Rafizi 'Penghasut' kalau kamu benar terhadap NFC mengapa kamu kalah kes saman malu NFC?
04:02 Feb 11, 2018  |  By
Rafizi 'Penghasut' kalau kamu benar terhadap NFC mengapa kamu kalah kes saman malu NFC?

Tahun 2016 sahaja ada 4 kes Rafizi kalah di mahkamah. Kini 2018 kes BAFIA melibatkan NFC pula.

Pengakuan Rafizi sebagai 'Penghasut' kalah saman fitnah dan dipenjarakan

Tahun lalu satu video tersebar dalam media sosial berhubung pengakuan strategi pemimpin pembangkang  untuk memperalatkan Tun Mahathir dan Muhyiddin. Orang itu tidak bukan adalah Rafizi Ramli. Katanya "Nak menang, tukar kerajaan, memang tugas kita kena menghasut. Kita hasut rakyat tiap tiap hari untuk tukar Barisan Nasional, memang kita buat”

“Kita juga hasut Tun Mahathir, kita juga hasut menteri menteri dia, kita juga hasut orang orang lama” kata Rafizi. 

Pengakuannya sebagai penghasut tidak menghairankan apabila banyak siri saman dibuat terhadap Rafizi. Ada yang kalah dan ada yang Rafizi memohon maaf. 

Tahun 2016 sahaja ada 4 kes Rafizi kalah di mahkamah (Rujuk inforgrafik). Namun antara yang terkenal ialah pada Oktober 2016 apabila mahkamah menjatuhkan hukuman Rafizi diminta membayar RM300 ribu kerana memfitnah NFC. 

NFC telah menyaman Rafizi dan akhirnya terbukti Rafizi telah membuat tuduhan palsu kepada khalayak ramai iaitu menipu orang ramai.

Rafizi bukan pemberi maklumat tetapi 'penghasut' dan 'pemfitnah' sebagaimana pengakuannya.  Jika beliau benar terhadap NFC bagaimana akhirnya terbukti beliau kalah di dalam saman malu oleh NFC? Kes ini dibicarakan  bertahun-tahun dan bermacam-macam kaedah Rafizi menangguhkannya.

Pada bulan September 2017, NFC juga telah membuat tuntutan notis muflis kepada Rafizi kerana gagal melangsai saman NFC lebih RM300 ribu itu. 

Terbaru 7 Februari 2017 berkaitan dengan kes NFC, Rafizi Ramli telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) dan dijatuhkan hukuman 30 bulan penjara. Rafizi telah didakwa dan dihukum kerana menggunakan penyata akaun bank milik National Feedlot Corp (NFC) pada Mac 2012 dan menuduh NFC menyalahguna RM250 juta (untuk perniagaan ternakan lembu) dengan membeli kondo mewah.

Begitu banyak kes Rafizi di mahkamah dan kini Rafizi dihukum. Jadi mengapa Rafizi 'Penghasut' dan pengikutnya perlu bersedih dengan hukumannya? Dia mulut longkang dialah kena.

1 Comment