Naib Presiden Warisan Junz Wong arah fitnah Biro IT guna gambar palsu?
21:02 Feb 06, 2018  |  By SabahKini2
Naib Presiden Warisan Junz Wong arah fitnah Biro IT guna gambar palsu?

Tak sampai 24 jam pemilik facebook Neo Khai telah menutup facebooknya.

KOTA KINABALU – Selepas didedahkan pemilik akaun facebook Neo Khai seorang penyokong Warisan yang memfitnah Jabatan Perhutanan Sabah dan Ketua Menteri Sabah menggunakan gambar pembalakan PALSU satu laporan polis dibuat oleh Datuk Zulkarnain Mahdar Presiden Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) menyebabkan akaun facebook tersebut ditutup.

Ia mengesahkan pemilik akaun berkenaan adalah seorang penipu jika tidak mana mungkin Neo Khai menutup facebook berkenaan. 

Semakan menunjukkan Neo Khai adalah Biro IT Wira Warisan yang di arahkan oleh Junz Wong Naib Presiden Warisan untuk menyerang Ketua Menteri dan Jabatan Perhutanan Sabah menggunakan gambar palsu itu. Junz Wong didapati turut berkongsi info palsu berkenaan dalam facebooknya.

Adalah dipohon pihak polis dan SKMM menyiasat Naib Presiden Warisan berhubung fitnah tersebut yang jelas berniat jahat bersama dengan ahli Biro IT Wira Warisan menggunakan akaun Neo Khai. Kita amat yakin SKMM akan dapat mengenal pasti pengguna akaun facebook berkenaan.

Tangkap Junz Wong dan juga siasat ahli Biro IT Warisan pasti akan dapat menjejak pemilik Facebook Neo Khai.

 

Comment