ROS Sahkan Presiden Warisan tak layak tandatangan Watikah Calon PRU14
09:02 Feb 13, 2018  |  By SabahKini2
ROS Sahkan Presiden Warisan tak layak tandatangan Watikah Calon PRU14

Rupanya pengambil alihan Parti Warisan Sabah belum selesai lagi. Apa kah sempat sebelum PRU14?

Sebelum ini Sabahkini2 mendedahkan status parti Warisan yang asalnya dijual oleh Fred Gabriel kepada Shafie Apdal RM500 ribu. Sehingga ke hari ini Fred Gabriel tidak berani mengambi tindakan undang-undang berhubung kenyataan ini.

Shafie sendiri pada tahun 2016 mengaku tidak mendaftarkan parti baru tetapi mengambil alih parti sedia ada.

Bagaimanapun menjadi satu kemusykilan bagaimana Parti yang diambil alih oleh Shafie Apdal ini dilakukan tanpa Mesyuarat Agung Parti dan terus meletakkan Shafie sebagai Presiden Parti Warisan begitu juga dengan AJK barunya?

Malah ROS memberi kelulusan awal untuk menukar nama serta logo parti ini pada 13 Oktober 2016. Nama baru serta logo rasmi tersebut diumumkan pada 17 Oktober 2016. Kelulusan ini sebenarnya bersyarat sehingga AGM namun Warisan masih belum melakukannya.

Menurut sumber dalaman ROS secara undang-undang Fred Gabriel masih sah sebagai Presiden Warisan bukan Shafie Apdal. Bagaimanapun perkara ini tidak didedahkan sehinggalah Warisan menyelesaikan semua perkara-perkara berkaitan berhubung pengambil alihan parti Warisan. 

Sepatutnya Shafie perlu menyerahkan semua dokumen berkaitan terutama sekali MINIT MESYUARAT AGUNG PARTI (Minit AGM) yang ditandatangani bersama oleh AJK LAMA (Parti Pembangunan Warisan Sabah) kepada ROS dan Shafie dipilih dalam Mesyuarat Agung Warisan.

Persoalannya bilakah AGM Parti Pembangunan Warisan Sabah itu telah dibuat? Sehingga sekarang di bawah jawatankuasa yang lama tiada AGM begitu juga di bawah AJK belum ada tanda-tanda AGM parti diadakan.

Semakan di ROS menunjukkan ada kemungkinan Shafie Apdal dan Setiausaha Agung Warisan (Loretto) menggunakan minit mesyuarat AGM palsu menyamai kes Ezam Mohd Noor yang mengambilalih Parti Generasi Baru (ditukar nama Parti Bebas Rasuah) dengan memalsukan Minit AGM Parti Generasi Baru dan menyerahkan minit tersebut kepada ROS. Persoalannya mengapa ROS berdiam diri jika tahu? apa motif ROS?

Menurut sumber rapat Shafie Apdal, Peter dan Loretto bukan sahaja membayar Fred Gabriel pendahuluan RM 50 ribu membeli Parti Warisan yang kontroversi malah mereka turut ‘kawtim’ dengan pegawai ROS yang dikenali untuk memudahkan kerja-kerja pendaftaran pengambil alihan parti Warisan. Jika benar SPRM wajar menyiasat kes ini.

Lebih menghairankan semacam urusan pendaftaran Parti Warisan ini rahsia besar kepada ROS dan Shafie Apdal. Kenapa ROS bersekongkol? ROS perlu mendedahkan kebenaran minit mesyuarat AGM/EGM Parti Pembangunan Warisan Sabah yang manakah digunakan? Benarkah wujud pertukaran kepimpinan dalam parti asal Parti Pembangunan Warisan Sabah sebelum dibeli Shafie? Ia misteri!

Jika pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat siapakah akan menandatangani watikah calon Warisan? Shafie Presiden Parti baru atau Fred Gabriel Presiden parti Warisan yang masih sah? Tidak mungkin Shafie Apdal atau Setiausaha Agung yang baru kerana AGM bagi parti ini belum diadakan. Jika Fred masih berkuasa mengapa tidak dimaklumkan kepada pihak luar termasuk ahli-ahli Warisan. Fred Gabriel mungkin tidak boleh berpaling tadah kerana sudah menerima sejumlah wang pendahuluan RM50 ribu dan bakinya RM450 ribu sedang diusahakan dibayar sebelum PRU 14. Jika tidak parti Warisan bakal berkubur.

Bukankah ini akan menghancurkan harapan calon-calon Warisan jika parti mereka tidak layak bertanding di saat-saat akhir kerana isu teknikal Jabatan Pendaftar Pertubuhan?

Netizen berharap ROS tidak boleh berselindung lagi. ROS perlu mengesahkan perkara ini sebagaimana PPBM yang perlu dibetulkan jika berlaku perlanggaran Perlembagaan Parti.

Jika parti-parti lain termasuk Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) parti baru boleh mengadakan Mesyuarat Agung mereka mengapa tidak Warisan? Jika dahulu alasan Warisan ialah hujung tahun Disember 2017 atau Mac 2018 namun hura-hura Mesyuarat Agung tidak kedengaran lagi. Sempatkah sebelum PRU14! Jika tidak watikah calon mana Warisan akan guna nanti. 

Di atas kertas Fred Presiden Warisan namun di mata rakyat mereka menipu rakyat kononnya Presidennya Shafie Apdal dan AJKnya adalah seperti sekarang. Mereka terpaksa menipu minit mesyuarat parti untuk menghalalkan pengambil alihan parti Warisan yang tak sah.


Jika Warisan batal apakah Shafie Apdal akan menggunakan parti lain seperti PKR dan lain-lain? di Mana Fred Gabriel?

 Dah berapa bulan Fred Gabriel menghilang? Bagaimana jika hampir PRU orang kawtim Gabriel?

 

 

39 Comments