Pandangan Peguam kenapa Rafizi ke penjara: Dulu kalah kes saman NFC kini kes BAFIA
14:02 Feb 09, 2018  |  By SabahKini2
Pandangan Peguam kenapa Rafizi ke penjara: Dulu kalah kes saman NFC kini kes BAFIA

Rafizi dedah akaun bank untuk kepentingan politik bukan lapor kes

Kesalahan Rafizi dari pandangan dua peguam

Mahkamah sesyen telah mendapati Rafizi dan bekas kerani bersalah. Dua orang peguam dengan pengalaman guaman yang berbeza telah diminta untuk memberikan pandangan mereka mengenai keputusan penghakiman tersebut. Nama kedua-dua orang peguam tersebut tidak dapat didedahkan bagi melindungi identiti mereka. Walaupun dengan perbezaan mereka tersebut tetapi kedua-dua orang peguam tersebut membuat kesimpulan yang sama.

Rafizi bersalah.

PEGUAM A

Apa yang ditunggu-tungu telah tiba. Mahkamah Sesyen telah mensabit kesalahan ke atas Rafizi Ramli dan bekas kerani Johari Mohamad atas kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) kerana mendedahkan penyata akaun bank milik National Feedlot Corporation Sdn Bhd dan juga Pengerusi Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, dan kedua-duanya dijatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan.

Ramai penyokong dan juga yang bersimpati telah kecewa dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang dikatakan tidak adil, memberi hukuman bukannya melindungi pemberi maklumat. Bagaimanapun ramai yang tidak faham mengenai adanya peruntukan perundangan di Malaysia untuk melindungi para pemberi maklumat.

Di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WPA), sebarang pendedahan yang sabit dengan sesuatu kesalahan mesti dibuat oleh agensi penguatkuasa sebelum perlindungan boleh diberikan kepada pemberi maklumat. Akta itu juga membolehkan pemberi maklumat i) perlindungan kerahsiaan maklumat, ii) imuniti dari tindakan perundangan sivil atau jenayah, dan iii) perlindungan dari sebarang tindakan yang memudaratkan.

Tambahan pula, di bawah peruntukan BAFIA, pendedahan maklumat terperingkat berkaitan dengan kesalahan dengan melaporkan kepada polis adalah dibenarkan dan tidak akan tertakluk kepada liabiliti jenayah.

Ada alasan yang wajar mengenai keperluan peruntukan kerahsiaan perbankan. Sebab utama ialah untuk memberi keyakinan kepada orang ramai dan pelabur asing mengenai perkhidmatan perbankan dan institusi kewangan negara. Kegagalan untuk melindungi butiran perbankan akan menyebabkan orang ramai akan hilang kepercayaan ke atas institusi perbankan dan institusi kewangan,

Bayangkan jika maklumat perbankan seperti baki simpanan atau sejarah transaksi dengan bebas didedahkan oleh individu tidak bertanggungjawab atas kepentingan mereka dan tiada tindakan untuk menghalang atau memberhentikan oleh pihak berkuasa bank. Tidakkah anda akan merasa marah dengan tindakan sedemikin? Tidakkah anda hilang kepercayaan dan amanah kepada sistem perbankan dan kewangan?

Sebagai ahli Parlimen, adalah wajar untuk Rafizi menyedari sepenuhnya akan kewujudan WPA dan peruntukan kerahsiaan berkaitan dengan butiran perbankan di bawah BAFIA. Bagaimanapun, sepatutnya dilakukan melalui saluran yang dibenarkan untuk pemberi maklumat dengan menghubungi agensi penguatkuasa yang berkaitan dan mendapatkan perlindungan, beliau mengambil risiko untuk disabitkan kesalahan dengan mendedahkan dokumen terperingkat kepada orang awam.

Sudah pasti, tindakan ini boleh dikatakan hanya untuk menaikkan imej politik beliau dan bukannya dengan niat yang jujur untuk bertindak sebagai pemberi maklumat sebagaimana yang dibenarkan. Tindakan sedemikian terutamanya sebagai ahli Parlimen bukan sahaja gagal mempamerkan tindakan yang baik tetapi sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab – seorang yang tidak menghormati dan patuh kepada undang-undang.

Apa lagi yang hendak dikata, Rafizi sendiri yang memperjudikan dirinya, dan inilah harga yang perlu dibayar.

PEGUAM B

Rafizi Ramli baru-baru ini telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) dan dijatuhkan hukuman 30 bulan penjara. Rafizi telah didakwa dan dihukum kerana menggunakan penyata akaun bank milik National Feedlot Corp (NFC) pada Mac 2012 dan menuduh NFC menyalahguna RM250 juta (untuk perniagaan ternakan lembu) dengan membeli kondo mewah.

Sabit dengan kesalahan oleh mahkamah sesyen tersebut, Rafizi telah membuat kenyataan terbuka mendakwa sebagai “pemberi maklumat” dan menyeru simpati dari ramai. Beliau terus bertindak dengan memohon (sebagaimana biasa MO) sumbangan orang ramai.

FAKTA

Jika benar NFC cuba menyembunyikan apa-apa kesalahan sudah pasti mereka ini tidak akan mengambil risiko untuk menyaman Rafizi atas apa yang sebenar berlaku dan akan terdedah segala-galanya untuk pengetahuan ramai. NFC telah menyaman dan akhirnya terbukti Rafizi telah membuat tuduhan palsu kepada khalayak ramai iaitu menipu orang ramai.

Sehubungan dengan pendedahan Rafizi tersebut, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah menjalankan siasatan mengenai perkara ini. Berikut adalah perkara-perkara berkaitan:

1. Ianya adalah pinjaman mudah oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menteri pada masa tersebut ialah TS Muhyiddin Yassin.
2. Kelewatan membina rumah penyembelihan.
3. Jalan masuk ke ladang ternak.
4. NFC tetap dikenakan membayar pinjaman tersebut beserta dengan kadar faedah.

PEMBERI MAKLUMAT?

Rafizi telah banyak kali melakukan perkara ini dengan mendakwa sebagai pemberi maklumat tetapi akhirnya terbukti sebenarnya semua itu tidak ada apa-apa pun.

Seorang pemberi maklumat ialah orang yang mendedahkan perkara sebenar yang tidak diketahui oleh orang ramai. Pendedahan adalah dengan tujuan mendedahkan perkara sebenar berasaskan kepada kebenaran dan tidak boleh disangkal. Jika Rafizi membuat pendedahan dan tuduhan yang benar mengenai NFC… bagaimana akhirnya terbukti beliau kalah di dalam saman malu oleh NFC?

Perlu diambil maklum bahawa NFC merupakan “pendedahan” yang pertama oleh Rafizi sehingga melonjakkan beliau menjadi terkenal. Tindakan beliau ini kelihatan sebagai seseorang yang sanggup mengambil risiko dengan membuat kebenaran dari pendedahan tersebut. Bagaimanapun selepas membuat pendedahan mengenai NFC, kelihatan Rafizi terbukti dalam beberapa tahun selepas itu setelah membuat pendedahan kontroversi tetapi akhirnya terbukti tuduhan tersebut tiada asasnya dan kemudiannya Rafizi telah disaman dan beliau juga telah menarik balik kata-katanya.

Kini sudah jelas kepada ramai mengenai perkara ini di mana beliau terlebih dahulu membuat pendedahan menyebabkan beliau menjadi perhatian ramai dan kini terbukti semuanya adalah pembohongan yang memakan dirinya sendiri. Ironi sungguh dengan beliau ini. Membuat fitnah bukannya sebagai pemberi maklumat. Terbukti Rafizi seorang sahaja yang membuat fitnah ke atas orang lain. Pemberi maklumat? Sudah pasti TIDAK untuk Rafizi.
TIDAK ADIL

Kalau Rafizi benar dia patut menang dalam tuduhan saman NFC. Tapi Rafizi Kalah


Malah Rafizi turut dimufliskan oleh NFC memaksa Rafizi meminta derma atas kesalahan fitnahnya

NFC bertindak atas tuduhan yang dibuat oleh Rafizi dengan menyaman beliau kerana membuat fitnah. NFC menang di dalam saman malu di mana Rafizi diarahkan membayar RM300,000 sebagai ganti rugi.

Rafizi tidak boleh mendakwa tidak mendapat keadilan kerana beliau sebagai ahli pembangkang boleh menyaksikan sendiri dalam beberapa tahun ini banyak keputusan mahkamah berpihak kepada mereka. Sebagai contohnya tuntutan saman oleh Anwar Ibrahim ke atas Khairy Jamaludin (KJ) dan juga Wan Asri (Papa Gomo). Anwar menang di dalam kedua-dua tuntutan saman tersebut dan KJ serta Papa Gomo diarahkan membayar ganti rugi.

Jika Rafizi benar-benar “tiada apa hendak disembunyikan” mengapa beliau tidak sahaja melawan kembali pertuduhan yang dikenakan ke atasnya? Mengapa (sama seperti dengan bos Rafizi iaitu Anwar) mengheret kes berlanjutan selama 6 tahun dengan berpuluh kali permohonan awal dan penangguhan. Apabila keputusan kes dicapai, Rafizi kemudiannya mendakwa ianya merupakan saat yang sukar sejak 6 tahun lepas. Sedangkan yang sebenarnya 6 tahun tersebut adalah atas perbuatannya sendiri.

Bermula dengan Tun Zaki sebagai Ketua Hakim Negara dan kemudiannya Tun Afiffin Zakaria dan sekarang ini Tun Raus pihak mahkamah telah melalui saat yang sukar bagi memastikan tiadanya kelewatan di dalam perbicaraan mahkamah. Pihak kehakiman kini telah menunjukkan kecekapan mereka dengan memastikan tiada kes tertangguh. Pihak kehakiman tidak lagi bertolak ansur dengan kelewatan kerana ianya telah menjejaskan keadilan, bagi mengelakkan “keadilan tertangguh bermakna menafikan keadilan”.

Dengan mengambil kira kedudukan Rafizi, pihak guaman beliau cuba mengheret kes ini berulang kali dengan sengaja. Bukan semua orang mendapat kelebihan seperti ini. Rafizi sendiri yang menafikan keadilan untuk dirinya sendiri.

MO SEBENAR

Tanpa gagal, Rafizi mendakwa beliau berjuang demi keadilan dan rakyat.

Sebagaimana dijangkakan Rafizi akhirnya akan menyeru kepada orang ramai menberi sumbangan kepadanya. Rafizi telah banyak kali menggunakan helah sedemikian dengan memohon sumbangan dari orang ramai. Ironinya beliau sendiri menafikan mengambil wang dari orang ramai.

Perlu diingatkan bahawa berjuta ringgit wang rakyat yang telah disumbangkan kepada Rafizi sejak sekian lama terbukti pergi ke syarikat miliknya. Syarikat yang sama juga ini membekalkan sumber tenaga kerja kepada satu lagi syarikat milik Rafizi, Invoke. Invoke pada masa kini tidak terbukti mempunyai kreadibiliti, boleh dipercayai dan meningkatkan kepercayaan kepada orang ramai. Sebenarnya memerlukan penjelasan akan tujuan sebenar kewujudan Invoke ini? Ianya cuma menyediakan sumber tenaga kerja dari syarikat milik Rafizi bagi menjana wang dari orang ramai.

KESIMPULAN

Rafizi tidak layak kepada apa-apa simpati mahu pun sumbangan dari orang ramai.

Orang ramai tidak patut membazirkan wang mereka untuk seorang yang telah dterbukti bersalah melakukan fitnah atas salah laku orang lain. Sebab utama yang menyebabkan fitnah beliau ini mendapat perhatian ramai kerana kedudukan beliau sebagai ahli parlimen. Jika Rafizi merupakan seorang pejuang sebenar untuk rakyat, wang yang berjuta ringgit diterima oleh beliau sebelum ini boleh digunakan untuk program sosial yang berfaedah kepada rakyat. Sebaliknya beliau bertindak sehingga apa yang terjadi sekarang ini di mana perbuatannya tidak lebih seperti gosip di dalam majalah.

Sekurang-kurang dari masa ke semasa gosip di dalam majalah ada juga kebenarannya. Tetapi tidak dengan kes seperti Rafizi ini.

Semoga beliau mendapat kedamaian semasa pengasingan nanti.

 

Lim Sian See

2 Comments