Rompak RM700,000, ''Hafiz Kodiang' Pegawai Bahagian Siasatan SPRM direman
13:12 Dec 13, 2021  |  By SabahKini2
Rompak RM700,000, ''Hafiz Kodiang' Pegawai Bahagian Siasatan SPRM direman

'Hafiz Kodiang' Pegawai SPRM Bahagian Siasatan, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bersama dua lagi individu ditahan polis kerana memperdayakan Kun Gao Pemilik Agensi Pelancongan menyerahkan RM700 ribu

Dua individu termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis selepas disyaki terbabit kes rompakan berkumpulan pada Jumaat lalu masing-masing direman tiga dan empat hari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ke atas pegawai agensi penguat kuasa dan seorang lagi individu bersabit satu kes jenayah membabitkan kerugian RM700,000.

"Setakat ini, seramai 12 individu sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Media semalam melaporkan, dua individu termasuk seorang pegawai agensi penguat kuasa ditahan polis selepas disyaki terbabit kes rompakan berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang.

Dalam kejadian 12 tengah hari Jumaat lalu, tiga lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa sebuah agensi penguat kuasa memecah masuk rumah seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

Sumber dilaporkan berkata, bertindak atas laporan polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan dua lelaki termasuk seorang pegawai penguat kuasa masing-masing berusia 30-an.

Katanya, polis sedang mengesan suspek yang masih bebas.

SPRM dalam kenyataan kemudian mengesahkan seorang pegawai suruhanjaya itu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah.

Suruhanjaya itu memberi kerjasama penuh untuk mengesan pegawai terbabit dan menyerahkannya kepada polis.

Pihaknya tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terbabit dengan sebarang kesalahan jenayah.

 

 

LAPORAN PENUH SEPERTI BERIKUT;

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YDH DATO’ T/PJSJ (S/P)

YDH DATO’ KPP D5 JSJ

YDH TUAN PP D5 JSJ

Kes Rompak Berkumpulan

1️⃣ Laporan Polis

Dang Wangi/28219/XX

Kesalahan: Seksyen 395 KK

Tarikh/Masa: 10/12/2021 @ 1551hrs

IO: ASP Rosnani bt Ramli

2️⃣ Tempat Kejadian

Unit 42-05 Ritz Carlton Residence Jalan Ampang 50450, Kuala Lumpur

 

3️⃣ Pengadu

Nama: Kun Gao

PP: EA5932678

Umur: 50 Tahun

Pekerjaan: Pemilik Agensi Pelancongan

Alamat: Unit 42-05 Ritz Carlton Residence Jalan Ampang 50450, Kuala Lumpur.

4️⃣ Fakta Kes

Pada 10/12/2021 jam lebih kurang 1200hrs, semasa pengadu berada di rumahnya telah didatangi oleh suspek 3 lelaki Melayu yang memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa SPRM. Suspek memberitahu tujuan kedatangan untuk menggeledah rumah bagi mencari dokumen berkenaan siasatan penggubahan wang haram ke atas pengadu. Pada masa yang sama suspek telah merampas telefon bimbit dan passport milik pengadu, isteri dan pembantu rumah. Semasa penggeledahan dibuat suspek telah menemui 2 beg yang berisi wang tunai berjumlah RM700,000.00 yang di simpan di dalam bilik. Suspek kemudiannya mengarahkan pengadu membawa beg tersebut turun sehingga ke lobi. Apabila sampai di lobi suspek telah mengambil beg tersebut dan terus beredar dengan berjalan kaki. Pengadu, isterinya dan pembantu rumah tidak mengalami sebarang kecederaan. Anggaran kerugian RM700,000.00.

5️⃣ Siasatan Awal

5.1 Pengadu menyatakan wang tunai tersebut adalah hasil dari perniagaannya mengurus agensi pelancongan.

5.2 Hasil penelitian kepada rakaman CCTV di premis tersebut terkesan kenderaan yang digunakan oleh suspek jenis Hilux 2.8 warna perak, no. pendaftaran RAK 811 yang didaftarkan atas penama berikut:-

Nama Pemilik: MNS BERTUAH ENTERPRISE

Alamat: E-1-07, Street Mall, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bangi, Selangor.

5.3 Hasil carian SSM mendapati Syarikat MNS BERTUAH ENTERPRISE didaftarkan atas nama seperti berikut:-

Nama: Mohamad Najib Bin Samuri (B1)

KP: 82060701XXXX

Umur: 39 Tahun

Pekerjaan: Kontraktor

Alamat: No 21, Jalan 3/38, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

(Repot Tangkap : Bandar Baru Bangi/ Repot/ 5712/21)

5.4 Soal siasat awal terhadap tangkapan telah mendedahkan bahawa Hilux RAK 811 miliknya telah diberi pinjam kepada seorang rakannya dikenali dengan nama panggilan Hafiz Kodiang (Pegawai SPRM) pada 08/12/2021 bagi digunakan untuk tujuan operasi.

5.5 (B1) telah ditunjukkan gambar Hafiz Kodiang di mana telah camkan gambar tersebut. Semakan telah dibuat mendapati butiran Hafiz Kodiang seperti berikut:-

Nama: Muhamad Haffiz Bin Mohd Radzi

KP: 90112102XXXX

Umur: 31 Tahun

Pekerjaan: Pegawai SPRM Bahagian Siasatan, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya

Alamat: No. 30, Perumahan Keda, Kampung Berjaya 08700 Kedah.

5.6 (B1) akan direman pada 11/12/2021 untuk siasatan lanjut.

5.7 Bagi melengkapkan siasatan kes ini dicadangkan suspek bernama Muhamad Haffiz Bin Mohd Radzi yang bekerja sebagai Pegawai SPRM Putrajaya ditangkap bagi membantu siasatan dan seterusnya mengesan 2 lagi suspek serta membuat rampasan barang kes berupa wang tunai RM700,000.00.

Sekian, untuk makluman YDH Dato’ / Tuan.

Terima Kasih.

2 Comments