Warisan tempang: Penyimpan ‘wang projek’ Shafie Apdal, Peter Anthony dan Juil Nuatim keluar parti
13:12 Dec 28, 2021  |  By SabahKini2
Warisan tempang: Penyimpan ‘wang projek’ Shafie Apdal,  Peter Anthony dan Juil Nuatim keluar parti

Bukan lagi rahsia Peter Anthony merupakan pembiaya utama dan penyimpan 'Wang Projek' Shafie dan Warisan. Dilaporkan komisen projek selenggara jalan masih dikutip oleh Peter melalui 4 syarikat konsesinya yang sekarang disambung JKR.

Sah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, sumber kewangan Shfafie Apdal Datuk Peter Anthony keluar parti Warisan dan mengumumkan menubuhkan parti baharu yang mesra kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, penubuhan parti baharu yang berasaskan masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) itu hanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Turut keluar parti bersama Peter sebagaimana dilaporkan ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim orang kuat Peter dalam NGO Persatuan Kadazan Dusun Murut (KDM)  turut mengumumkan beliau meninggalkan Warisan.

Menurut Peter alasan beliau keluar parti ialah kerana Warisan telah lari dari matlamat asal penubuhan parti Warisan. Warisan kini lebih sibuk mahu menjadi parti Semenanjung

Desas-desus Datuk Juil Nuatim sudah didedahkan sebelum ini namun Juil Nuatim menafikannya.

Sebelum ini, tiga lagi ADUN Warisan mengumumkan keluar parti, iaitu Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohamaddin Ketapi (Segama).

Hassan dan Mohamaddin kemudiannya menyertai Bersatu, manakala Yusof kekal sebagai ADUN bebas mesra kerajaan sehingga kini.

Bukan lagi rahsia Peter Anthony merupakan pembiaya utama dan penyimpan 'Wang Projek' Shafie sejak di KKLW dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah. Sabahkini2 sebelum ini sudah mendedahkan projek KKLW, RISDA dan konsesi jalan JKR Sabah RM1.5B disiasat SPRM. Beratus juta dana Warisan dipegang oleh Peter Anthony. Apakah Warisan akan lumpuh apabila dana komisen projek beralih kepada Peter? 

[ARTIKEL BERKAITAN- Datuk Peter Anthony, Juil Nuatim umum keluar Warisan ]

 

 

 

7 Comments