Simpati atau takut? Shafie, Warisan tidak saman Peter keluar parti
20:01 Jan 03, 2022  |  By SabahKini2
Simpati atau takut? Shafie, Warisan tidak saman Peter keluar parti

Shafie kata dia faham kes Peter kerana didakwa tetapi lupa semua kes Peter tu melibatkan kes rasuah Shafie Apdal yang sebelum ini pernah disiasat dan reman SPRM. Semua Adun lompat disaman Warisan namun Peter dilepaskan. Mengapa takut?

Tanda-tanda Presiden Warisan, Shafie Apdal mula cuak desus-desus Peter membongkar salah laku rasuah Shafie sudah mula kelihatan apabila berkata simpati dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Peter.

Shafie berkata dia simpati dengan bekas Naib Presidennya, Peter Anthony yang terpaksa meninggalkan parti itu akibat tekanan politik dihadapinya.

Sambil membandingkan dirinya pernah menghadapi tekanan serupa, tetapi kekal dengan pendirian dan disiplin beliau kekal berjuang serta memimpin Warisan sehingga kini. Walaupun tahu Peter adalah individu yang paling awal bersamanya ditahan reman SPRM namun Shafie berjaya mengelakkan dari dituduh di mahkamah ketika mendiang Vicky Liew sebagai Menteri JPM (Undang-undang). Usaha menutup kes rasuah Shafie di dewan negara adalah sesuatu yang memalukan melibatkan kerjasama Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM

Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRMShafie Apdal diselamatkan tetapi Peter Anthony di bicarakan di mahkamah 

“Saya simpati dengan beliau (Peter), saya faham keadaan dia, tekanan yang dihadapi, bukan saya tidak faham, bukan saya tidak tahu.

“Dalam dunia politik ini, dulu pun saya macam itu juga, ditahan tidur di lantai, macam-macam dalam dunia politik ini, tapi kita kena ada pendirian, kita kena ada ketegasan dari segi disiplin hidup,” katanya

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berwajib sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Peter atau sebaliknya.

Kenyataan itu juga menggambarkan bagi Warisan Peter tidak tidak akan dikenakan tindakan undang-undang keluar parti berbanding Adun Sebatik, Sindumin dan Segama yang diugut dengan saman kerana keluar parti. Nampaknya Shafie takut kepada Peter.

“Tiada tindakan terhadap Peter,  dia sudah keluar parti, apa lagi tindakan kita harus ambil? (Dari segi undang-undang) itu bukan hal saya nak menjalankan, kita serahkan kepada pihak yang berwajib.”

Shafie juga berkata  Warisan tidak goyah walaupun beberapa pemimpinnya meninggalkan parti itu kerana ia perkara biasa dalam politik untuk pemimpin parti keluar menubuhkan parti baharu.

“PBS dulu pun melahirkan banyak ‘anak’, PBRS, SAPP, UPKO, LDP, macam-macam ‘anak’, tetapi perubahan tidak juga berlaku,” katanya.

Baru-baru ini Peter dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Juil Nuatim mengumumkan keputusan meninggalkan warisan, dengan Peter akan menubuhkan parti baharu berasaskan masyarakat Kadazan Dusun Murut yang mesra kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah pada bulan ini kerana tidak bersetuju dengan usaha Shafie Apdal ‘memalayakan’ Warisan.

Menurut Peter tindakan Shafie dan Warisan itu lari daripada perjuangan asal.

Peter juga menolak pelawaan Jeffrey menyertai STAR kerana sudah menubuhkan parti baru mesra GRS. Bagaimanapun terdapat desas-desus kesetiaan Peter menyertai GRS perlu dibuktikan dengan mendedahkan salah laku rasuah Shafie Apdal. Memandangkan semua kes pendakwaan di mahkamah Peter melibatkan Shafie sewajarnya Peter mendedahkannya.

 [ARTIKEL BERKAITAN- Sebelum sertai STAR, buktikan Peter sanggup dedah kes rasuah Shafie Apdal! ]

 [ARTIKEL BERKAITAN - Peter Vs Shafie: Peter larikan dana Warisan, heret Shafie kes rasuah? ]

Apakah keluarnya Peter Anthony dari Warisan menubuhkan parti baru sebagai wayang baharu antara Peter dan Warisan untuk menyelamatkan Peter? Atau Peter ikhlas keluar dan memberikan tekanan kepada bekas bosnya itu. 

 

1 Comment