Kereta terbang lesap, RM20 juta duit rakyat lebur, Syarikat Aerodyne rugi RM6.6 juta tapi CEO dilantik BOD BNM
03:03 Mar 25, 2022  |  By SabahKini2
 Kereta terbang lesap, RM20 juta duit rakyat lebur, Syarikat Aerodyne rugi RM6.6 juta tapi CEO dilantik BOD BNM

Selepas PAC 2019, kereta terbang lesap, RM20 juta pun lebur, Syarikat Aerodyne Venture Sdn Bhd yang dapat dana pelaburan terus mencatatkan kerugian. Kerajaan terus beri bermacam-macam projek monopoli di Malaysia. Syarikat rugi tapi CEO dilantik BOD BNM

Rakyat Malaysia pastinya masih tidak lupa kontroversi kereta terbang yang dibawa oleh bekas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sekitar bulan November 2019. 

Pak Wan menjadi bahan ‘troll’ jenaka oleh netizen ketika itu. Sekejab model kereta terbang oleh syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd (Aerodyne) dan selepas itu beralih ke super dron UAS E-Hang 216 (EH216) milik syarikat EastCap Berhad seorang Datuk Seri ‘Penipu’ bernama Zakwan Hafiz Ahmad Ansari

 [ARTIKEL BERKAITAN- 'Kereta Terbang': Menteri PH kena tipu oleh Datuk Seri 'Penipu' Eastcap Berhad ]

'Kereta Terbang': Menteri PH kena tipu oleh Datuk Seri 'Penipu'  Eastcap Berhad

Namun skandal kereta terbang itu membuka satu perkara baru apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati VentureTech Sdn Bhd (VentureTech), sebuah anak syarikat Malaysian Industry-Government Group for High Technology (Might) yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri telah membuat pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan kepada syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd (Aerodyne).

"Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengesahkan wang tersebut disalurkan dari VentureTech kepada Aerodyne pada 1 November 2019,”

“Walaupun menteri terbabit berkata projek kereta terbang adalah sebuah inisiatif swasta dan tidak menggunakan dana kerajaan, PAC mendapati MIGHT melalui VentureTech meluluskan pelaburan sebanyak RM20 juta kepada Aerodyne.

Ahli Lembaga Pengarah VentureTech milik kerajaan telah meluluskan pelaburan RM20 juta itu bagi membangunkan pusat pemprosesan data di Cyberjaya, pusat penyelidikan dan pembangunan serta ‘perbelanjaan lain ‘termasuk membeli beberapa dron.

Aerodyne mengaku menerima RM20 juta daripada Malaysian VentureTech namun  menafikan pelaburan tersebut bagi  projek kereta terbang sekalipun laporan penuh PAC menunjukkan Pembangunan Air Mobility berkait kereta terbang 'Vector'. 

Aerodyne Ventures Sdn Bhd sepatutnya telah membuat pelancaran kereta terbang selepas memperolehi dana kerajaan RM20 juta itu sebagaimana dilaporkan oleh Portal The Malaysian Reserve julai tahun 2019  namun ia tidak dilancarkan sehingga sekarang. CEO Aerodyne Ventures Sdn Bhd pun sangat berbangga dengan prototaip kereta terbang yang viral.

 

Isunya ke mana penggunaan wang rakyat RM20 juta itu jika tidak digunakan untuk tujuan asal ‘Kereta terbang'? Jika setakat bantuan sewa pejabat, beli peralatan komputer dan ubah suai pejabat,  syarikat lain juga layak memintanya. Kabel mereka sangat bagus dengan  VentureTech Sdn Bhd!.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aerodyne, Kamarul A Muhamed sebelum ini menafikan tidak ada satu sen pun wang rakyat telah digunakan atau akan dibelanjakan pada masa hadapan untuk pembangunan mobiliti udara urban (UAM) tetapi hakikatnya VentureTech Sdn Bhd merupakan syarikat pelaburan milik kerajaan. Ini bermakna RM20 juta itu adalah wang rakyat!.

[ARTIKEL BERKAITAN- PAC Siasat: RM20 juta wang rakyat lesap hanya syarikat dron Aerodyne bukan kereta terbang! ]

PAC Siasat: RM20 juta wang rakyat lesap hanya syarikat dron Aerodyne bukan kereta terbang!

SPRM sepatutnya telah membuat siasatan kepada Aerodyne Ventures Sdn Bhd kerana menipu penggunaan duit itu kepada projek lain. Apapun selepas kantoi Laporan PAC bagi tujuan kereta terbang itu berubah.

LAPORAN PENUH PENYELEWENGAN DANA PROJEK KERETA TERBANG OLEH AERODYNE VENTURE SDN BHD BOLEH DI BACA DI SINI

 

AERODYNE VENTURE SDN BHD Syarikat monopoli dan 'Scammer'?

Aerodyne Group dalam media massa sering mengumumkan mereka sebagai syarikat dron nombor satu dunia, mempunyai cawangan di seluruh dunia, mendapat pelaburan ratusan juta malah banyak Kementerian dan agensi melantik syarikat ini kononnya usahawan berjaya dan pakar tetapi semakan menunjukkan Aerodyne Ventures Sdn Bhd sekalipun mencatatkan jualan tahunan RM24 juta tetapi merupakan sebuah syarikat dron yang rugi. 

Mereka dilihat syarikat yang cuba mahu memonopoli industri dron dengan akses kerajaan mereka menunjukkan semua geran, dana pelaburan dan aplikasi sistem menggunakan spesifikasi mereka. Jika boleh tender agensi dan kementerian menggunakan spesifikasi mereka sahaja.  Lebih teruk mereka menyertai tender dengan harga tak masuk akal tujuannya hanya untuk membunuh harga pesaing.

 

Aerodyne Ventures Sdn Bhd dijadikan 'parking' dana pelaburan kerajaan dan swasta

 

Laporan Audit kewangan syarikat menunjukkan Aerodyne Ventures Sdn Bhd rugi 6.6 juta! bagi tahun kewangan 2020. Nampaknya dana VentureTech Sdn Bhd (VentureTech) RM20 juta milik kerajaan itu banyak menyuntik modal untuk Aerodyne Ventures tetapi tidak menguntungkan kerajaan pun. RM20 juta dibelanjakan untuk rugi! Kereta terbang tak ada, wang kerajaan terbang dan syarikat rugi.

Syarikat lain milik Aerodyne Group iaitu Aerodye System Sdn Bhd pun mencatatkan kerugian. Aerodyne Ventures Sdn Bhd adalah syarikat yang digunakan untuk menarik pelaburan luar termasuk pembiayaan daripada kerajaan seperti Venturetech  Sdn Bhd (milik MiGHT). Antara lain yang melabur dalam syarikat ini Axiata Digital Innovation Fund Sdn Bhd (milik Axiata Berhad dan Malaysia Venture Capital Management Berhad). 

Persoalannya jika Aerodyne Ventures Sdn Bhd merupakan syarikat rugi mengapa Kementerian dan agensi mempercayainya?

Sekalipun Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aerodyne, Kamarul A Muhamed menggunakan kekuatan 'kabel'nya dalam kerajaan serta menggunakan media bagi publisiti syarikatnya namun trend kerugian Aerodyne Ventures Sdn Bhd akan berterusan untuk tahun mendatang.

Aerodyne Ventures hanya memindahkan wang pelaburan kerajaan dan syarikat pelabur dalam bentuk aset tetapi syarikat diisytiharkan rugi. Tugas Kamarul ialah menarik segala banyak mungkin dana pelaburan. Bila ROI kepada pelabur dapat kembali tak penting.

Mampukah IPO Aerodyne Ventures diterbitkan? 

 

Bagaimana Aerodyne Ventures mahu menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Malaysia jika syarikat mencatatkan kerugian demi kerugian?

Dilantik BOD Bank Negara Malaysia 

Terbaru dan menggambarkan betapa tidak pekanya kerajaan ialah apabila Kamarul A Muhamed dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia. Bagaimana seseorang yang jadi CEO Syarikat rugi tapi dilantik Ahli Lembaga Pengarah BNM dan mengetuai Ahli Jawatankuasa Audit  dan Ahli Jawatankuasa Risiko Lembaga. 

 

 

Jika Kamarul A Muhamed merupakan akauntan yang sangat bagus sudah tentu syarikatnya menjana keuntungan daripada pelaburan kerajaan dan swasta dalam syarikatnya. Tapi hakikatnya di luar saja Aerodyne nampak gagah tetapi di dalam semakin runtuh. 

Dalam sektor pertanian misalnya sejak bila Aerodyne mengendalikan ladang-ladang yang besar dalam industri dron?

Tetapi terbaru PM Dato' Sri Ismail Sabri mengumumkan Modenisasi Sektor Tani dan Agro Makanan sebagai Mekanisme Pemulihan Ekonomi Negara yang sangat bagus cuma rosak sikit selepas  melantik juga syarikat Aerodyne group. Mungkin ini pilihan para pegawai kementerian yang dah akrab dengan  Aerodyne. 

Kini nak minta  pula tanah 40 hektar sebagai Projek Perintis. Dah dapat tanah dan sewa pejabat di Cyberjaya menggunakan duit RM 20 juta VentureTech Sdn Bhd (MiGHT) kini duit dari Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan MAFI pulak nak belasah

Nampaknya dah tiada syarikat lain semua nak beri Syarikat Aerodyne yang rugi dan bakal melingkup tu? Kerajaan sepatutnya melihat audit akaun syarikat itu sebelum melantik bagi mengelakkan sesuatu yang buruk dikemudian hari.

Mohonlah YAB Perdana Menteri dan Menteri Pertanian menyemak semula kelayakan pelantikan syarikat. Hanya kerana pegawai-pegawai kerajaan membawa nama Aerodyne tidak bermakna ia syarikat yang bagus. Puluhan juta dah geran  Aerodyne sapu tapi apa hasil? Pemilik syarikat untung, syarikat rugi dan kerajaan juga rugi.


 

25 Comments