber Adun Warisan di Pantai Barat Selatan dan Pedalaman bawah nampaknya mungkin lebih mudah keluar warisan mengambil kira peranan Datuk Dr Yusof Yacob. 

Antara yang disebut-sebut ialah Datuk Juil Natim (Limbahau) orang kuat Peter Anthony, Datuk Awang Ahmad Sah (Petagas) dan Dr Daud Yusof (Bongawan).

Adun seperti Tuan Hiew Vun Zin (Karamunting), Dumi Pg Masdal (Silam), Rina Jamal, Norlizah, Saifuddin Hata (Merotai) malah Datuk Peter Anthony dikatakan sedang berunding dengan pihak tertentu bagi menyelamatkan kesnya. Adun-adun Warisan lain tetap berpotensi untuk keluar.

 

Dijangka akan lebih banyak pengumuman dibuat oleh pemimpin Warisan keluar parti akan datang. Rakyat Sabah sudah lali dengan penafian namun akhirnya Adun Warisan mengumumkan keluar parti.  Rakyat meneka siapakan selepas ini?

 

 

 

 

 

7 Comments