SAPURA Bakal Muflis
23:03 Mar 20, 2022  |  By SabahKini2
SAPURA Bakal Muflis

Jika Sapura Energy muflis kerugian secara langsung kepada 10.6 juga pelabur ASB adalah sebanyak RM4 bilion. Hampir 10,000 pekerjaan bergaji tinggi akan hilang. 4,500 vendor terjejas. Apa pilihan kerajaan ada?

Sapura Energy yang dimilik 40% oleh PNB mengumumkan kerugian sebanyak RM8.9 bilion bagi tahun lepas - iaitu kerugian paling besar bagi mana-mana syarikat GLC dalam sejarah.

Pada ketika ini, sapura bakal muflis.

Harga saham Sapura telah jatuh dari sekitar 80sen sebelum PRU14 ke 3.5 sen.

Ini juga bermakna pelaburan tambahan PNB sebanyak RM2.7 bilion dalam Sapura pada tahun 2019 semasa harga saham adalah 41sen telah jatuh hampur 95% dalam tempoh 3 tahun sahaja.

Secara keseluruhan, pendeposit ASB sedang mengalami kerugian sebanyak RM4 bilion sebab PNB adalah pemegaang saham terbesar syarikat ini (Sapura tidak lagi dimilik kroni atau keluarga Atok).

Pinjaman bank Sapura Energy sebanyak RM10 bilion juga akan memberi tekanan besar kepada bank-bank tempatan - terutamanya peminjam terbesar Maybank yang juga 50% milik PNB.

Sapura Energy pernah menjadi syarikat perkhidmatan sektor oil and gas kedua terbesar didunia dengan nilai RM30 bilion.

Kini, syarikat ini yang masih syarikat perkhidmatan kepada sektor petroliam terbesar negara hanya berniai sekitar RM500 juta hingga RM650 juta.

Pada asasnya, syarikat ini mempunyai track rekod yang baik bagi menyiapkan projek-projek besar. Tiada isu penyelewengan.

Masalahnya berpunca daripada pinjaman yang terlalu besar dibuat sebelum tahun 2015 semasa harga minyak dunia mencecah US$100 satu tong.

Pada tahun 2015 hingga tahun 2018 pula, harga minyak juta telah jatuh dan menyebabkan syarikat pengeluar minyak dunia menyekat projek-projek baharu.

Ini memberi tekanan kepada Sapura sebab perlu membayar faedah pinjaman mencecah RM500 juta setahun.

Selepas harga dunia minyak mula naik semula pada tahun 2019, Sapura cuba memohon untuk membuat pinjaman modal kerja sebanyak RM2 bilion daripada bank-bank tempatan tetapi telah ditolak.

"He says that the RM2 billion was to be disbursed in March this year when Sapura Energy restructured RM10.3 billion worth of debt, extending its loan period by a seven-year quantum and making its debt servicing more manageable.

“With the RM10 billion of debt restructured, what was needed was working capital, but one of the banks got nervous and pulled the plug, which in turn made the other banks jittery as well, so Sapura Energy did not get the RM2 billion,” he explains."

https://www.theedgemarkets.com/article/will-pnb-invest-more-sapura-energy

"Banks a hindrance to ailing O&G service providers' recovery?"
https://www.nst.com.my/business/2022/02/774182/banks-hindrance-ailing-og-service-providers-recovery

Pengurusan Sapura pula dirombak oleh PNB pada awal tahun 2021 ketika masa kerajaan PN.

Namun PNB tidak lagi mahu membantu syarikat tersebut dengan pinjaman baharu.

Sebaliknya, Sapura disuruh menjual aset-asetnya yang juga mencecah RM10 bilion bagi menyelesaikan masalah aliran wang tunai.

Namun aset-aset ini adalah amat bernilai dan khusus bagi sektor petroliam dan ianya bukan mudah untuk dijual dengan harga yang berpatutan dalam tempoh masa yang singkat.

Lockdown serta penutupan sempadan antarabangsa juga merumitkan proses penjualan.

Akibat ditolak bank, keadaan aliran wang tunai Sapura menjadi kritikal.

Pandemik Covid menambahkan beban pada tahun 2020 hingga 2021 sebab lockdown seluruh dunia telah menghentikannya daripada mengusahakan projek-projek sedia ada bagi menuntut bayaran daripada klien-klien mereka yang kesemua merupakan syarikat gergasi minyak dan tenaga boleh diperbaharui.

Keadaan kewangan yang kritikal juga menjadi penghalang untuk memenang tender bagi projek baharu biarpun peluang bagi sektor ini amat cerah ketika ini susulan harga minyak dan gas sedang cecah paras tertinggi akibat pembukaan semula ekonomi dunia.

(Syarikat Petronas sahaja telah menaikkan bajet bagi pelaburan baharu dari RM30b pada tahun lepas ke RM50 bilion bagi tahun ini.)

Sebagai contoh, Sapura tidak diberi peluang untuk membida projek mega Kasawari milik Petronas tahun lepas sebab tidak layak dari segi kekuatan kewangan. Projek diberi kepada syarikat asing pula.
https://www.upstreamonline.com/finance/kasawari-phase-two-setback-knocks-sapura-energy/2-1-1109932

Pada bulan Oktober 2021 pula, kemudahan-kemudahan bank Sapura Energy telah dibukakan bank.

"The group's liquidity challenges were also due to an unsustainable debt level and high overdue payables to our vendors, and these challenges became more acute with our working capital facilities suspended since October 2021," he said."

Tanpa kemudahan bank serta modal kerja untuk meneruskan projek-projek sedia ada dan untuk menang projek baharu, Sapura sudah tentu akan muflis.

Namun, PNB mengambil jalan mudah dengan mengumumkan pelaburan RM4 bilion dalam Sapura cuma memberi kesan minimum kepada PNB sebab saiz aset PNB mencecah RM300 bilion.

"Masalah kewangan Sapura Energy hanya beri kesan minimum kepada PNB"
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/masalah-kewangan-sapura-energy-hanya-beri-kesan-minimum-kepada-pnb-351129

Bagi saya, tindakan serta rancangan PNB dengan kerajaan PN terdahulu untuk tidak membantu Sapura lagi dengan aliran tunai dan mengambil ringan masalah Sapura adalah kurang tepat.

PNB dan kerajaan perlu fikir tentang kepentingan strategik negara. ekosistem vendor bumiputra, pekerjaan nilai tinggi bagi Rakyat serta ekonomi keseluruan negara - bukan hanya sekadar ianya cuma satu lagi pelaburan sahaja.

Sebab jika Sapura Energy muflis:
- Kerugian secara langsung kepada 10.6 juga pelabur ASB adalah sebanyak RM4 bilion
- Kerugian secara tidak langsung kepada PNB, KWSP dan lain-lain tabung simpanan rakyat akibat hutang sebanyak RM10 bilion kepada bank-bank tempatan termasuk Maybank milik 50% PNB adalah lebih tinggi. Jika kerugian hutang RM2.5 bilion akibat Genting HK memberi impak maka ini bakal merupakan kerugian RM10 bilion.
- Hampir 10,000 pekerjaan bergaji tinggi akan hilang.
- Sekitar 4,500 vendor/pembekal akan terjejas -kebanyakannya merupakan syarikat bumiputra.
- Malaysia akan kehilangan syarikat perkhidmatan perkhidmatan petroliam terbesar negara bagi sektor paling penting negara.
- Malaysia juga akan kehilangan sebuah syarikat MNC sebab Sapura juga banyak memenang dan mengusahakan projek di lebih 30 negara asing.

Jadi, saya saran kerajaan untuk bertindak segera dengan cara:

1) Memberi pinjaman faedah mudah ataupun memberi jaminan pinjaman kepada Sapura Energy bagi menyelesaikan masalah aliran tunai.

Ini adalah cara kerajaan Amerika Syarikat selamatkan Citibank, General Motors, AIA dan ford pada tahun 2008 dan juga cara kerajaan BN masa saya BN selamatkan Proton.

Namun ini mungkin penyelesaian sementara sebab sekiranya masih dimilik PNB yang kurang pengalaman bagi sektor ini dan telah membuat keputusan yang kurang tepat sebelum ini, masalah mungkin berulang pada masa depan.

ATAU:

2) Mengarahkan Petronas (atau Khazanah_ untuk mengambil pemilikan Sapura Energy daripada PNB sebab Petronas masih memerlukan perkhidmatan Sapura bagi projek-projek mereka serta lebih memahami sektor ini.

Ini sebagaimana Petronas menyelamatkan syarikat MISC pada tahun 1998 (bezanya ialah masa itu, Petronas selamatkan anak Atok tetapi kali ini, Petronas selamatkan pemegang ASB).

Setelah pulih, Petronas (atau Khazanah) boleh jualkan semula sebahagian saham Sapura Energy kepada pasaran tempatan sebagaimana Petronas jual semula saham MISC untuk mencatatkan keuntungan.

"PETRONAS kurangkan pegangan dalam MISC, KLCC SG"
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/12/763928/petronas-kurangkan-pegangan-dalam-misc-klcc-sg

 FB: Najib Razak

Comment