Mengapa Nor Mohamed Yakcop terima puluhan juta ringgit duit Jho Low urusniaga 1MDB tiada tindakan?
18:11 Nov 21, 2021  |  By SabahKini2
Mengapa Nor Mohamed Yakcop terima puluhan juta ringgit duit Jho Low urusniaga 1MDB tiada tindakan?

SPRM telah mengesahkan suami Zeti terima wang ratusan juta daripada Jho Low. Namun tiada tindakan. Mohamed Nor Yakcop turut menerima puluhan juta ringgit dari Jho Low urusniaga 1MDB juga tidak pernah diambil tindakan. Mengapa?

Memandangkan keluarga Zeti sudah disahkan oleh SPRM menerima ratusan jutaan Ringgit daripada Jho Low dan menyembunyikannya di Singapura tetapi hanya memulangkan RM65 juta sahaja, saya nak dedahkan satu lagi individu yang turut menerima puluhan juta Ringgit dari Jho Low lantaran urusniaga 1MDB.

Saya berani buat dakwaan ini kerana saya telah menyiasat sedalamnya sejak beberapa bulan lalu dan telah sahkannya dengan pegawai kerajaan. Malah, mereka memberitahu saya pihak berkuasa dah ada maklumat ini dan menyiasatnya sejak 2018 selepas Pilihanraya Umum tetapi buat keputusan untuk tidak ambil sebarang tindakan susulan.

----

Saya akhirnya dapat tahu kenapa pendakwaraya kes SRC buat keputusan untuk tidak memanggil Gabenor BNM, Zeti dan bekas menteri EPU, Nor Mohamad Yakcop sebagai saksi pendakwaan pada saat-saat akhir.

Ini kerana kedua mereka mempunyai kaitan meraih sejumlah wang yang besar dari Jho Low sebelum Najib menerima sesen pun yang didakwa berkait dengan SRC atau 1MDB.

Malah akhbar The Edge sendiri pelik kenapa kedua individu ini tidak dipanggil memandangkan peranan utama mereka dalam urusniaga SRC dan turut menulis petikan laporan berikut:

“Agak kabur mengapa Zeti dan Nor Yakcob tidak dipanggil untuk beri keterangan - atau sama ada mereka akan diminta berbuat demikian pada perbicaraan Najib dalam kes 1MDB.

“Memandangkan Zeti adalah Gabenor bank negara ketika tempoh masa kejadian manakala Nor Mohamed memainkan peranan dalam pinjaman pertama yang dibuat SRC berjumlah RM2 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan (DIperbadankan) atau KWAP, keterangan mereka akan dapat memberi banyak pencerahan.

Kenyataan Nor Mohamed contohnya, akan dapat memberi sedikit gambaran tentang pinjaman mega SRC berjumlah RM4 bilion dari KWAP memandangkan beliau memainkan peranan penting dalam membantu entiti milik negara itu memperolehi jaminan kerajaan bagi pinjaman pertama RM2 bilion dari KWAP.

Bekas menteri ini adalah seorang teknokrat berpengalaman, yang sebelum ini memegang jawatan menteri kewangan 2 dan penasihat ekonomi kepada perdana menteri. Beliau juga pernah menjadi penasihat Bank Negara dan aktif dalam hal-ehwal korporat melalui jawatan dalam lembaga pengarah syarikat.

[ARTIKEL] Najib’s SRC trial: Prosecution wraps up case, chooses not to call Zeti or Nor Mohamed, but offers them to defence ]

Apa yang tidak disebut The Edge tentang Nor Mohamed, beliau juga adalah individu yang:

1. Meluluskan penubuhan SRC dan memberikan RM20 juta geran percuma kepada SRC bagi tujuan penubuhannya.
2. Najib menghantar permohonan SRC bagi geran dan pinjaman untuk dinilai Nor Mohamed
3. Individu yang membentangkan jaminan bon SRC bagi kelulusan kabinet

"Datuk Seri Najib kemudian mengeluarkan arahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop supaya menimbangkan permohonan itu untuk dikaji dan menyediakan ulasan," katanya.

"Nor Mohamed kemudian menandatangani memo dan menyokong peruntukan itu menerusi surat bertarikh 12 Oktober sebelum dihantar ke Pejabat Perdana Menteri dan diluluskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Oktober 2010," katanya.

[ARTIKEL- SRC International terima geran RM20j sebagai modal permulaan]

Sebagaimana yang saya dedahkan sebelum ini, hanya dua syarikat dilantik Ambank sebagai pelanggan sekunder bagi bon pertama 1MDB bernilai RM5 bilion pada tahun 2009 - Garden Securities Thailand and Aktis Capital Singapore.

[ARTIKEL - https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/2974979512720823 ]

Kedua-dua syarikat itu meraih lebih RM600 juta dalam sehari melalui bantuan Ambank melalui kegiatan jual beli bon 1MDB.

Country Garden Securities bertindak mewakili Jho Low di mana kita tahu lebih US$16 juta dibayar kepada keluarga Zeti di Singapura.

Aktis Capital Singapore pula mewakili sebuah syarikat bernama Morningstar Equities Ltd dan meraih untung serta merta US$12 juta (RM85 juta).

Morningstar Equities dimiliki oleh rakyat Malaysia, Vincent Cheah Chee Kong dan Shaik Aqmal Shaik Allaudin.

[ARTIKEL - 1MDB Update: Two Malaysians, apart from Jho Low, profited from the 2009 1MDB bond flip ]

Dan siapa Shaik Aqmal ini?

Dia adalah ANAK SAUDARA dan dikatakan proksi kepada Nor Mohamed Yakcop.

[ARTIKEL - "2010: Shaik who?"

"2013: Azeez, Ismee and LTH will be taken to task for a rumour going around that a crony of Dato Kalimullah and Tan Sri Nor Mohamed Yakcop by the name of Sheikh Akmal was acting as go between and cavorting with Kuwaitis to skim off from deals to sell properties to Malaysian institutions."

[ARTIKEL- The Mamak Dilemma ]

Jadi, keluarga Zeti, gabenor BNM yang mencadangkan kepada Najib untuk membuka akaun atas nama Najib sendiri bagi menerima derma serta turut diminta Najib untuk mengawasi akaunnya jika terdapat transaksi meragukan; telah menerima RM70 juta dari Jho Low pada 2009 di mana mereka sembunyikan dan berbelanja di luar negara.

Dan ANAK SAUDARA (serta didakwa sebagai proksi) Nor Mohamed Yakcop yang memainkan peranan penting terhadap penubuhan SRC, telah diminta untuk menilai dan mengendalikan SRC serta membentangkan jaminan pinjman SRC-KWASP; meraih keuntungan serta merta RM85 juta daripada jual beli bon 1MDB yang didalangi Jho Low. Dan keuntungan ini disembunyikan dan dibelanjakan di luar negara.

Tetapi Najib terpaksa menerima hukuman penjara 12 tahun dan diperintah membayar RM210 juta kerana “telah mengambil bahagian dan terlibat” dalam jaminan pinjaman SRC-KWAP dan terpaksa menunggu empat tahun hanya untuk menerima 1% (RM42 juta) yang tak pernah disembunyikan dan berada dalam akaunnya di Malaysia serta dibelanjakan untuk tujuan kerja-kerja kebajikan.

[ARTIKEL FB- https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/2986128834939224 ]

Pertuduhan utama Najib dalam kes SRC adalah penyalahgunaan kuasa di mana beliau dituduh “mengambil bahagian atau terlibat” dalam jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion SRC-KWAP.

Beliau tidak didakwa dengan pertuduhan mengarahkan jaminan kerajaan atau meluluskannya.

Bagaimana pula dengan individu yang menubuhkan SRC, diminta oleh Najib untuk membuat penilaian SRC dan yang menyediakan serta membentangkan jaminan kerajaan di kabinet di mana syarikat milik anak saudaranya di luar negara meraih keuntungan durian runtuh RM85 juta?

Paling jelas, Zeti dan Mohamed Nor adalah orang Mahathir disebalik keduanya juga terlibat dalam skandal BNM berjumlah RM30 bilion (di mana satu sen pun gagal diperolehi semula). Mohamed Nor Yakcop turut dijadikan penasihat ekonomi Mahathir ketika krisis kewangan 1998.

Bertambah pelik, KEDUA keluarga Zeti dan Mohamed Nor Yakcop tidak pernah menjadi subjek kepada tindakan penyitaan oleh SPRM ketika pemerintahan Pakatan Harapan di mana Mahathir adalah Perdana Menteri.

Balu yang menerima RM100k dari Najib didakwa dan diminta SPRM untuk bayar balik.

Naza Kia yang menerima RM160k dari Najib untuk pembelian kenderaan digunakan NGO disuruh SPRM untuk bayar balik.

Jakel yang terima RM60 juta dari Najib untuk pelbagai barangan kegunaan ibadah bagi masjid di negara ini dan pakaian untuk mangsa banjir selama 4 tahun disuruh SPRM untuk bayar balik.

Agensi pelancongan yang menerima RM100k dari Najib untuk menghantar jemaah haji disuruh SPRM untuk bayar balik.

Tetapi keluarga Zeti yang menerima RM70 juta manakala anak saudara Mohamed Nor Yakcop yang menerima RM85 juta dari urusniaga melibatkan Ambank yang turut membayar RM2.83 bilion tak pernah disuruh SPRM untuk bayar balik.

 

Najib Razak

40 Comments