Hercules Engineering Syarikat Gagal: Mengapa CEO Prasarana baharu biarkan nyawa penumpang MRT-LRT 3 dalam bahaya?
00:02 Feb 10, 2018  |  By SabahKini2
 Hercules Engineering Syarikat Gagal: Mengapa CEO Prasarana baharu biarkan nyawa penumpang MRT-LRT 3 dalam bahaya?

Apa sudah jadi? Syarikat bermasalah dan penuh kontroversi dengan kes rasuah tetap diberi keutamaan oleh Prasarana. Apa hubungan istimewa mereka ini?

Tiga artikel yang disiarkan dalam portal ini mendedahkan keraguan dan kelayakan Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd untuk melaksanakan projek MRT /LRT iaitu;

  1. Nyawa penumpang MRT dan LRT dalam bahaya! Skandal Rasuah Ketua Pengarah JSM MOSTI didedahkan
  1. Rakyat dalam bahaya! Hanya 2 bulan: Kilang 'Reban Ayam' dapat sijil MS ISO 17025:2005 EN15129
  1. Hercules Engineering (SEA): Tiada Testing Machine tapi dapat Sijil MS ISO:2005EN15129. Kenapa KP JSM bersekongkol bahayakan nyawa?

Bagaimana syarikat meragukan hanya 2 BULAN mendapat sijil MS ISO 17025:2005 EN15129 dari JSM terus diberi peranan serta jemputan kontrak dalam projek MRT dan LRT 3? Sangat luar biasa!

Persoalan sebelum ini tidak pernah dijawab. Keraguan yang dilaporkan oleh pelapor adalah berasas.
Ini kerana syarikat lain membuat permohonan memerlukan masa bertahun -tahun dengan modal pelaburan yang sangat besar


Netizen,rakyat dan pengguna MRT dan LRT pastinya tidak paham mengapa pentadbiran tertinggi PRASARANA tidak peka kepada laporan media dan tidak profesional serta tidak membuat "due diligence" "product testing"  terhadap syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd. Aduan sudah dibuat termasuk kepada SPRM.

Sedangkan amat jelas Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd ini tidak dapat membuktikan langsung kebolehan, kepakaran serta lebih penting tidak mempunyai testing machine mengikut piawaian yang ditetapkan tetapi tiba-tiba mendapat sijil pentauliahan dari pihak Jabatan Standard Malaysia. Maka didedahkan terdapat keraguan dan salah laku rasuah atau salah guna kuasa. Jika syarikat lain memerlukan masa bertahun-tahun tetapi Hercules hanya memerlukan 2 bulan mendapat kelulusan.

Sebelum ini pihak Syarikat Prasarana tahu bahawa produk syarikat HERCULES ini telah gagal di MRT 2 dan pihak konsultan sendiri mengesahkan tidak meluluskan produk syarikat ini. Namun syarikat yang meragukan ini tetap dipanggil untuk menyertai tender Prasarana sedangkan mereka tahu kelemahan syarikat ini.

Sepatutnya kelayakan mereka dipersoalkan dan disiasat. Bagaimana syarikat bermasalah yang telah dilapor kepada SPRM boleh terus diberi peluang sedangkan ini melibatkan soal nyawa rakyat iaitu penumpang MRT dan LRT 3!. Nampaknya kerana rasuah semua boleh berlaku.

Mengapa pihak Prasarana rela pasrah di tipu dan sanggup membahayakan nyawa penumpang rakyat Malaysia di Lembah Klang dari memastikan kelayakan syarikat.

Masnizam Hisham CEO Prasarana baru dilantik 1 Januari 2018

Masnizam Hisham sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) yang baru mungkin terlalu baru bermain dengan politik syarikat melibatkan Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd yang sudah berakar kedudukannya di Prasarana dan MRT apabila syarikat ini sebelum ini sudah pernah bersekongkol dengan Project Director MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd – SSP Line, Elevated MMC Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd. Sebut Mr Param semua tahu syarikat ini.

Masnizam CEO Prasarana perlu lebih telus dalam proses penilaian tender dan memastikan duit kerajaan duit rakyat di belanjakan dengan sehabis baik bukan diberi kepada kroni sesetengah pegawai dalam syarikat Prasarana. Ini adalah projek yang bernilai berbillion ringgit. Produk yang harus dipakai adalah produk bertaraf antarabangsa dan bukan PRODUK CAP AYAM DAN ‘LOW QUALITY’

LRT 3: BEARING PACKAGES- HERCULES ENGINEERING (SEA) SDN BHD walaupun bermasalah dan penuh kontroversi dengan kes rasuah tetap
diberi keutamaan oleh Prasarana. Apa hubungan istimewa mereka ini?Mungkin CEO Prasarana baru boleh bantu jawab!

Kita berharap CEO ini menyiasat serta meneliti syarikat yang menyertai tender bukan sama seperti perangai CEO yang lama. Jika tidak mampu berhenti sahajalah. Pastikan anak buah kamu menjalankan tugas dengan hemah dan telus. Semata-mata mahu menjimatkan kos sehingga sanggup mengambil produk lebih murah tetapi kesannya kepada keselamatan rakyat terancam.

Projek dilaksanakan perlu bertahan lebih dari 30 tahun jadi semua bahan dan teknologi juga seharusnya dipilih dari yang terbaik. Kita berharap Masnizam CEO Wanita pertama PRASARANA berani menunjukkan kredibiliti dan ketegasan dalam pemilihan syarikat jangan jadi Pak Turut dan ditipu oleh anak-anak buah yang ada kepentingan dengan syarikat.

 

 - Surat Pembaca

2 Comments