Dokumen baru rasuah syarikat kroni Shafie Apdal terdedah lagi!
10:02 Feb 08, 2018  |  By
Dokumen baru rasuah syarikat kroni Shafie Apdal terdedah lagi!

Yusoff Sait akan saman portal Sabahkini2 berhubung pendedahan syarikat Tadbir Positif Sdn Bhd? lihat ini

Susulan pendedahan Sabahkini2 mengenai Yusoff Mohd Sait Penyelaras Warisan Kimanis ‘kaki lalang’ yang syarikatnya banyak mendapat projek KKLW ketika Shafie Apdal menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) nampaknya mencetus dua polemik baru.

Cina bernama Loh Foh Syn pemilik sebenar Tadbir Positif Sdn Bhd mesti pening bila lembaga pengarahnya Yusoff Sait terdedah.
Pilih Projek atau Warisan?

Pertama pergolakan dan perebutan kuasa Warisan Kimanis antara kumpulan Yusoff Said dengan Hj Yahya Ahmad yang disingkirkan dari jawatan Timbalan Penyelaras Warisan Kimanis oleh Hj Sani Maarif orang kuat Yusof. Semua penyokong Hj Yahya Ahmad disingkirkan. Bagaimanapun kumpulan Hj Yahya meneruskan usaha kempen untuk melobi calon pilihanraya di Membakut. Masing-masing terus berperang sesama sendiri.

Shafie Apdal bersama Hj Yahya Ahmad. Sekarang Hj Yahya disingkirkan oleh pasukan Yusoff Said dan Hj Sani Maarif

Kedua konflik pengurusan syarikat Tadbir Positif Sdn Bhd yang dimiliki seorang cina iaitu Loh Foh Syn @ Loh Foh Hin yang hanya menggunakan nama Yusoff Sait sebagai ahli lembaga pengarah syarikat dari kalangan bumiputera sejak sekian lama  yang kini adalah pemimpin Warisan pastinya akan disenarai hitamkan dari projek-projek kerajaan. Jika selama ini nama Yusof disembunyikan pendedahan Yusoff sebagai pengarah syarikat pasti memberi masalah kepada pemilik syarikat Loh Foh Syn. Apa pilihan Loh Foh Syn? Demi syarikat atau Warisan?

20 Januari lalu dikatakan Yusoff Sait akan menyaman portal Sabahkini2 berhubung pendedahan syarikat Tadbir Positif Sdn Bhd itu. Bagaimanapun mereka pasti akan lebih sukar berbuat demikian. Sabahkini2 bila-bila masa boleh mendedahkan dokumen lain berhubung syarikat itu, LOA, minit Shafie dan akaun syarikat. Jadi Syarikat Tadbir Positif milik cina Loh Foh Syn boleh membuat pilihan membuang Yusoff Sait atau mengekalkannya sebagai pengarah unntuk membenamkan syarikat ini lebih cepat. Kita serahkan kepada Loh Foh Syn. Sabahkini2 mempunyai banyak lagi dokumen berhubung syarikat ini dan syarikat-syarikat yang lain. Pasti ramai mahu tahu.

Apapun kita tambah satu lagi dokumen yang dibocorkan oleh KKLW mengenai Syarikat Tadbir Positif Sdn Bhd menunjukkan cara Shafie Apdal memberi projek kepada para kroninya. 

 

5 Comments